Program Townhall Pelan Harapan Luar Bandar KEJORA dan Future Leaders Camp 2019 Anjuran Majlis Belia Daerah Kota Tinggi bersama KEJORA dan IKLAS JOHOR http://kemahiran.kbs.gov.my Fri, 22 Jan 2021 07:00:12 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my GOTONG-ROYONG DI LEGARAN TANAH PUTIH, KG SENTOSA KOTA TINGGI, JOHOR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/gotong-royong-di-legaran-tanah-putih-kg-sentosa-kota-tinggi-johor.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/gotong-royong-di-legaran-tanah-putih-kg-sentosa-kota-tinggi-johor.html GOTONG-ROYONG DI LEGARAN TANAH PUTIH, KG SENTOSA KOTA TINGGI, JOHOR

GOTONG-ROYONG DI LEGARAN TANAH PUTIH, KG SENTOSA KOTA TINGGI, JOHOR


Kota Tinggi, 30 Mac 2018 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah melaksanakan satu program gotong-royong di kawasan Legaran Tanah Putih, Kg Sentosa Kota Tinggi, Johor dibawah Program Impak ILKBS@Komuniti berkonsepkan “ ILKBS Give Back “iaitu menyumbang balik tenaga, kepakaran atau kemahiran pelajar-pelajar ILKBS kepada orang awam. Seramai 231 orang peserta terlibat dengan program ini. Program ini adalah juga antara kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kota Tinggi, KEJORA, Majlis Belia Daerah (MBD) Kota Tinggi dan Persatuan Belia Sedeli.


Pelajar IKBN Bandar Penawar telah bertungkus-lumus membersihkan kawasan sekitar dan mengecat wakaf dan tiang gol futsal serta alatan permainan kanak-kanak di kawasan tersebut. Manakala sukarelawan yang lain berkerjasama memotong rumput dan membersihkan kawasan lapang. Sampah-sampah dan sisa pokok kering dikumpul dibakar.


Program seperti ini dapat membentuk, menggilap dan melahirkan kumpulan sukarelawan ke arah profesionalisme yang utuh menggunakan kemahiran –kemahiran yang telah dipelajari di ILKBS. Penglibatan pelajar-pelajar ILKBS dalam program khidmat masyarakat ini boleh dijadikan sebagai nilai tambah kepada pembentukan ketrampilan pelajar TVET  KBS.

 

Disediakan oleh : Puan Hasliza Binti Mohd Zin
Foto : Puan Hasliza Binti Mohd Zin

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 01 Apr 2018 14:10:53 +0800
PROGRAM CERAMAH KESIHATAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA SERTA AKTIVITI GOTONG-ROYONG SEKITAR KAWASAN DI IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-ceramah-kesihatan-dan-pemeriksaan-kesihatan-percuma-serta-aktiviti-gotong-royong-sekitar-kawasan-di-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-ceramah-kesihatan-dan-pemeriksaan-kesihatan-percuma-serta-aktiviti-gotong-royong-sekitar-kawasan-di-ikbn-bandar-penawar.html PROGRAM CERAMAH  KESIHATAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA SERTA AKTIVITI GOTONG-ROYONG SEKITAR KAWASAN DI IKBN BANDAR PENAWAR

PROGRAM CERAMAH  KESIHATAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA SERTA AKTIVITI GOTONG-ROYONG SEKITAR KAWASAN DI IKBN BANDAR PENAWAR


Bandar Penawar, 26 Mac 2018 – Melalui Program Impak ILKBS@Komuniti, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menganjurkan satu Program Ceramah Kesihatan dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma atas kerjasama Yayasan Buah Pinggang Malaysia. Semua pegawai, pelajar dan pekerja kontrakor di IKBN Bandar Penawar tidak melepaskan peluang mengukur tahap kesihatan masing-masing. Ceramah Kesihatan bermula jam 8.00 pagi di Dewan Serbaguna yang dihadiri oleh semua pelajar dan pegawai. Pada jam 10.00 pagi Pemeriksaan Kesihatan dijalankan, antara pemeriksaan yang dilaksanakan adalah mengukur tahap gula dalam darah, tekanan darah dan tahap kolestrol. Selain itu sesi konsultan dijalankan bagi menerangkan tahap kesihatan mereka.

 

Pada sebelah petang pula pelajar yang diselia oleh pegawai HEP telah bergotong-royong membersihkan kawasan asrama, surau, dewan makan dan kawasan sekitar IKBN Bandar Penawar. Selain itu pelajar juga berpeluang menghias dinding-dinding di blok asrama yang kosong mengikut kretiviti masing-masing. Kebersihan adalah asas utama kepada penjagaan kesihatan. Oleh itu pelajar perlu dididik untuk menjaga kebersihan diri dan alam sekitar. Seramai 170 orang pelajar terlibat dengan program ini.

 

Disediakan oleh : Puan Hasliza Binti Mohd Zin
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 27 Mar 2018 13:44:10 +0800
TAKLIMAT KERJAYA DORSETT HOSPITALITY INTERNATIONAL DI IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-kerjaya-dorsett-hospitality-international-di-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-kerjaya-dorsett-hospitality-international-di-ikbn-bandar-penawar.html TAKLIMAT KERJAYA DORSETT HOSPITALITY INTERNATIONAL DI IKBN BANDAR PENAWAR

TAKLIMAT KERJAYA DORSETT HOSPITALITY INTERNATIONAL DI IKBN BANDAR PENAWAR


Bandar Penawar, 12 April 2018 - Pihak Dorsett Hospitality International telah mengadakan satu lawatan strategik ke IKBN Bandar Penawar dan telah mengadakan satu sesi taklimat kerjaya kepada pelajar-pelajar Sekolah Hospitaliti dan Perhotelan IKBN Bandar. Taklimat kerjaya ini adalah untuk membuka ruang dan peluang serta memberi inspirasi kepada semua pelajar IKBN Bandar Penawar amnya dan pelajar bidang Hospitaliti serta Perhotelan khasnya.

 

Bidang kemahiran Perhotelan dan Hospitaliti yang disediakan di IKBN Bandar Penawar bersedia untuk memenuhi permintaan tenaga kerja yang tinggi daripada industri-industri ini. Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Saleh Bin Haji Ghazali dan pengurusan tertinggi serta pengajar-pengajar Sekolah Hospitaliti dan Perhotelan turut hadir mendengar taklimat yang disampaikan oleh Mr. Terrence Dass, Cluster Assistant Director of Training Department, Dorsett Hospitality International.

 

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang bijak mengambil peluang untuk belajar dalam bidang yang berteraskan kemahiran ini. Diharapkan apabila mereka menempuh alam pekerjaan ilmu yang diperolehi daripada taklimat ini dapat dipraktikan.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 15 Apr 2018 12:58:15 +0800
PROGRAM IFTAR IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM AL-HUSNA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-iftar-ikbn-bandar-penawar-bersama-yayasan-kebajikan-anak-anak-yatim-al-husna.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-iftar-ikbn-bandar-penawar-bersama-yayasan-kebajikan-anak-anak-yatim-al-husna.html PROGRAM IFTAR IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM AL-HUSNA

PROGRAM IFTAR IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM AL-HUSNA


BANDAR PENAWAR, 29 Mei 2018 – Jawatankuasa Surau Al-Mukmin IKBN Bandar Penawar dengan kerjasama Pengarah dan Kelab Kakitangan IKBN Bandar Penawar telah mengadakan program iftar dan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Husna seramai 43 orang. Program ini diadakan pada 28 Mei 2018 bertempat di Surau IKBN Bandar Penawar.


Majlis berbuka puasa ini turut disertai pegawai-pegawai IKBNBP, ibu angkat dan para pelajar IKBN Bandar Penawar. Pengisian program ialah mengadakan tahlil ringkas dan penyampaian sumbangan hari raya kepada semua anak-anak yatim yang hadir dan disampaikan oleh Pengarah IKBNBP, Tuan Mohd Saleh Bin Haji Ghazali. Kemudian melaksanakan solat Maghrib berjemaah dan berbuka bersama anak-anak yatim di Dewan Makan IKBN Bandar Penawar. Turut membantu menjayakan program ini ialah Encik Mohd Yusri daripada KEJORA.


Jelas terpancar kecerian pada wajah tulus kanak-kanak ini apabila diajak beramah mesra dan bergambar bersama. Di harap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi sedikit kecerian kepada anak-anak yatim dan memupuk nilai kasih sayang antara insan.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 29 May 2018 12:29:35 +0800
PROGRAM IMPAK ILKBS@KOMUNITI 2018 SEMPENA PROGRAM ‘RIDERS NITE’ (WE CARE FOR YOU) PDRM KONTINJEN JOHOR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-2018-sempena-program-riders-nite-we-care-for-you-pdrm-kontinjen-johor.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-2018-sempena-program-riders-nite-we-care-for-you-pdrm-kontinjen-johor.html PROGRAM IMPAK ILKBS@KOMUNITI 2018 SEMPENA PROGRAM ‘RIDERS NITE’ (WE CARE FOR YOU) PDRM KONTINJEN JOHOR

PROGRAM IMPAK ILKBS@KOMUNITI 2018 SEMPENA PROGRAM ‘RIDERS NITE’ (WE CARE FOR YOU) PDRM KONTINJEN JOHOR


Bandar Penawar, 8 April 2018 – Program IMPAK ILKBS@KOMUNITI 2018 anjuran Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh dan PDRM Kontinjen Johor telah diadakan pada 7 April 2018 di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor Bahru, Johor.


Program ini diadakan sempena program ‘RIDERS NITE’ (WE CARE FOR YOU) PDRM Kontinjen Johor. Program IMPAK ILKBS@KOMUNITI 2018 ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dr.Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.


Antara aktiviti yang dijalankan adalah Ceramah dan Klinik Perlumbaan-Ride To Right yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada belia-belia ke arah perlumbaan yang sebenar dan selamat. Ceramah dan Klinik Perlumbaan yang disampaikan oleh Tuan Syed Ahmad Nizam Syed Ahmad (Two Wheels Motorsport Programme, IKTBN Pagoh) turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran saudara Kasma Danial daripada Pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor yang juga merupakan Juara CP150 Petronas Cubprix. Turut hadir bersama ialah saudara Syafiq Aiman Fauzi daripada Pasukan Onexox JKKR yang menduduki tempat ketiga keseluruhan Kategori Wira KBS Petronas Cubprix.


Antara program-program lain yang dijalankan ialah pameran promosi program ILKBS dan pameran dari pelbagai agensi dan jabatan.

 

Disediakan oleh : Encik Lim Chow Kiat
Foto oleh: Encik Mohd Zulhilmi

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 08 Apr 2018 16:16:17 +0800
Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pentaulihan-anugerah-remaja-perdana-rakan-muda-arprm.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pentaulihan-anugerah-remaja-perdana-rakan-muda-arprm.html Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)

Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)

BANDAR PENAWAR, 8 APRIL 2018 – Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat IKBN Bandar Penawar telah diadakan pada 8 April 2018. Seramai tujuh belas (17) peserta telah terima sijil Pentauliahan peringkat Tahap Gangsa.

 

Program ARPRM merupakan program bertaraf antarabangsa yang mengiktiraf remaja berumur 14 hingga 24 tahun dalam aktiviti yang menyumbang kepada pembentukan personaliti diri melalui 4 komponen aktiviti iaitu, Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak. Program ARPRM juga merupakan aktiviti ko-kurikulum wajib kepada pelajar-pelajar ILKBS bermula Januari 2017.

 

Peserta-peserta program telah daftar mengambil program ARPRM Tahap Gangsa pada Januari 2017 dan telah lengkap menjalani aktiviti dalam empat komponen pada bulan November 2017. Program ini dapat memberi impak terhadap kualiti graduan ILKBS.

 

Majlis Pentauliahan telah disempurnakan oleh En.Mohd Saleh Bin Haji Ghazali, Pengarah IKBN Bandar Penawar. Dalam majlis tersebut, mentor/jurulatih yang terlibat turut diberi Sijil Penghargaan. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya dan terima kasih kepada mentor-mentor/jurulatih yang telah bersama-sama menjayakan program ARPRM di IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh :
Lim Chow Kiat ( Bahagian Hal Ehwal Pelajar )
Foto : Muhammad Haqimi Bin Mahat

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 09 Apr 2018 02:12:20 +0800
PROGRAM BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-bubur-lambuk-sempena-ramadhan-al-mubarak.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-bubur-lambuk-sempena-ramadhan-al-mubarak.html PROGRAM BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK

PROGRAM BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK

BANDAR PENAWAR, 22 Mei 2018 – Sebagai tanda kesyukuran menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, Jabatan Hospitaliti, IKBN Bandar Penawar telah menganjurkan Program Penyediaan Bubur Lambuk. Program yang melibatkan semua pegawai, pengajar dan pelajar dari Jabatan Hospitaliti iaitu seramai 11 orang pegawai dan pengajar, 67 orang pelajar secara bergotong-royong.


Program yang telah dimulakan seawal jam 8.00 pagi ini dimulakan dengan penyediaan bahan-bahan masakan. Kira-kira jam 11.00 pagi pegawai mula menyediakan periuk bagi memasak bubur tersebut. Pada jam 3.00 petang bubur lambuk siap dimasak dan dibungkus untuk diagihkan. Bubur lambuk diagihkan kepada semua pegawai, kakitangan, pekerja kontrak pembersihan, pengawal keselamatan, pekerja dewan makan dan pelajar. Selebihnya bubur lambuk telah diagihkan kepada orang ramai di bazar Ramadhan Bandar Penawar.


Program seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pengajar dan pelajar di Jabatan Hospitaliti. Selain itu ia dapat memupuk sikap bersedekah di kalangan semua warga IKBN Bandar Penawar. Semoga program seperti ini sentisa diutamakan dan dijadikan rutin setiap tahun apabila kedatangan bulan yang mulia ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

 

Disediakan oleh : Puan Nurlia Binti Rusli
Foto : Puan Nurlia Binti Rusli

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 22 May 2018 12:03:31 +0800
IKBN BANDAR PENAWAR JOHAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA PROGRAM SEMARAK BIRU http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/ikbn-bandar-penawar-johan-pertandingan-fotografi-sempena-program-semarak-biru.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/ikbn-bandar-penawar-johan-pertandingan-fotografi-sempena-program-semarak-biru.html IKBN BANDAR PENAWAR JOHAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA PROGRAM SEMARAK BIRU

IKBN BANDAR PENAWAR JOHAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA PROGRAM SEMARAK BIRU


BANDAR PENAWAR, 2 April 2018 – Tahniah diucapkan kepada IKBN Bandar Penawar kerana telah menjadi Johan bagi pertandingan Fotografi anjuran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang Sempena Program Semarak Biru Hari Kesedaran Autisme Sedunia Peringkat Negeri Johor. IKBN Bandar Penawar memenangi tempat pertama bagi Kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT) pertandingan Fotografi Gambar Kreatif.


Hadiah disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor. Gambar Kreatif yang diambil semasa Program Sambutan Hari Autisme Sedunia di IKBN Bandar Penawar memperolehi hadiah bernilai RM 1,000.00. Program Semarak Biru Hari Kesedaran Autisme Sedunia Peringkat Negeri Johor telah diadakan di Perkarangan SKS City Mall Bandar Penawar.


Gambar ini dihasilkan atas usahasama pelajar dan pengajar serta semua kakitangan yang terlibat menyertai Program Sambutan Hari Autisme Sedunia di IKBN Bandar Penawar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat termasuklah kakitangan Kontraktor di IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 02 Apr 2018 17:34:38 +0800
PROGRAM KITAR SEMULA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kitar-semula.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kitar-semula.html PROGRAM KITAR SEMULA

PROGRAM KITAR SEMULA

BANDAR PENAWAR, 1 April 2018 – Pelancaran Program Kitar Semula Sempena Kempen Pensijilan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) yang telah dirasmikan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Saleh Bin Haji Ghazali dan diiringi oleh Encik Shaidon Bin Borham selaku Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan dan Ketua Sekolah Perhotelan Encik Shaharin Bin Shaharuddin.


EKSA dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran kerja bersih, kemas dan kondusif. Program Kitar Semula pula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.


Dengan adanya Program Kitar Semula ini, semua pegawai dan pelajar IKBN Bandar Penawar diharap lebih prihatin dalam menjaga alam sekitar dan mengurangkan bahan buangan. Program yang turut melibatkan Kontraktor Kebersihan ini diharap dapat memberi kesedaran kepada semua. Program perlaksanaan amalan kitar semula ini sepatutnya dijadikan acara tahunan supaya ia sentiasa dipraktikan.


Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 01 Apr 2018 16:21:44 +0800
SAMBUTAN HARI AUTISME SEDUNIA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/sambutan-hari-autisme-sedunia.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/sambutan-hari-autisme-sedunia.html SAMBUTAN HARI AUTISME SEDUNIA

SAMBUTAN HARI AUTISME SEDUNIA


BANDAR PENAWAR, 1 April 2018 – Sempena Sambutan Hari Autisme Sedunia pada 2 April 2018, IKBN Bandar Penawar menyatakan tanda sokongan dengan membuat plakad dengan cap tapak tangan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Saleh Bin Haji Ghazali dan pelajar IKBN Bandar Penawar. Pengarah IKBN Bandar Penawar juga turut menyampaikan taklimat kesedaran mengenai Autisme semasa ucapan pembukaan. Selain itu pelajar juga membuat persembahan berkenaan Autisme dalam Bahasa Inggeris.


Sebagai tanda sokongan kepada Hari Autisme Sedunia, para pelajar dan pegawai IKBN Bandar Penawar memakai pakaian berwarna biru sebagai simbolik sokongan kepada golongan autisme seluruh dunia. Sambutan ini dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti bagi memberi kesedaran kepada setiap individu supaya lebih prihatin terhadap anak-anak autisme.

 

Autisme merupakan gangguan perkembangan seseorang individu yang berkaitan dengan masalah hubungan sosial, masalah komunikasi, perubahan emosi, kurang kebolehan berimaginasi dan bermain malah anak autisme akan menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang, lebih-lebih lagi berkaitan minat, aktiviti dan perangai. Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia diharap dapat meningkatkan kesedaran terutama kepada pegawai dan pelajar IKBN Bandar Penawar mengenai Autisme.

 

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 01 Apr 2018 15:16:19 +0800