Program Townhall Pelan Harapan Luar Bandar KEJORA dan Future Leaders Camp 2019 Anjuran Majlis Belia Daerah Kota Tinggi bersama KEJORA dan IKLAS JOHOR http://kemahiran.kbs.gov.my Tue, 26 Jan 2021 23:58:01 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my MINGGU PARADIGMA PELAJAR SESI 1/2018 IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/minggu-paradigma-pelajar-sesi-1-2018-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/minggu-paradigma-pelajar-sesi-1-2018-ikbn-bandar-penawar.html MINGGU PARADIGMA PELAJAR SESI 1/2018 IKBN BANDAR PENAWAR

MINGGU PARADIGMA PELAJAR SESI 1/2018 IKBN BANDAR PENAWAR

BANDAR PENAWAR, 3 - 7 Januari 2018 – Bermulanya rutin yang baru bagi pelajar IKBN Bandar Penawar Sesi 1/2018. Pelbagai aktivit telah disunsun untuk melengkapkan diri pelajar baru bagi persediaan mereka melalui hari-hari seterusnya di IKBN Bandar Penawar. Jam 2.00 petang setelah ibu bapa penjaga mereka meninggalkan IKBN Bandar Penawar, pelajar-pelajar ini telah berkumpul dan dibahagikan dalam kumpulan. Kemudian mereka diperkenalkan dengan fasilitator-fasilitator yang merupakan senior mereka dan pengajar-pengajar di IKBN Bandar Penawar.

 

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang minggu paradigma ini ialah aktiviti Kawad Kaki, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Taklimat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Taklimat AKRAB, Taklimat Anugerah Remaja Perdana (ARP), Taklimat Pengurusan Latihan dan Taklimat Alumni. Semua aktiviti dan taklimat yang disampaikan adalah bagi menguatkan jati diri pelajar dan memberi gambaran lebih jelas berkenaan kehidupan di asrama sebagai pelajar.

 

Majlis penutup Minggu Paradigma telah diadakan pada 7 Januari jam 10.00 pagi di Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar. Seusai ucapan Pengarah, Tuan Mohd Saleh Bin Haji Ghazali, jemputan disajikan dengan video sepanjang minggu paradigma. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan pelajar yang berjaya dalam aktiviti yang sertai.


Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 07 Jan 2018 10:23:34 +0800
MINGGU KESELAMATAN IKBN BANDAR PENAWAR 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/minggu-keselamatan-ikbn-bandar-penawar-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/minggu-keselamatan-ikbn-bandar-penawar-2018.html MINGGU KESELAMATAN IKBN BANDAR PENAWAR 2018

MINGGU KESELAMATAN IKBN BANDAR PENAWAR 2018

BANDAR PENAWAR, 7 - 11 Januari 2018 – Buat pertama kalinya IKBN Bandar Penawar telah menganjurkan Minggu Keselamatan IKBN Bandar Penawar berkesinambungan daripada kemasukan pelajar baru pengambilan 1/2018. Program anjuran Jawatankuasa Kesihatan Keselamatan Pekerja IKBN Bandar Penawar telah merancang pelbagai aktiviti bagi menjayakan program ini. Pada hari Ahad 7 Januari 2018, jam 2.00 petang telah diadakan Majlis Perasmian yang telah dihadiri oleh semua pegawai dan pelajar. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Haji Mohd Saleh Bin Haji Ghazali.

 

Antara aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang MInggu Keselamatan IKBN Bandar Penawar 2018 ialah Taklimat Keselamatan daripada Jawatankuasa Kesihatan Keselamatan Pekerja IKBNBP, Taklimat Pengungsian Bangunan daripada Bomba, Kursus PBSM yang diadakan di Perpustakaan IKBN Bandar Penawar, Taklimat dan demo daripada Agensi Pertahanan Awam Malaysia, Taklimat Keselamatan daripada PDRM dan Emergency Drill Pengungsian asrama bersama-sama Bomba Bandar Penawar. Disamping itu juga, pihak penganjur telah mengadakan pertandingan video kreatif berkaitan taklimat keselamatan mengikut jurusan dan asrama.

 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang telah turut serta menjayakan program ini. Di harap program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran keselamatan di kalangan warga dan juga pelajar IKBN Bandar Penawar.
 
Disediakan oleh : Encik Mohammad Jailani Bin A Jamil
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 11 Jan 2018 10:21:43 +0800
PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 1 JANUARI 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-januari-2018.html PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 1 JANUARI 2018

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 1 JANUARI 2018

BANDAR PENAWAR, 3 Januari 2018 – Seramai 45 orang pelajar baru telah mendaftar masuk di IKBN Bandar Penawar. Kursus yang dibuka untuk pengambilan pada kali ini adalah Sijil Teknologi Hospitaliti Penyediaan Pastri, Sijil Teknologi Hospitaliti Pengemasan Housekeeping, Sijil Teknologi Hospitaliti Perkhidmatan Kaunter Hadapan.

 

Bermula jam 8.00 pagi pelajar bersama-sama ibu bapa telah memenuhi ruang Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar untuk membuat pendaftaran. Kemudian pelajar akan ke asrama untuk mendaftar masuk asrama dan seterusnya ke Bilik ICT untuk mendaftar masuk Sistem eKampus. Pada jam 11.00 pagi semua pelajar dan ibu bapa penjaga dikehendaki ke Dewan Serbaguna semula untuk mendengar Taklimat yang disampaikan oleh Encik Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah HEP.

 

Tepat jam 12.00 tengahari Majlis Perasmian Pendaftaran Pelajar Baru diadakan secara ringkas dan dirasmikan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Saleh Bin Haji Ghazali. Tahniah kepada semua pelajar yang terpilih untuk menyambung pelajaran di IKBN Bandar Penawar. IKBN Bandar Penawar menyediakan fasiliti dan bengkel yang serba lengkap untuk pelajar selain pelajar menerima elaun, makan minum 5x sehari dan penginapan secara percuma.
 
Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 03 Jan 2018 10:19:12 +0800
Pertandingan mencipta video pendek 2017 kategori ILKBS http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pertandingan-mencipta-video-pendek-2017-kategori-ilkbs.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pertandingan-mencipta-video-pendek-2017-kategori-ilkbs.html Pertandingan mencipta video pendek 2017 kategori ILKBS

Disediakan oleh : Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Pertandingan mencipta video pendek 2017 kategori ILKBS

Putrajaya, 19 December 2017 - IKBN Bandar Penawar telah menyertai pertandingan mencipta video pendek 2017 kategori ILKBS anjuran unit Integriti Kementerian Belia dan Sukan. IKBN Bandar Penawar mendapat tempat ke-3 bagi kategori pelajar dan pegawai.

 

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Brig Jen Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan kepada para pemenang pertandingan mencipta video pendek 2017. Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof Ketua Pengarah dan Dr. Ir. Azmi bin Ahmad Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia telah meluangkan masa bersama para pemenang untuk sesi bergambar. Tahniah kepada para pemenang dan IKBN Bandar Penawar.

 

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 19 Dec 2017 17:50:03 +0800
Taklimat Latihan Industri http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-latihan-industri.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-latihan-industri.html Taklimat Latihan Industri

Disediakan oleh : Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Taklimat Latihan Industri

Bandar Penawar, 5 Disember 2017 - Seramai 17 orang pelajar IKBN Bandar Penawar telah menyertai Taklimat Latihan Industri yang disampaikan oleh Pegawai Hubungan Industri IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Zaid Bin Mohamed Awam.

 

Pelajar-pelajar yang mengikuti Kursus Perhotelan sepenuh masa ini akan mula menjalani latihan industri bagi sesi Januari 2018 di beberapa tempat yang terpilih seluruh malaysia. Diharapkan taklimat ini dapat memberi sedikit pendedahan berkenaan Latihan Industri yang akan mereka lalui dan dunia pekerjaan mereka nanti. Semoga mereka mendapat lebih banyak ilmu pengetahuan semasa menjalani latihan industri. Semoga berjaya.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 05 Dec 2017 17:35:23 +0800
PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesukarelawanan-ilkbs-touch-point-dibawah-cabinet-away-day-2017-cad-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesukarelawanan-ilkbs-touch-point-dibawah-cabinet-away-day-2017-cad-2017.html PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017)

Disediakan oleh : Lim Chow Kiat
Foto : Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017)


Johor Bahru, 25 November 2017 – Satu Program Kesukarelawanan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) - Touch Point dibawah Cabinet Away Day 2017 (CAD 2017) anjuran bersama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru telah dilaksanakan pada 25 November 2017 di Hentian Bas Permas, Permas Jaya, Johor.


Program di Permas Jaya dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan dihadiri oleh ADUN Permas iaitu YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, merangkap Menteri Besar Johor. Turut hadir bersama ialah YBrs. Dr. Hajah Wasitah Bt. Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan serta Tuan Haji Mohd Saleh Bin Haji Ghazali, Pengarah IKBN Bandar Penawar.


Sebanyak tujuh (7) program kesukarelawanan telah dilaksanakan oleh IKBN Bandar Penawar. Fasa I melibatkan lima (5) program, manakala Fasa II melibatkan dua (2) program. Program Kesukarelawanan ILKBS merupakan satu pendekatan belia bersama masyarakat bagi memupuk semangat kesukarelawan di dalam diri belia. Pelaksanaan projek ini juga adalah selari dengan program Anugerah Remaja Perdana (ARP) dibawah elemen Khidmat Masyarakat dan Kemahiran yang merupakan aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh ILKBS di seluruh Malaysia. Program ini dijalankan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Stratergy (NBOS) di antara ILKBS, Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Persatuan Alumni ILKBS, Persatuan-Persatuan Belia dan NGO serta wakil rakyat di kawasan terpilih.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sat, 25 Nov 2017 17:13:15 +0800
KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN BERASASKAN YIS http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-penyediaan-makanan-berasaskan-yis.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-penyediaan-makanan-berasaskan-yis.html KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN BERASASKAN YIS

KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN BERASASKAN YIS

BANDAR PENAWAR, 19 November 2017 – Jabatan Hospitaliti IKBN Bandar Penawar telah menjalankan Kursus Penyediaan Makanan Berasaskan Yis pada hari Sabtu 18 November 2017. Kursus ini telah ditawarkan kepada komuniti setempat dan ada juga peserta yang datang dari Johor Bahru.

 

Kursus secara “hands-on” ini telah disertai oleh seramai 9 orang terdiri daripada 2 orang lelaki dan 7 orang wanita. Peserta kursus ini meliputi pelbagai latar belakang termasuklah suri rumah, para suami, pekerja mahir dan separuh mahir serta para usahawan atas talian. Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam penyediaan makanan berasaskan yis yang lebih memfokuskan kepada penyediaan asas roti dan pizza.

 

Antara produk yang dihasilkan adalah Hawaiian Pizza, Island Supreme pizza, Red bean bun, Chicken floss bun, Butter scotch bun, Plaited cheese bun, Tuna roll dan banyak lagi. Encik Shah Rizan Bin Tamrim telah dipertanggungjawabkan dalam sesi pengajaran kali ini. Kursus bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang, peserta menunjukkan minat dan usaha yang bersungguh-sungguh dalam mempelajari teknik-teknik penyediaan roti.

 

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan semoga dengan apa yang telah dipelajari akan dapat dipraktikkan disamping menjadi titik tolak dalam pencarian penambahan rezeki.
 
Disediakan oleh : Encik Shah Rizan Bin Tamrim
Foto : Shah Rizan Bin Tamrim

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 19 Nov 2017 17:48:41 +0800
PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 3 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesukarelawan-ilkbs-sesi-3.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesukarelawan-ilkbs-sesi-3.html PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 3

PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 3

Johor Bahru, 12 November 2017 – Satu Program Kesukarelawanan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)-Touch Point dibawah Cabinet Away Day 2017 (CAD 2017) anjuran bersama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru telah dilaksanakan pada 12 November 2017 di Taman Permainan PPR Sri Iskandar, Johor Bahru, Johor.


Program Kesukarelawanan ILKBS merupakan satu pendekatan belia bersama masyarakat bagi memupuk semangat kesukarelawan di dalam diri belia. Pelaksanaan projek ini juga adalah selari dengan program Anugerah Remaja Perdana (ARP) dibawah elemen Khidmat Masyarakat dan Kemahiran yang merupakan aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh ILKBS di seluruh Malaysia. Program ini dijalankan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Stratergy (NBOS) di antara ILKBS, Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Persatuan Alumni ILKBS, Persatuan-Persatuan Belia dan NGO serta wakil rakyat di kawasan terpilih.


Program di PPR Sri Iskandar ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Johor Bahru, Pusat Pembangunan Belia Daerah Johor Bahru (JOYDEC), Ahli Majlis MPJB Zon Bakar Batu, Persatuan Belia Warisan, Mutiara Q-Tech Corporation Sdn. Bhd. dan disertai oleh 40 orang pelajar/kakitangan dari IKBN Bandar Penawar. Program ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6 petang.


Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti membersih, membaik pulih kerusi yang rosak, mengganti genting yang rosak dan mengecat di Taman Permainan PPR Sri Iskandar. Semua peserta telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi dalam menjalankan kerja-kerja kesukarelawanan ini.  

Turut hadir bersama ialah Lim Chow Kiat (TP-HEP), wakil kepada Pengarah IKBN Bandar Penawar dan Encik Ruhisyam Bin Ibrahim Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru.  Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

 

Disediakan oleh : Encik Lim Chow Kiat
Foto : Mohd Akmal Adha Bin Mohd Sanusi

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 12 Nov 2017 15:57:35 +0800
PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 2 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesukarelawan-ilkbs-sesi-2.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesukarelawan-ilkbs-sesi-2.html PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 2

PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 2


Pontian, 9 November 2017 – Satu Program Kesukarelawanan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)-Touch Point dibawah Cabinet Away Day 2017 (CAD 2017) anjuran bersama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian telah dilaksanakan pada 9 November 2017 di Taman Permainan Kg. Melayu Kukup Laut, Kukup, Pontian, Johor.


Program Kesukarelawanan ILKBS merupakan satu pendekatan belia bersama masyarakat bagi memupuk semangat kesukarelawan didalam diri belia. Pelaksanaan projek ini juga adalah selari dengan program Anugerah Remaja Perdana (ARP) dibawah elemen Khidmat Masyarakat dan Kemahiran yang merupakan aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh ILKBS di seluruh Malaysia. Program ini dijalankan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Stratergy (NBOS) di antara ILKBS, Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Persatuan Alumni ILKBS, Persatuan-Persatuan Belia dan NGO serta wakil rakyat di kawasan terpilih.


Program di Kukup ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Daerah Pontian, Pejabat DUN Kukup, Penduduk Taman Laksamana,/Bandar Permas/Kampong Melayu Kukup, Ahli Jawatankuasa Majlis Zon A, B dan C. Seramai 40 orang pelajar/kakitangan dari IKBN Bandar Penawar terlibat dalam program ini bermula dari jam 7.30 pagi hingga 1 petang.


Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti membersih, membaik pulih dan mengecat di Taman Permainan Kg. Melayu Kukup Laut, Kukup. Semua peserta telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi dalam menjalankan kerja-kerja kesukarelawanan ini. Peserta program turut membersih dan mengecat empat (4) hentian bas di kawasan Bandar Permas. Antara aktiviti-aktiviti sampingan yang dijalankan ialah senamrobik, pemeriksaan kesihatan percuma, Pertandingan Berwarna (kanak-kanak) dan pameran adri pelbagai Jabatan/Agensi. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat diatas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.


Majlis Penutup program telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Suhaimi bin Salleh, ADUN kawasan Kukup. Turut hadir bersama ialah Lim Chow Kiat (TP-HEP), wakil Pengarah IKBN Bandar Penawar dan Encik Muzaiz, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.

 

Disediakan oleh : Encik Lim Chow Kiat
Foto : Saudara Fahmi

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 09 Nov 2017 15:44:18 +0800
PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 1 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesukarelawan-ilkbs-sesi-1.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesukarelawan-ilkbs-sesi-1.html PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 1

PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 1


Johor Bahru, 4 November 2017 – Satu Program Kesukarelawanan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)-Touch Point dibawah Cabinet Away Day 2017 (CAD 2017) anjuran bersama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru telah dilaksanakan pada 4 November 2017 di Taman Permainan, Jalan Pekaka 5, Taman Perling, Johor Bahru, Johor.


Program Kesukarelawanan ILKBS merupakan satu pendekatan belia bersama masyarakat bagi memupuk semangat kesukarelawan didalam diri belia. Pelaksanaan projek ini juga adalah selari dengan program Anugerah Remaja Perdana (ARP) dibawah elemen Khidmat Masyarakat dan Kemahiran yang merupakan aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh ILKBS di seluruh Malaysia. Program ini dijalankan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Stratergy (NBOS) di antara ILKBS, Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Persatuan Alumni ILKBS, Persatuan-Persatuan Belia dan NGO serta wakil rakyat di kawasan terpilih.


Program di Taman Perling ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pulai, Pusat Pembangunan Belia Daerah Johor Bahru (JOYDEC), Ahli Majlis MPJBT Zon Taman Perling, Persatuan Belia Bintang Selatan dan disertai oleh 40 orang pelajar/kakitangan dari IKBN Bandar Penawar. Program ini bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang.


Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti membersih, membaik pulih, mengecat dan membuat landskap di Taman Permainan Taman Perling. Semua peserta telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi dalam menjalankan kerja-kerja kesukarelawanan ini. Majlis Penutup program telah disempurnakan oleh Encik Suhaimi iaItu wakil rasmi kepada YB Datuk Nur Jazlan Tan Sri Muhamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri, merangkap Ahli Parlimen Pulai.

 

Disediakan oleh : Encik Lim Chow Kiat
Foto : Saudari Nur Fatihah binti Harun Rashaid

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 05 Nov 2017 15:27:37 +0800