Program Townhall Pelan Harapan Luar Bandar KEJORA dan Future Leaders Camp 2019 Anjuran Majlis Belia Daerah Kota Tinggi bersama KEJORA dan IKLAS JOHOR http://kemahiran.kbs.gov.my Mon, 25 Jan 2021 11:33:03 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my SAMBUTAN AWAL MUHARRAM 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/sambutan-awal-muharram-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/sambutan-awal-muharram-2018.html SAMBUTAN AWAL MUHARRAM 2018

SAMBUTAN AWAL MUHARRAM 2018

Bandar Penawar, 10 Sept 2018 - IKBN Bandar Penawar telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil serta doa awal dan akhir tahun bersempena ketibaan bulan Muharram bagi tahun 1440 Hijrah. Majlis tersebut dihadiri oleh semua pelajar dan kakitangan yang bergama Islam IKBN Bandar Penawar. Majlis diadakan di surau IKBN Bandar Penawar.

 
Program seumpama ini ialah program rutin tahunan IKBN Bandar Penawar setiap kali menyambut ketibaan bulan Muharram. Program yang dikendalikan oleh Ustaz Rahmat Bin Ahmad Mashri bermula selepas solat maghrib dan berakhir selepas solat isyak secara berjemaah.

 
Program sebegini diadakan bagi memohon keberkatan serta kerahmatan daripada Allah swt selain ia secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan warga IKBN Bandar Penawar. Semoga hadirnya tahun 1440 Hijrah ini membawa kesejahteraan dan meningkatkan lagi keimanan dan perpaduan warga IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 11 Sep 2018 16:30:43 +0800
BOWLING MEGASTAR 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/bowling-megastar-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/bowling-megastar-2018.html BOWLING MEGASTAR 2018

BOWLING MEGASTAR 2018

Bandar Penawar, 26 Ogos 2018 - Sempena persaraan Pengarah IKBN Bandar Penawar iaitu Tuan Haji Saleh Bin Ghazali, Kelab Kakitangan IKBN Bandar Penawar (KKIBP) berbesarhati mengadakan pertandingan Bowling Megastar 2018. Bowling merupakan salah satu sukan kegemaran Tuan Haji Saleh Bin Ghazali disamping sukan-sukan lain. Pertandingan ini diadakan di Pusat Bowling SSTMI Bandar Penawar.

 

Pertandingan ini dibahagikan kepada 8 kumpulan iaitu kumpulan merah, biru, kuning, hijau, hitam, putih, ungu dan jingga. Setiap kumpulan dianggotai seramai 5 orang peserta. Secara umumnya program ini diadakan untuk meraikan pengarah yang akan bersara pada 30 Ogos 2018 tetapi pada dasarnya adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara kakitangan IKBN Bandar Penawar.

 

Bowling Megastar 2018 ini telah diungguli oleh pasukan hitam yang dianggotai sendiri oleh Tn. Mohd Saleh Bin Ghazali, En. Abd Ghani Bin Amat Bedah, En. Jip Bin Akit, En. Hisamudeen Bin Che Ahmad dan Pn. Zufeesya Binti Zainalabidin. Pertandingan bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang setelah selesai majlis penyampaian hadiah oleh Pengarah kepada para pemenang. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telibat dan terima kasih diucapkan kepada Kelab Kakitangan IKBN Bandar Penawar kerana dapat menganjurkan pertandingan ini.

 

Disediakan oleh : Encik Kamarul Ariffin Bin Muhamad Salim
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 27 Aug 2018 16:27:42 +0800
KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE 32 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kejohanan-sukan-ilkbs-kali-ke-32.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kejohanan-sukan-ilkbs-kali-ke-32.html KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE 32

KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE 32

Pekan, Pahang. 17-19 Ogos 2018 – Kejohanan Sukan ILKBS kali ke 32 edisi 2018 kali ini di anjurkan oleh IKBN Pekan menjadi Kejohanan Sukan ILKBS yang terakhir di bawah Kementerian Belia Dan Sukan. Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan ILKBS kali ke-32 Tahun 2018 telah dirasmikan oleh Yang Berbahgia Dato Dr. Hajah Wasitah Binti Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS.

 

Kejohanan Sukan yang menjadi satu tradisi untuk semua ILKBS berlangsung selama 3 hari 2 malam yang melibatkan penyertaan sebanyak 22 buah ILKBS di dalam empat (4) acara yang dipertandingkan iaitu bola sepak, bola jaring, takraw dan ping pong. Seramai 33 orang peserta dan 5 orang jurulatih daripada IKBN Bandar Penawar telah mengambil bahagian.

 

Objektif Kejohanan Sukan ILKBS ini adalah untuk menjadikan sukan sebagai salah satu budaya hidup dan daya tarikan kepada para pelajar untuk isi masa lapang dan hindar diri daripada gejala yang tidak sihat. Tambahan lagi adalah untuk mengeratkan perpaduan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum melalui penyertaan yang bermuafakat.

 

Pada Kejohanan sukan kali ini, IKBN Bandar Penawar tidak dapat membawa pulang pingat akan tetapi para peserta kami memberi saingan sengit kepada pihak lawan. Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan ILKBS untuk edisi 2018 di Juarai oleh IKTBN Alor Gajah yang mempertahankan kemenangan keseluruhan pada tahun lepas.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Akmal Adha Bin Mohd Sanusi
Foto : Encik Mohd Akmal Adha Bin Mohd Sanusi

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 20 Aug 2018 16:24:13 +0800
HOTEL APPRENTICE CHALLENGE 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hotel-apprentice-challenge-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hotel-apprentice-challenge-2018.html HOTEL APPRENTICE CHALLENGE 2018

HOTEL APPRENTICE CHALLENGE 2018

Seremban, 4 – 5 September 2018 - IKBN Bandar Penawar telah menyertai pertandingan yang telah dianjurkan oleh Institut Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan bertempat di Era Square, Seremban. Seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada 2 orang pelajar Houskeeping, 2 orang pelajar Penyajian dan 2 orang pelajar jurusan Penyediaan Makanan telah menyertai 6 kategori yang dipertandingkan iaitu Bed Making Challenge, Dress the Cake, Hot Cooking, Traditional Dessert, Napking Folding dan Table Setting.


Pelajar dari IKBN Bandar Penawar iaitu Muhamad Haqimi Bin Mahat bagi kategori Bed Making Challenge, Asyraaf Iman Bin Haryfullah Khan bagi kategori Napking Folding, dan Nur Awadah Binti Azmi bagi kategori Dress the Cake telah memenangi tempat pertama. Manakala Nur Nifailah Binti Mohd Shokri bagi kategori Bed Making Challenge dan Siti Satirah Binti Deraman bagi Traditional Dessert telah memenangi tempat kedua.


Penyertaan pelajar Jabatan Hospitaliti dan Perhotelan dalam pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukan potensi diri demi meningkatkan kemahiran yang diceburi serta memajukan diri masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu pelajar juga dapat menambah serta berkongsi ilmu dan kemahiran serta memberi pengalaman sebagai persediaan kepada pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan.


Pertandingan seperti ini menggalakan daya kreatif dan menjadi platform menunjukan bakat dan kemahiran selain menggalakan persaingan yang sihat. Mereka juga dapat meningkatkan daya keyakinan diri masing-masing. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan peserta.

 

Disediakan oleh : Encik Abun Anak Simpo
Foto : Encik Abun Anak Simpo

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 06 Sep 2018 11:57:01 +0800
MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-bacaan-yasin-dan-doa-selamat.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-bacaan-yasin-dan-doa-selamat.html MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT


Bandar Penawar, 5 Ogos 2018 - IKBN Bandar Penawar telah mengadakan satu Majlis Bacaan Yasin serta Doa Selamat. Majlis tersebut dihadiri semua kakitangan yang bergama Islam yang diadakan di bilik mesyuarat IKBN Bandar Penawar.


Majlis bacaan tersebut adalah majlis rutin bulanan IKBN Bandar Penawar yang mana diadakan sebulan sekali pada hari Ahad setiap minggu kedua setiap bulan. Majlis yang dipimpin oleh Ustaz Rahmat Bin Ahmad Mashri bermula jam 9.00 pagi dan berakhir dengan sedikit jamuan ringkas pada jam 10.00 pagi.


Program sebegini diadakan bagi memohon keberkatan serta kerahmatan daripada Allah swt selain ia secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan IKBN Bandar Penawar. Penyertaan yang menggalakan dalam majlis-majlis seperti ini mencerminkan semangat perpaduan dan kerjasama antara warga IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 06 Aug 2018 00:02:27 +0800
PROGRAM KULIAH MAGHRIB http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kuliah-maghrib.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kuliah-maghrib.html PROGRAM KULIAH MAGHRIB

PROGRAM KULIAH MAGHRIB


Bandar Penawar, 22 Julai 2018 - Pada hari Ahad yang lepas, Surau Al-Mukmin IKBN Bandar Penawar telah mengadakan Program Kuliah Maghrib berbentuk santai. IKBN Bandar Penawar menjemput penceramah jemputan iaitu Ustaz Amirul Ariffin Bin Haji Arshad bagi menyampaikan sedikit ceramah pada program tersebut.


Program tersebut telah berlangsung selama 40 minit di antara waktu Maghrib dan Isyak. Selain para pelajar dapat mengisi waktu terluang dengan ilmu akhirat, ceramah secara santai yang bertajuk Mari Mengenali Allah itu juga berjaya menarik minat para pelajar kerana ia disampaikan secara santai dan memudahkan para pelajar untuk memahami ceramah yang disampaikan.


Selain daripada pelajar program juga dihadiri oleh kakitangan dan penghuni kuaters IKBN Bandar Penawar yang berkesempatan. Dengan adanya program ceramah santai sebegini, ia mampu menyampaikan dakwah kepada para pelajar dengan lebih dekat serta lebih memahamkan para pelajar yang mendengar.


Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 24 Jul 2018 01:44:41 +0800
MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN SESI 2/2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/minggu-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-sesi-2-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/minggu-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-sesi-2-2018.html MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN SESI 2/2018

MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN SESI 2/2018

Bandar Penawar, 3 - 5 Julai 2018 - Telah diadakan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKBN Bandar Penawar Sesi 2/2018. Program diadakan sebagai kesinambungan kepada Minggu Paradigma sempena kemasukan pelajar baru sesi 2/2018.

 

Majlis Perasmian Minggu Keselamatan telah diadakan pada 3 Julai bersempena dengan Perhimpunan Bulan Julai bertempat di Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar. Acara tersebut dimulakan dengan Bacaan Dasar Keselamatan dan Taklimat Keselamatan oleh Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKBN Bandar Penawar.

 

Seterusnya, acara tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Saleh Bin Hj Ghazali dengan melengkapkan pelekat pendaftaran permit Mesin Angkat jenis 'Aerial Working Platform' di hadapan para hadirin. Program ini telah dihadiri oleh kesemua warga IKBN Bandar Penawar dan melibatkan pekerja-pekerja kontraktor pembersihan dan keselamatan.

 

Pada sebelah petang warga IKBN telah menjalankan aktiviti audit keselamatan tempat kerja secara kendiri di kawasan kerja/ jabatan/ cawangan/ bahagian masing-masing.

 

Disediakan oleh : Encik Mohammad Jailani Bin A Jamil
Foto : Encik Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 05 Jul 2018 04:09:13 +0800
KURSUS CHEMICAL SAFETY & CHEMICAL WASTE MANAGEMENT http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-chemical-safety-chemical-waste-management.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-chemical-safety-chemical-waste-management.html KURSUS CHEMICAL SAFETY & CHEMICAL WASTE MANAGEMENT

KURSUS CHEMICAL SAFETY & CHEMICAL WASTE MANAGEMENT

Bandar Penawar, 4 Julai 2018 - Wakil-wakil setiap jabatan di IKBN Bandar Penawar telah menghadiri Kursus Pengurusan Bahan Kimia di tempat kerja bertempat di Pusat Sumber IKBN Bandar Penawar. Kursus telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan Encik Shaidon Bin Borham dengan dibantu oleh Encik Mohammad Jailani Bin A Jamil dan Encik Nasrul Bin Ismail sebagai fasilitator.

 

Topik-topik yang telah disampaikan meliputi Akta dan Perundangan, Pelabelan Bahan Kimia, Penyimpanan dan lain-lain. Selain itu, aktiviti perbincangan berkumpulan turut diadakan melibatkan latihan pemahaman pendaftaran Bahan Kimia, panduan merujuk Helaian data keselamatan 'Safety data Sheet' (SDS), dan juga perbincangan mengenai amalan baik dalam pengendalian Bahan Kimia di tempat kerja. Pelajar-pelajar pula telah dilibatkan dalam penghasilan video kreatif berkaitan Keselamatan di Tempat Kerja dengan dibantu oleh Encik Zulhilmi Bin Abdullah, Puan Khairun Afida Binti Ahmad dan juga Encik Mohd Junaidi Bin Samsudeen.

 

Pada sebelah petang telah diadakan aktiviti latihan Kecemasan (Emergency Drill) yang melibatkan Blok Bangunan Pentadbiran, Blok Jabatan Hospitaliti, Blok Akademik (HEP dan CPKK), dan Blok Perhotelan. Melalui aktiviti ini, para pelajar khasnya telah didedahkan bagaimana hendak bertindak dalam keadaan kecemasan, kiraan headcount, kecederaan serta operasi menyelamat diwaktu kecemasan.

 

Program dibantu oleh kakitangan Jabatan Hospitaliti, perhotelan dan pengajar HSE yang turut serta menyiapkan solekan simulasi kecederaan pelajar. Pada 5 Julai program diteruskan dengan aktiviti EKSA di tempat kerja masing-masing. Urusetia merakamkan terima kasih kepada semua warga yang terlibat dalam menjayakan minggu keselamatan.

 

Disediakan oleh : Encik Mohammad Jailani Bin A Jamil
Foto : Encik Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Fri, 06 Jul 2018 01:29:53 +0800
PROGRAM PENGISIAN ROHANI MINGGU PARADIGMA SESI 2/2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-pengisian-rohani-minggu-paradigma-sesi-2-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-pengisian-rohani-minggu-paradigma-sesi-2-2018.html PROGRAM PENGISIAN ROHANI MINGGU PARADIGMA SESI 2/2018

PROGRAM PENGISIAN ROHANI MINGGU PARADIGMA SESI 2/2018


Bandar Penawar, 27 Jun 2018 - Pada 25 hingga 28 Jun 2018, IKBN Bandar Penawar telah mengadakan sesi pengambilan pelajar baru bagi sesi 2/2018. Seramai 50 orang pelajar baru telah diambil bagi pengambilan tersebut.  Sehubungan dengan itu, IKBN Bandar Penawar telah mengadakan Program Minggu Paradigma bagi pelajar-pelajar tersebut.


Antara salah satu pengisian di dalam Program Minggu Paradigma tersebut antaranya ialah pengisian kerohanian di mana telah diadakan di Surau Al-Mukmin IKBN Bandar Penawar. Jawatankuasa Unit Kerohanian telah menjemput seorang penceramah, Ustaz Hasrin Hakim Bin Sulong untuk memberi ceramah bertajuk Jati Diri Muslim Yang Sejati.


Ceramah tersebut telah dihadiri oleh kesemua pelajar baru serta para fasilitator program. Pengisian ceramah tersebut lebih kepada jati diri muslim pada zaman muttakhir ini dalam mengharungi onak duri kehidupan sekarang. Program ceramah ini berlangsung selepas waktu maghrib sehingga waktu isyak. Diharap ceramah sebegini dapat mendidik dan menyedarkan para pelajar terhadap pentingnya kita sebagai pemuda Islam menjaga maruah agama dan bangsa dalam mengharungi kehidupan pada zaman ini.


Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 28 Jun 2018 21:55:56 +0800
PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2/2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-2-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-2-2018.html PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2/2018

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2/2018


BANDAR PENAWAR, 25 Jun 2018 – Seramai 50 orang pelajar baru telah mendaftar masuk di IKBN Bandar Penawar. Kursus yang dibuka untuk pengambilan pada kali ini adalah Sijil Teknologi Hospitaliti Penyediaan Makanan dan Sijil Teknologi Hospitaliti Penyajian.


Bermula jam 8.00 pagi pelajar bersama-sama ibu bapa telah memenuhi ruang Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar untuk membuat pendaftaran. Kemudian pelajar ke asrama untuk mendaftar masuk asrama dan seterusnya ke Bilik ICT untuk mendaftar masuk Sistem eKampus. Pada jam 11.00 pagi semua pelajar dan ibu bapa penjaga dikehendaki ke Dewan Serbaguna semula untuk mendengar Taklimat yang disampaikan oleh Encik Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah HEP.


Tepat jam 12.00 tengahari Majlis Perasmian Pendaftaran Pelajar Baru diadakan secara ringkas dan dirasmikan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Saleh Bin Haji Ghazali. Tahniah kepada semua pelajar yang terpilih untuk menyambung pelajaran di IKBN Bandar Penawar. IKBN Bandar Penawar menyediakan fasiliti dan bengkel yang serba lengkap untuk pelajar selain pelajar menerima elaun, makan minum 5 kali sehari dan penginapan secara percuma.


Semua pelajar yang mendaftar hari ini akan melalui minggu paradigma dari 25 hingga 28 Jun 2018 bagi memberi pendedahan awal kepada mereka melalui perjalanan kehidupan di asrama. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar baru IKBN Bandar Penawar kerana terpilih mengikuti pengajian di sini.

 

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 26 Jun 2018 01:22:46 +0800