Program Townhall Pelan Harapan Luar Bandar KEJORA dan Future Leaders Camp 2019 Anjuran Majlis Belia Daerah Kota Tinggi bersama KEJORA dan IKLAS JOHOR http://kemahiran.kbs.gov.my Thu, 28 Jan 2021 03:24:41 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my PROGRAM TALK SHOW COMMUNITY COLLABS : HOW 2 YOUTHPRENEUR? http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-talk-show-community-collabs-how-2-youthpreneur.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-talk-show-community-collabs-how-2-youthpreneur.html PROGRAM TALK SHOW COMMUNITY COLLABS : HOW 2 YOUTHPRENEUR?

PROGRAM TALK SHOW COMMUNITY COLLABS : HOW 2 YOUTHPRENEUR?

Kota Tinggi, 22 Februari 2019 - Majlis Belia Daerah Kota Tinggi telah menganjurkan satu Program Talk Show Community Collabs : How 2 Youthpreneur dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Bandar Penawar yang telah berlangsung di Dewan Terbuka FELDA Lok Heng Barat.

 

Program tersebut berjaya menarik minat seramai 40 orang pelajar dari IKBN Bandar Penawar dan agensi-agensi luar. Program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada golongan belia bagaimana cara untuk menjadikan belia lebih berjaya dari segi perniagaan, kepimpinan dan sebagainya. Program tersebut melibatkan 3 orang panel yang terdiri dari Majlis Belia Malaysia dan usahawan-usahawan muda yang telah berjaya. Salah seorang panel tersebut adalah Encik Jufitri Joha Presiden Majlis Belia Malaysia.

 

Dengan adanya program seperti ini, ia mampu memberi pendedahan dan perangsang untuk golongan muda khususnya golongan belia untuk lebih berani dan berjaya dalam bidang perniagaan.


Disediakan oleh : Encik Ammari Bin Muhammad Rapi
Foto : Encik Ammari Bin Muhammad Rapi

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 24 Feb 2019 15:41:05 +0800
PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kempen-derma-darah.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kempen-derma-darah.html PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH

PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH

Bandar Penawar, 18 Februari 2019 - Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu telah mengadakan Program Kempen Derma Darah yang di selaraskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Bandar Penawar. Program berlangsung di Dewan Serbaguna, IKBN Bandar Penawar.

 

Program tersebut telah berlangsung selama 5 jam bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 2 petang. Program tersebut merupakan program pihak hospital dengan kerjasama IKBN Bandar Penawar di mana ianya dilaksanakan setiap tahun. Program ini bertujuan untuk menarik minat warga IKBN Bandar Penawar untuk bersama-sama menderma darah bagi menjayakan kempen derma darah peringkat kebangsaan.

 

Selain warga IKBN Bandar Penawar, program tersebut telah menarik minat agensi-agensi dari luar antaranya Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang dan Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru (KRAMSAU). Dengan adanya program seperti ini, ia mampu memberi kesedaran tentang kepentingan menderma darah sekaligus kita dapat berbuat amal dengan membantu pesakit-pesakit yang memerlukan.

 

Disediakan oleh : Encik Ammari Bin Muhammad Rapi
Foto : Encik Ammari Bin Muhammad Rapi

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 19 Feb 2019 15:31:21 +0800
PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BANDAR PENAWAR 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perarakan-maulidur-rasul-peringkat-bandar-penawar-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perarakan-maulidur-rasul-peringkat-bandar-penawar-2019.html PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BANDAR PENAWAR 2019

PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BANDAR PENAWAR 2019


Bandar Penawar, 31 Januari 2019 - IKBN Bandar Penawar telah menyertai satu Pertandingan Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2019M/1440H Anjuran bersama PBT Pengerang, KEJORA dan Masjid As-Syifa bertempat di Masjid As -Syifa Bandar Penawar. Seramai 51 orang pelajar lelaki menyertai pertandingan tersebut diiringi oleh Ustaz Rahmat Bin Ahmad Mashri.


Dengan bertemakan “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”, para peserta begitu bersemangat berarak sambil berselawat diikuti dengan paluan kompang berarak sejauh 800 meter bermula dari Dewan Besar Kejora dan berakhir di Masjid As-Syifa’ Bandar Penawar. Setibanya di sana, para peserta mendengar pula satu Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah terkenal tanah air, Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim.


IKBN Bandar Penawar telah menjadi Johan Sepanduk bagi Kategori Institut Pengajian Tinggi dan Naib Johan Perarakan bagi kategori yang sama. Tahniah dan syabas kepada semua peserta IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 04 Feb 2019 15:34:41 +0800
BACAAN YASIN BULAN JANUARI 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/bacaan-yasin-bulan-januari-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/bacaan-yasin-bulan-januari-2019.html BACAAN YASIN BULAN JANUARI 2019

BACAAN YASIN BULAN JANUARI 2019


Bandar Penawar, 13 Jan 2019 - IKBN Bandar Penawar telah mengadakan satu Majlis Bacaan Yasin serta Doa Selamat di Bilik Mesyuarat IKBN Bandar Penawar. Majlis tersebut dihadiri semua kakitangan IKBN Bandar Penawar yang bergama Islam.


Majlis bacaan tersebut adalah majlis rutin bulanan IKBN Bandar Penawar yang mana diadakan sebulan sekali pada hari Ahad setiap minggu kedua setiap bulan. Majlis yang dikendalikan oleh Ustaz Rahmat Bin Ahmad Mashri bermula jam 9.00 pagi dan berakhir dengan sedikit jamuan ringkas pada jam 10.00 pagi.


Program sebegini diadakan bagi memohon keberkatan serta kerahmatan daripada Allah s.w.t selain ia secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 13 Jan 2019 15:21:47 +0800
LAWATAN KERJA DAN SUAI KENAL MAJLIS BELIA DAERAH KOTA TINGGI KE IKBNBP http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-dan-suai-kenal-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-ke-ikbnbp.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-dan-suai-kenal-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-ke-ikbnbp.html LAWATAN KERJA DAN SUAI KENAL MAJLIS BELIA DAERAH KOTA TINGGI KE IKBNBP

LAWATAN KERJA DAN SUAI KENAL MAJLIS BELIA DAERAH KOTA TINGGI KE IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 28 Januari 2019 - IKBN Bandar Penawar mengalu-alukan kedatangan pihak MBD Kota Tinggi ke institut bagi sesi penerangan mengenai kursus-kursus yang dijalankan dan melihat fasiliti yang tersedia. Sepanjang lawatan dan perbincangan, pihak MBD Kota Tinggi diwakili oleh En. Mohd Fauzan amat tertarik dan berminat dengan kursus-kursus yang dijalankan di Institut dan berhasrat untuk menjalinkan kerjasama.

 

Pihak MBD Kota Tinggi berhasrat untuk membantu penduduk Kota Tinggi amnya dalam mendapatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai bidang Minyak dan Gas, Hospitaliti dan Perhotelan. Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar dan para belia perlu mengambil peluang ini dan menyertai kursus-kursus yang dijalankan seperti Kursus Penyediaan Makanan, Pastri, Penyajian, Kaunter Hadapan, Pengemasan Bilik, Scaffolding, Health, Safety & Enviroment (HSE), Kimpalan, Confine Space dan lain-lain. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang disediakan akan tetapi memerlukan kemahiran yang sesuai.

 

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi IKBN Bandar Penawar untuk mengikuti kursus-kursus dalam bidang Minyak dan Gas secara jangka pendek. Terima kasih diucapkan kepada pihak MBD Kota Tinggi kerana berminat dengan penawaran kursus daripada IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 29 Jan 2019 12:45:28 +0800
LAWATAN SUAI KENAL PENGERANG TERMINALS SDN BHD (PTSB) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-suai-kenal-pengerang-terminals-sdn-bhd-ptsb.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-suai-kenal-pengerang-terminals-sdn-bhd-ptsb.html LAWATAN SUAI KENAL PENGERANG TERMINALS SDN BHD (PTSB)

LAWATAN SUAI KENAL PENGERANG TERMINALS SDN BHD (PTSB) KE IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 23 Januari 2019 - IKBN Bandar Penawar mengalu-alukan kedatangan pihak PTSB ke institut bagi sesi penerangan mengenai kursus-kursus yang dijalankan dan melihat fasiliti yang tersedia. Sepanjang lawatan dan perbincangan, pihak PTSB diwakili oleh Cik Nurfanah amat tertarik dan berminat dengan kursus-kursus yang dijalankan di Institut dan berhasrat untuk menjalinkan kerjasama.


Pihak PTSB berhasrat untuk membantu penduduk Pengerang amnya dalam mendapatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai bidang Minyak dan Gas. Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar dan para belia perlu mengambil peluang ini dan menyertai kursus-kursus yang dijalankan seperti Kursus Scaffolding, Health, Safety & Enviroment (HSE), Kimpalan, Confine Space dan lain-lain. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang disediakan akan tetapi memerlukan kemahiran yang sesuai. IKBN Bandar Penawar menawarkan kepada sesiapa saja yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus dalam bidang Minyak dan Gas secara jangka pendek.

 

Terima kasih diucapkan kepada pihak PTSB kerana berminat dengan penawaran kursus daripada IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 24 Jan 2019 12:29:42 +0800
MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN IKBNBP SESI 1/2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/minggu-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-ikbnbp-sesi-1-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/minggu-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-ikbnbp-sesi-1-2019.html MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN IKBNBP SESI 1/2019

MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN IKBN BANDAR PENAWAR SESI 1/2019


Bandar Penawar, 22 - 24 Januari 2019 - Telah diadakan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKBN Bandar Penawar Sesi 1/2019. Program telah dihadiri oleh semua warga IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada pegawai, pelajar dan juga pekerja kontraktor yang bertugas dalam IKBN.


Objektif minggu keselamatan adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta tindakan yang betul apabila menghadapi kejadian berbahaya dan tindakan kecemasan apabila berlaku kemalangan, memberi pengetahuan kaedah pertolongan cemas yang perlu diberikan jika kemalangan berlaku dan cara-cara menggunakan alat pemadam api. Bagi mencapai objektif di atas, latihan secara teori dan amali diberikan kepada peserta selama 2 hari oleh pegawai-pegawai kompeten dari bahagian Health, Safety & Enviroment (HSE) dan Bahgaian Kimpalan, Jabatan Minyak dan Gas IKBN Bandar Penawar. Latihan-latihan yang dijalankan adalah Latihan pemadaman kebakaran, Latihan ikatan tali, latihan CPR dan penyelamatan dan Latihan ikatan anduh.


Bagi mewujudkan suasana pekerjaan yang sihat mental dan emosi di IKBN Bandar Penawar,  kursus Pengurusan Stress di Tempat Kerja telah dilaksanakan pada hari ke-3 dengan kehadiran penceramah iaitu Encik Abd Haris Bin Mohd Darudin, pegawai dari unit pengurusan Psikologi, Kementerian Belia dan Sukan.


Secara keseluruhan, program Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKBN Bandar Penawar Sesi 1/2019 telah  dilaksanakan dengan sebaiknya serta dapat memberi impak yang positif dalam melahirkan kesedaran tentang keselamatan di tempat kerja kepada semua warga IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Puan Nurul Azani Binti Ibrahim
Foto : Puan Nurul Azani Binti Ibrahim

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 27 Jan 2019 12:07:41 +0800
LAWATAN SUAI KENAL HOTEL WESTIN DESARU COAST KE IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-suai-kenal-hotel-westin-desaru-coast-ke-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-suai-kenal-hotel-westin-desaru-coast-ke-ikbn-bandar-penawar.html LAWATAN SUAI KENAL HOTEL WESTIN DESARU COAST KE IKBN BANDAR PENAWAR

LAWATAN SUAI KENAL HOTEL WESTIN DESARU COAST KE IKBN BANDAR PENAWAR


Bandar Penawar, 9 Januari 2019 - IKBN Bandar Penawar amat mengalu-alukan kedatangan pihak Hotel Westin Desaru ke institut bagi sesi penerangan mengenai kursus-kursus yang dijalankan dan melihat sendiri fasiliti yang tersedia di sini. Sepanjang lawatan dan perbincangan, pihak Hotel Westin diwakili oleh Puan Caterine yang menguruskan hotel premium ini amat tertarik dan berminat dengan kursus-kursus yang dijalankan di Institut dan berhasrat untuk menjalinkan kerjasama.


Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar dan para belia perlu mengambil peluang ini dan menyertai kursus-kursus yang dijalankan seperti Kursus Penyediaan Makanan, Pastri, Penyajian, Kaunter Hadapan dan Pengemasan Bilik. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang tersedia untuk masyarakat sekitar Bandar Penawar tetapi memerlukan kemahiran yang sesuai. IKBN Bandar Penawar menawarkan kursus-kursus dalam bidang Perhotelan dan Hospitaliti secara sepenuh masa ataupun jangka pendek.


Terima kasih diucapkan kepada pihak Hotel Westin, Desaru kerana dapat meluangkan sedikit masa untuk pertemuan singkat ini. IKBN Bandar Penawar sangat berharap hubungan ini akan terus terjalin agar dapat memberi maanfaat kepada semua pihak termasuklah golongan belia sekitar Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 10 Jan 2019 11:08:59 +0800
LAWATAN SUAI KENAL ONE AND ONLY RESORT DESARU COAST http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-suai-kenal-one-and-only-resort-desaru-coast.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-suai-kenal-one-and-only-resort-desaru-coast.html LAWATAN SUAI KENAL ONE AND ONLY RESORT DESARU COAST

LAWATAN SUAI KENAL ONE AND ONLY RESORT DESARU COAST


Bandar Penawar, 8 Januari 2019 - IKBN Bandar Penawar mengalu-alukan kedatangan pasukan daripada One and Only Resort, Desaru ke institut bagi sesi penerangan mengenai kursus-kursus yang dijalankan dan melihat fasiliti yang tersedia di sini. Sepanjang lawatan dan perbincangan, pihak One and Only Resort diketuai oleh Encik Mohd Nizam yang menguruskan resort mewah ini amat tertarik dan berminat dengan kursus-kursus yang dijalankan di Institut dan berhasrat untuk menjalinkan kerjasama.


Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar perlu mengambil peluang ini dan menyertai kursus-kursus yang dijalankan seperti Kursus Penyediaan Makanan, Pastri, Penyajian, Kaunter Hadapan dan Pengemasan Bilik. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang disediakan akan tetapi memerlukan kemahiran yang bersesuai. IKBN Bandar Penawar menawarkan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus dalam bidang Perhotelan dan Hospitaliti secara sepenuh masa ataupun jangka pendek.


Terima kasih diucapkan kepada pihak One and Only Resort, Desaru kerana berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan IKBN Bandar Penawar. Diharap dengan pertemuan ini akan membuka peluang untuk kedua-dua belah pihak lebih berdaya saing dan saling bantu-membantu.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 09 Jan 2019 10:47:37 +0800
PROGRAM SENAM SIHAT IKBNBP http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-senam-sihat-ikbnbp.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-senam-sihat-ikbnbp.html PROGRAM SENAM SIHAT IKBNBP

PROGRAM SENAM SIHAT IKBNBP


Bandar Penawar, 7 Januari 2019 – Satu program anjuran Jabatan Hospitaliti iaitu Senam Sihat IKBNBP telah diadakan pada hari ini bermula jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar. Antara acara yang diadakan ialah senam aerobik dan bengkel dan pertandingan badminton. Acara senam aerobik diketuai oleh Encik Shah Rizan Bin Tamrin dan Encik Abun Anak Simpo. Manakala acara badminton diselaras oleh Encik Mohd Hishamudeen Bin Che Ahmad.


Program dimulakan dengan senam aerobic kemudian diteruskan dengan bengkel dan pertandingan badminton. Pertandingan badminton beregu campuran menyaksikan sebanyak 8 pasangan bertanding merebut hadiah yang dipertandingkan. Tempat pertama dimenangi oleh Encik Hishamudeen Bin Che Ahmad dan Puan Siti Hawa Binti Dasuki, tempat kedua dimenangi oleh Encik Fikri Sham Bin Basari dan Puan Noordiana Binti Mohamed Salleh dan tempat ketiga disandang oleh Encik Mohd Zaid Bin Mohamed Awam dan Puan Nur Izzati Binti Mohamed Nordin.


Program yang julung kalinya diadakan terbuka untuk semua pegawai dan kakitangan sahaja bagi melatih mereka mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakan sekerja di IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Puan Nurlia Binti Mohd Rusli
Foto : Puan Nurlia Binti Mohd Rusli

 

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 08 Jan 2019 09:28:49 +0800