Print this page
Ahad, 27 March 2022 16:09

PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA BANDAR PENAWAR 2022-2023

Written by
Rate this item
(0 votes)

UNDI: Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar menjalankan tanggungjawab mereka membuang undi di Dewan Seri Desaru.

 

BANDAR PENAWAR, 19 Januari 2022 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah mengadakan Pilihan Raya untuk Majlis Perwakilan Pelajar yang baharu bagi tahun 2022-2023 di Dewan Seri Desaru, IKBN Bandar Penawar.

Proses penamaan calon telah bermula pada 3 Mac 2022 sehingga 8 Mac 2022. Pada 10 Mac 2022 pula, Mesyuarat Jawatankuasa telah bersidang dan Pengumuman Penamaan Calon diadakan pada 13 Mac 2022. Selesai pengumuman calon, mereka telah mula berkempen bermula 16 Mac 2022 sehingga 18 Mac 2022. Proses pembuangan undi pula telah dijalankan pada 19 Mac 2022 yang melibatkan para pelajar dan pegawai IKBN Bandar Penawar.

Pihak IKBN Bandar Penawar mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemimpin yang telah memenangi jawatan yang dipertandingkan dan diharap dengan lantikan ini dapat menyuntik lagi semangat para pemimpin untuk terus memacu kejayaan IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh:

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Bandar Penawar

Read 10883 times