Program Townhall Pelan Harapan Luar Bandar KEJORA dan Future Leaders Camp 2019 Anjuran Majlis Belia Daerah Kota Tinggi bersama KEJORA dan IKLAS JOHOR http://kemahiran.kbs.gov.my Thu, 28 Jan 2021 03:59:44 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my PAMERAN DAN PROMOSI SERTA TAKLIMAT DI SMK ADELA DAN SMK TAMAN SERI SAUJANA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pameran-dan-promosi-serta-taklimat-di-sekolah-menengah-kebangsaan-adela-dan-sekolah-menengah-kebangsaan-taman-seri-saujana.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pameran-dan-promosi-serta-taklimat-di-sekolah-menengah-kebangsaan-adela-dan-sekolah-menengah-kebangsaan-taman-seri-saujana.html PAMERAN DAN PROMOSI SERTA TAKLIMAT DI SMK ADELA DAN SMK TAMAN SERI SAUJANA

PAMERAN DAN PROMOSI SERTA TAKLIMAT DI SMK ADELA DAN SMK TAMAN SERI SAUJANA

Bandar Penawar, 14 Mac 2019 - Pelajar sedang mendapatkan Info Kemasukan dan Pengambilan Sesi Julai 2019 di SMK Adela dan SMK Taman Seri Saujana daripada Pegawai Promosi IKBN Bandar Penawar.

 

Promosi diadakan sempena pengumuman keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia pada hari ini.cKursus sepenuh masa yang ditawarkan di IKBN Bandar Penawar ialah SKM 3 Teknologi Hospitaliti iaitu Kursus Penyediaan Makanan, Kursus Penyediaan Pastri, Kursus Penyajian, Kursus Front Office dan Kursus Housekeeping.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 14 Mar 2019 16:43:54 +0800
LAWATAN INDUSTRI DAN TAKLIMAT KERJAYA SERTA “ ENGLISH EMPOWERMENT” OLEH THE ADVENTURE WATERPARK DESARU COAST DI IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-industri-dan-taklimat-kerjaya-serta-english-empowerment-oleh-the-adventure-waterpark-desaru-coast-di-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-industri-dan-taklimat-kerjaya-serta-english-empowerment-oleh-the-adventure-waterpark-desaru-coast-di-ikbn-bandar-penawar.html LAWATAN INDUSTRI DAN TAKLIMAT KERJAYA SERTA “ ENGLISH EMPOWERMENT” OLEH THE ADVENTURE WATERPARK DESARU COAST DI IKBN BANDAR PENAWAR

LAWATAN INDUSTRI DAN TAKLIMAT KERJAYA SERTA “ ENGLISH EMPOWERMENT” OLEH THE ADVENTURE WATERPARK DESARU COAST DI IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 13 Mac 2019 - Cawangan Hubungan Industri, Publisiti & Seranta (CHIPS) IKBN Bandar Penawar telah mengambil inisiatif bersama Pengurus Latihan & Pembangunan, Encik Adeaizuddin Ahad untuk mengadakan taklimat kerjaya dalam Bahasa Inggeris kepada para pelajar dibawah teras ‘English Empowerment’ supaya tidak kekok apabila berada di industri yang melibatkan Hospitaliti & Perhotelan yang mana Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua terpenting dalam skop kerja mereka pada masa hadapan.

 

Selain itu, lawatan daripada industri sangat membantu para pelajar untuk tahu mengenai keperluan pekerja mahir dan peluang yang tersedia apabila tamat latihan kelak. Bidang kemahiran merupakan salah satu tunjang utama Negara dalam menjadi negara maju dan berdaya saing. Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Encik Mohd Sopian Bin Ibrahim dan semua pelajar dan pengajar Jabatan Hospitaliti & Perhotelan yang terlibat bagi program tersebut.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 14 Mar 2019 16:36:21 +0800
LAWATAN KERJA KUMPULAN PRASANA RAKYAT JOHOR (KPRJ) KE IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-kumpulan-prasana-rakyat-johor-kprj-ke-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-kumpulan-prasana-rakyat-johor-kprj-ke-ikbn-bandar-penawar.html LAWATAN KERJA KUMPULAN PRASANA RAKYAT JOHOR (KPRJ) KE IKBN BANDAR PENAWAR

LAWATAN KERJA KUMPULAN PRASANA RAKYAT JOHOR (KPRJ) KE IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 13 Mac 2019 - IKBN Bandar Penawar mengalu-alukan kedatangan pihak KPRJ ke institut bagi membincangkan hubungan dua hala dan keperluan modal insan yang perlu dibangunkan di Johor seiring dengan keperluan Industri Minyak & Gas di Pengerang, Johor.

 

Sepanjang lawatan dan perbincangan, pihak KPRJ diwakili oleh Encik Ishak ingin menjalankan kursus berkaitan Minyak & Gas di IKBN Bandar Penawar bagi keperluan pekerjaan di Rapid Pengerang. Pihak KPRJ berhasrat untuk membantu penduduk Johor amnya dalam mendapatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai bidang Minyak dan Gas. Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar dan para belia perlu mengambil peluang ini dan menyertai kursus-kursus seperti Scaffolding, HSE, Kimpalan, Confine Space dan lain-lain. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang disediakan akan tetapi memerlukan kemahiran yang sesuai.

 

Terima kasih diucapkan kepada pihak KPRJ kerana berminat dengan penawaran kursus daripada IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 14 Mar 2019 16:29:37 +0800
TAKLIMAT KERJAYA DAN PERKONGSIAN KEPAKARAN BIDANG PASTRI SERTA “ENGLISH EMPOWERMENT” OLEH THE WESTIN DESARU COAST RESORT DI IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-kerjaya-dan-perkongsian-kepakaran-bidang-pastri-serta-english-empowerment-oleh-the-westin-desaru-coast-resort-di-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-kerjaya-dan-perkongsian-kepakaran-bidang-pastri-serta-english-empowerment-oleh-the-westin-desaru-coast-resort-di-ikbn-bandar-penawar.html TAKLIMAT KERJAYA DAN PERKONGSIAN KEPAKARAN BIDANG PASTRI SERTA “ENGLISH EMPOWERMENT” OLEH THE WESTIN DESARU COAST RESORT DI IKBN BANDAR PENAWAR

TAKLIMAT KERJAYA DAN PERKONGSIAN KEPAKARAN BIDANG PASTRI SERTA “ENGLISH EMPOWERMENT” OLEH THE WESTIN DESARU COAST RESORT DI IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 11 Mac 2019 - Sempena “International Women’s Day”, Cawangan Hubungan Industri, Publisiti & Seranta (CHIPS) IKBN Bandar Penawar telah mengambil inisiatif bersama Pengarah Sumber Manusia The Westin Desaru Coast Resort, Puan Caterine Wong untuk mengadakan taklimat kerjaya dan perkongsian kepakaran kepada pelajar-pelajar perempuan di Jabatan Hospitaliti IKBN Bandar Penawar untuk memberi galakan dan motivasi kepada pelajar-pelajar perempuan untuk sentiasa berdaya saing dan berusaha agar berjaya menjadi seorang yang pakar dalam apa jua bidang yang diceburi.

 

Puan Caterine juga hadir bersama Puan Yvonne, berusia 28 tahun walaubagaimanapun telah berjaya menjadi Junior Sous Chef (Pastry) di The Westin Desaru Coast Resort yang merupakan satu pencapaian yang membanggakan. Puan Yvonne hadir untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau dalam bidang pastri.Terima kasih kepada semua pelajar dan pengajar Jabatan Hospitaliti yang terlibat bagi program tersebut.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 12 Mar 2019 16:20:09 +0800
LAWATAN PEMANTAUAN INDUSTRI PELAJAR- PELAJAR DI LE GRANDEUR PALM RESORT, SENAI DAN AYER KEROH COUNTRY RESORT, MELAKA OLEH CAWANGAN INDUSTRI, PUBLISITI & SERANTA (CHIPS) IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-pemantauan-industri-pelajar-pelajar-di-le-grandeur-palm-resort-senai-dan-ayer-keroh-country-resort-melaka-oleh-cawangan-industri-publisiti-seranta-chips-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-pemantauan-industri-pelajar-pelajar-di-le-grandeur-palm-resort-senai-dan-ayer-keroh-country-resort-melaka-oleh-cawangan-industri-publisiti-seranta-chips-ikbn-bandar-penawar.html LAWATAN PEMANTAUAN INDUSTRI PELAJAR- PELAJAR DI LE GRANDEUR PALM RESORT, SENAI DAN AYER KEROH COUNTRY RESORT, MELAKA OLEH CAWANGAN INDUSTRI, PUBLISITI & SERANTA (CHIPS) IKBN BANDAR PENAWAR

LAWATAN PEMANTAUAN INDUSTRI PELAJAR- PELAJAR DI LE GRANDEUR PALM RESORT, SENAI DAN AYER KEROH COUNTRY RESORT, MELAKA OLEH CAWANGAN INDUSTRI, PUBLISITI & SERANTA (CHIPS) IKBN BANDAR PENAWAR

Desaru, 6-7 Mac 2019 - CHIPS IKBN Bandar Penawar telah membuat lawatan pemantauan industri bagi pelajar-pelajar yang menjalani latihan praktikal di Le Grandeur Palm Resort, Senai dan Ayer Keroh Country Resort, Melaka. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pelajar dan majikan bagi memastikan sentiasa ada penambahbaikan di peringkat Institut.

 

Alhamdulillah para pelajar mendapat kerjasama yang baik daripada majikan dan pelajar ditawarkan pekerjaan. Di IKBN Bandar Penawar khasnya, CHIPS akan mengenalpasti tempat latihan industri dan berusaha dalam memastikan setiap pelajar mendapat ruang dan mengisi kekosongan jawatan di industri yang berkaitan.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 10 Mar 2019 16:13:12 +0800
PAMERAN DAN PROMOSI SERTA TAKLIMAT IKBN BANDAR PENAWAR DI SMKA BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pameran-dan-promosi-serta-taklimat-ikbn-bandar-penawar-di-smka-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pameran-dan-promosi-serta-taklimat-ikbn-bandar-penawar-di-smka-bandar-penawar.html PAMERAN DAN PROMOSI SERTA TAKLIMAT IKBN BANDAR PENAWAR DI SMKA BANDAR PENAWAR

PAMERAN DAN PROMOSI SERTA TAKLIMAT IKBN BANDAR PENAWAR DI SMKA BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 5 Mac 2019 - Cawangan Hubungan Industri, Publisiti & Seranta (CHIPS) IKBN Bandar Penawar telah mengadakan pameran dan promosi serta taklimat di SMKA Bandar Penawar untuk memberi penerangan berkaitan kursus-kursus sepenuh masa dan separuh masa yang ditawarkan oleh IKBN Bandar Penawar disamping mempromosikan kemasukan bagi pengambilan Julai 2019.

 

Kursus yang ditawarkan bagi kemasukan julai 2019 ialah Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (SKM 3) iaitu Penyediaan Makanan, Penyajian, Penyediaan Pastri, Kaunter Hadapan dan Pengemasan. Setiap jurusan hanya terhad kepada 25 orang sahaja melibatkan permohonan daripada seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 06 Mar 2019 16:04:05 +0800
LAWATAN PEMANTAUAN INDUSTRI PELAJAR- PELAJAR DI LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA DAN HARD ROCK DESARU OLEH CAWANGAN INDUSTRI, PUBLISITI & SERANTA (CHIPS) IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-pemantauan-industri-pelajar-pelajar-di-lotus-desaru-beach-resort-spa-dan-hard-rock-desaru-oleh-cawangan-industri-publisiti-seranta-chips-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-pemantauan-industri-pelajar-pelajar-di-lotus-desaru-beach-resort-spa-dan-hard-rock-desaru-oleh-cawangan-industri-publisiti-seranta-chips-ikbn-bandar-penawar.html LAWATAN PEMANTAUAN INDUSTRI PELAJAR- PELAJAR DI LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA DAN HARD ROCK DESARU OLEH CAWANGAN INDUSTRI, PUBLISITI & SERANTA (CHIPS) IKBN BANDAR PENAWAR

LAWATAN PEMANTAUAN INDUSTRI PELAJAR- PELAJAR DI LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA DAN HARD ROCK DESARU OLEH CAWANGAN INDUSTRI, PUBLISITI & SERANTA (CHIPS) IKBN BANDAR PENAWAR

Desaru, 4 Mac 2019 - CHIPS IKBN Bandar Penawar telah membuat lawatan pemantauan industri bagi pelajar-pelajar yang menjalani latihan praktikal di Lotus Desaru Beach Resort & Spa dan Hard Rock Desaru.

 

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pelajar dan majikan bagi memastikan sentiasa ada penambahbaikan di peringkat Institut. Alhamdulillah para pelajar mendapat kerjasama yang baik daripada majikan dan berminat untuk diambil bekerja sekiranya ditawarkan pekerjaan. Di IKBN Bandar Penawar khasnya, CHIPS akan mengenalpasti tempat latihan industri dan berusaha dalam memastikan setiap pelajar mendapat ruang dan mengisi kekosongan jawatan di industri yang berkaitan.

 

Jom Masuk IKBN bagi sesi kemasukan Julai 2019. Tempat adalah sangat terhad.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 05 Mar 2019 18:03:47 +0800
PERJUMPAAN PAGI PENGURUSAN TERTINGGI BERSAMA KAKITANGAN IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pagi-pengurusan-tertinggi-bersama-kakitangan-ikbn-bandar-penawar.html PERJUMPAAN PAGI PENGURUSAN TERTINGGI BERSAMA KAKITANGAN IKBN BANDAR PENAWAR

PERJUMPAAN PAGI PENGURUSAN TERTINGGI BERSAMA KAKITANGAN IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 3 Mac 2019 - Perjumpaan ini telah diadakan pada hari Ahad jam 8.30 pagi dan berakhir jam 9.45 pagi. Ini adalah perjumpaan kali pertama Pengarah baru IKBN Bandar Penawar iaitu Encik Mohd Khailani Bin Ismail dengan semua kakitangan IKBN Bandar Penawar secara formal. Encik Mohd Khailani Bin Ismail melapor diri di IKBN Bandar Penawar pada 28 Januari 2019.

 

Antara amanat beliau adalah berkaitan pentingnya kerjasama semua kakitangan untuk berganding bahu bagi mencapai hala tuju IKBN Bandar Penawar dan sentiasa memastikan kursus yang dilaksanakan di IKBN Bandar Penawar sentiasa relevan dengan industri.

 

Diharap dengan kehadiran beliau sebagai pimpinan tertinggi di IKBN Bandar Penawar akan meletakan nama IKBN Bandar Penawar setara dengan institusi pendidikan yang terulung.

 

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 04 Mar 2019 17:41:50 +0800
MESYUARAT PENYELARASAN GERAK KERJA KETUA CAWANGAN HUBUNGAN INDUSTRI (KCHI) ILKBS 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-gerak-kerja-ketua-cawangan-hubungan-industri-kchi-ilkbs-2019.html MESYUARAT PENYELARASAN GERAK KERJA KETUA CAWANGAN HUBUNGAN INDUSTRI (KCHI) ILKBS 2019

MESYUARAT PENYELARASAN GERAK KERJA KETUA CAWANGAN HUBUNGAN INDUSTRI (KCHI) ILKBS 2019

Putrajaya, 1 Mac 2019 - Cawangan Kerjasama Strategik Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia Kementerian Belia dan Sukan menjadi urusetia bagi mesyuarat ini dengan mengumpulkan semua KCHI daripada 22 IKTBN/IKBN dan AKBG bagi merancang dan mengatur strategi serta mendapatkan maklumat MoU di setiap ILKBS & AKBG.

 

ILKBS disarankan untuk mengaplikasikan program Teaching Factory yang mana secara langsung melibatkan pihak industri dalam proses P&P samada dalam atau luar Institut. Pengisian mesyuarat selama 2 hari ini melibatkan garis panduan Pelaksanaan Penyataan Persefahaman BPKB/ILKBS, perkongsian input hasil daripada Dialog Industri Bil 2/2018, persediaan Gerak Kerja Career Fest ILKBS 2019 dan Kamus TPI 2019. Timbalan Ketua Pengarah BPKB, Dr. Ir. Azmi menyarankan setiap ILKBS tidak perlu berlumba menjadi jaguh dikalangan ILKBS sebaliknya berusaha untuk melengkapi setiap yang lain bagi merasionalisikan visi dan misi KBS dalam memperkasakan TVET di Malaysia.


YBrs Ketua Pengarah BPKB KBS, YBrs Dato’ Dr Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof juga menyampaikan amanat beliau dan memaklumkan kerjasama KCHI ILKBS amat penting bukan sahaja bagi memastikan kursus-kursus yang dijalankan di setiap ILKBS mendapat sambutan dan memastikan kebolehpasaran pelajar ILKBS mencapai 93% dan ke atas serta jalinan kerjasama yang baik bersama industri-industri di peringkat Nasional amnya dan negeri khasnya.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 04 Mar 2019 17:30:24 +0800
LAWATAN KERJA JOHOR PETROLEUM DEVELOPMENT CORPORATION BERHAD (JPDC) KE IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-johor-petroleum-development-corporation-berhad-jpdc-ke-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-johor-petroleum-development-corporation-berhad-jpdc-ke-ikbn-bandar-penawar.html LAWATAN KERJA JOHOR PETROLEUM DEVELOPMENT CORPORATION BERHAD (JPDC) KE IKBN BANDAR PENAWAR

LAWATAN KERJA JOHOR PETROLEUM DEVELOPMENT CORPORATION BERHAD (JPDC) KE IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 26 Februari 2019 - IKBN Bandar Penawar mengalu-alukan kedatangan pihak JPDC ke institut ini bagi membincangkan hubungan dua hala dan keperluan modal insan yang perlu dibangunkan di IKBN Bandar Penawar seiring dengan keperluan Industri Minyak & Gas di Pengerang, Johor.

 

Sepanjang lawatan dan perbincangan, pihak JPDC diwakili oleh Encik Hilmi dan Hajah Rashidah akan berusaha untuk membantu pihak Institut dalam mengenal pasti keperluan bagi jangka masa panjang agar IKBN Bandar Penawar sentiasa menjadi pusat latihan teknikal dalam bidang-bidang kemahiran terutama dalam industri Minyak & Gas.

 

Pihak JPDC berhasrat untuk membantu penduduk luar bandar amnya dalam mendapatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai bidang Minyak dan Gas. Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar dan para belia perlu mengambil peluang ini dan menyertai kursus-kursus seperti Scaffolding, HSE, Kimpalan, Confine Space dan lain-lain. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang disediakan akan tetapi memerlukan kemahiran yang sesuai.

 

IKBN Bandar Penawar membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus dalam bidang Minyak dan Gas secara jangka pendek. Terima kasih diucapkan kepada pihak JPDC kerana berminat dengan penawaran kursus daripada IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 27 Feb 2019 12:22:57 +0800