Program Townhall Pelan Harapan Luar Bandar KEJORA dan Future Leaders Camp 2019 Anjuran Majlis Belia Daerah Kota Tinggi bersama KEJORA dan IKLAS JOHOR http://kemahiran.kbs.gov.my Fri, 29 May 2020 21:47:41 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my PROGRAM TEAM BUILDING IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-townhall-pelan-harapan-luar-bandar-kejora-dan-future-leaders-camp-2019-anjuran-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-bersama-kejora-dan-iklas-johor/item/156-program-team-building-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-townhall-pelan-harapan-luar-bandar-kejora-dan-future-leaders-camp-2019-anjuran-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-bersama-kejora-dan-iklas-johor/item/156-program-team-building-ikbn-bandar-penawar.html PROGRAM TEAM BUILDING IKBN BANDAR PENAWAR

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Encik Mohd Shamsul Anuar bin Moh Suaid

PROGRAM TEAM BUILDING IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 18 Januari 2016 – Satu Program Team Building IKBN Bandar Penawar telah diadakan pada 14 hingga 16 Januari baru-baru ini bagi memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan sikap tolong-menolong antara para pelajar. Program ini telah disertai oleh seramai 113 orang pelajar IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada pelajar tahap 2 dan 3.

Pengisian program ini memfokuskan kepada aktiviti indoor yang meliputi aktiviti suasana belajar seronok, sesi pembentukan kumpulan, aktiviti merekacipta logo, moto, misi dan visi, aktiviti pemantapan pasukan dan aktiviti mengenal diri. Selain itu, ia juga turut dimuatkan dengan aktiviti outdoor seperti IKBN Explorace dan permainan bomball yang berkonsepkan permainan paintball.

Program ini telah berlansung di beberapa lokasi seperti Pusat Sumber IKBNBP dan di sekitar IKBN Bandar Penawar. Program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan dibantu kakitangan dan pengajar dari beberapa Jabatan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 18 Jan 2016 17:19:00 +0800
HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 1/2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-townhall-pelan-harapan-luar-bandar-kejora-dan-future-leaders-camp-2019-anjuran-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-bersama-kejora-dan-iklas-johor/item/154-hari-pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-townhall-pelan-harapan-luar-bandar-kejora-dan-future-leaders-camp-2019-anjuran-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-bersama-kejora-dan-iklas-johor/item/154-hari-pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-2016.html HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 1/2016

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat

Foto : Encik S. Rosli Bin Hassan

HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 1/2016

Bandar Penawar, 5 Januari 2016 – Seramai 59 orang pelajar baru telah hadir mendaftar diri bagi sesi kali ini. Ini adalah pengambilan ke-10 IKBN Bandar Penawar sejak dibuka pada tahun 2010. Seramai 9 orang pelajar dari Jurusan Perkhidmatan Kaunter Hadapan, 19 orang daripada Jurusan Penyediaan Makanan, 17 orang mengambil Jurusan Penyediaan Pastri, 9 orang daripada Jurusan Penyeliaan Makanan & Minuman dan 5 orang mengambil Jurusan Pengemasan Hotel.


Semua pendaftaran dibuat di Dewan Serbaguna termasuklah pendaftaran asrama. Sesi pendaftaran berjalan lancar dan teratur. Selesai sesi pendaftaran, jam 11.00 pagi satu sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). Taklimat ringkas ini berkenaan peraturan dan panduan bagi pelajar baru juga ibu bapa dan penjaga. Encik Lim Chow Kiat juga ada menyentuh berkenaan aktiviti sepanjang semesta yang wajib disertai oleh semua pelajar IKBN Bandar Penawar.


Selesai sesi taklimat acara diteruskan dengan Majlis Perasmian Hari Pendaftaran Pelajar Sesi 1/2016. Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Bangsa Johor, Negaraku dan lagu Dari Belia untuk Belia, diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Junaidi Bin Samsudeen. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Encik Shaidon Bin Borham selaku Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan.


Selesai perasmian acara diteruskan dengan bacaan Ikrar Pelajar oleh wakil pelajar adik Izwan Bin Izzudin bagi mewakili semua pelajar baru IKBN Bandar Penawar. Manakala wakil Ibubapa penjaga, Encik Azada Bin Abd Aziz diminta untuk membaca akuan AkuJanji ibubapa/penjaga. Bagi menyempurnakan majlis, simbolik penyerahan AkuJanji oleh Encik Azada Bin Abd Aziz kepada Encik Shaidon Bin Borham. Setelah selesai sesi pendaftaran, pelajar akan melalui minggu paradigma untuk menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan di IKBN Bandar Penawar. Terima kasih pada semua yang telah berusaha dan yang terlibat.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 05 Jan 2016 16:41:00 +0800
TAKLIMAT INTEGRITI http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-townhall-pelan-harapan-luar-bandar-kejora-dan-future-leaders-camp-2019-anjuran-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-bersama-kejora-dan-iklas-johor/item/153-taklimat-integriti.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-townhall-pelan-harapan-luar-bandar-kejora-dan-future-leaders-camp-2019-anjuran-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-bersama-kejora-dan-iklas-johor/item/153-taklimat-integriti.html TAKLIMAT INTEGRITI

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat

Foto : Encik Mohd Zaid Bin Mohamed Awam

TAKLIMAT INTEGRITI

Bandar Penawar, 7 Januari 2016 – Satu taklimat berkenaan integriti telah diadakan di Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar. Taklimat disampaikan oleh Encik Mohammad Pauzi Bin Paiman, Pegawai dari Unit Integriti Kementerian Belia dan Sukan. Taklimat bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi. Semua pegawai IKBN Bandar Penawar dan pelajar baru terlibat dalam program ini.


Taklimat ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan memberi kesedaran kepada semua pegawai di sini akan kepentingan berintegriti dalam menjalankan tugas seharian khasnya sebagai penjawat awam dan umumnya sebagai pengajar dan role model kepada pelajar dan masyarakat. Integriti yang memberi maksud kejujuran wajib ada dalam diri kerana ia akan melahirkan sikap bertanggunjawab dan amanah ketika menjalankan tugas.


Sesebuah organisasi yang menerapkan nilai integriti yang tinggi akan mewujudkan budaya pematuhan peraturan, pekerja yang mengikut prosedur dan pegawai yang mengikut kod etika pekerjaan. Oleh itu produktiviti dapat dipertingkatkan dan mengurangkan penyalahgunaan kuasa. Integriti adalah nilai teras yang wajib diterapkan dalam diri setiap individu.


Taklimat selama 2 jam ini memberi banyak info yang bermanfaat untuk semua pegawai yang hadir. Terima kasih kepada Encik Mohammad Pauzi Bin Paiman diatas perkongsian yang telah diberikan.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 07 Jan 2016 16:38:00 +0800
MAJLIS PENUTUPAN MINGGU PARADIGMA SESI 1/2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-townhall-pelan-harapan-luar-bandar-kejora-dan-future-leaders-camp-2019-anjuran-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-bersama-kejora-dan-iklas-johor/item/152-majlis-penutupan-minggu-paradigma-sesi-1-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-townhall-pelan-harapan-luar-bandar-kejora-dan-future-leaders-camp-2019-anjuran-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-bersama-kejora-dan-iklas-johor/item/152-majlis-penutupan-minggu-paradigma-sesi-1-2016.html MAJLIS PENUTUPAN MINGGU PARADIGMA SESI 1/2016

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat

Foto : Encik Mohd Shamsul Anuar Bin Moh Suaid

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU PARADIGMA SESI 1/2016

Bandar Penawar, 10 Januari 2016 – Majlis penutupan bermula jam 8.30 pagi disertai oleh pegawai, pengajar dan semua pelajar baru dan lama IKBN Bandar Penawar. Semua tetamu diminta berdiri bagi menyanyikan lagu Bangsa Johor, Negaraku dan lagu Belia untuk Belia. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar Abdul Azim Bin Halim diikuti dengan bacaan ikrar pelajar yang diketuai oleh Izwan Izuddin Bin Azada. 


Majlis diteruskan dengan tayangan video sorotan aktiviti pelajar baru disepanjang minggu paradigma. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan antaranya aktiviti mengguting rambut pelajar lelaki, taklimat peraturan, panduan dan tatatertib. Pembentukan kumpulan untuk melaksanakan latihan dalam kumpulan (LDK). LDK 1 Mengenal Diri, LDK 2 Emarace, Memasang Khemah, LDK 3 Jati Diri, Ceramah Integriti, Taklimat oleh AADK, LDK 4 Celik IKBN, Operasi Burung Hantu dan LDK 5 Penawar Explorace.


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh wakil pelajar Mohd Firdaus Bin Shafie iaitu Penghulu bagi pelajar baru bagi sesi pengambilan kali ini. Beliau mengucapkan terima kasih tidak terhingga buat semua Fasilitator yang membimbing mereka selama 6 hari menjalani minggu paradigma. Semua aktiviti yang dilaksanakan memberi meraka banyak pengajaran. Majlis diteruskan dengan ucapan penutupan minggu paradigma sesi 1/2016 oleh Lim Chow Kiat selaku Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar yang mewakili Pengarah IKBN Bandar Penawar. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar baru yang berjaya mengharungi minggu paradigma. Beliau juga mengucapkan selamat kembali kepada pelajar lama bagi meneruskan pengajian mereka di sini. Beliau mahu pelajar senior berkerjasama dengan pelajar baru dan membantu mereka tanpa mengira latar belakang dan agama. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar senior dan alumni yang hadir lebih awal bagi membantu dan menjayakan hari pendaftaran dan minggu paradigma sesi 1/2016. Beliau menutup minggu paradigma sesi 1/2016 secara rasminya.


Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan 8 yang memenangi aktiviti Explorace, manakala kumpulan 4 memenangi hadiah persembahan terbaik dan hadiah kumpulan terbaik. Peserta lelaki terbaik dimenangi oleh Izwan Izuddin Bin Azada dan peserta wanita terbaik dimenangi oleh Azira Noraini Binti Ain, manakala hadiah kepimpinan dimenangi oleh Firdaus Bin Syafie. Majlis diteruskan dengan simbolik penyerahan pelajar oleh Timbalan Pengarah HEP kepada wakil Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Shaharin Bin Shaharuddin. Majlis diakhiri dengan persembahan sektsa oleh kumpulan 4.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 10 Jan 2016 16:35:00 +0800
TAKLIMAT DAN MESYUARAT AGONG PERMULAAN KOPERASI IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-townhall-pelan-harapan-luar-bandar-kejora-dan-future-leaders-camp-2019-anjuran-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-bersama-kejora-dan-iklas-johor/item/151-taklimat-dan-mesyuarat-agong-permulaan-koperasi-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-townhall-pelan-harapan-luar-bandar-kejora-dan-future-leaders-camp-2019-anjuran-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-bersama-kejora-dan-iklas-johor/item/151-taklimat-dan-mesyuarat-agong-permulaan-koperasi-ikbn-bandar-penawar.html TAKLIMAT DAN MESYUARAT AGONG PERMULAAN KOPERASI IKBN BANDAR PENAWAR

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat

Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

TAKLIMAT DAN MESYUARAT AGONG PERMULAAN KOPERASI IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 10 Januari 2016 – Satu taklimat berkenaan koperasi dan mesyuarat agong permulaan Koperasi IKBN Bandar Penawar telah diadakan di Ballroom Hosptaliti IKBN Bandar Penawar. Taklimat disampaikan secara ringkas oleh Mohd Junaidi Bin Samsudeen, Penolong Pegawai Latihan yang berpengalaman dalam penubuhan Koperasi IKBN Miri dan dibantu oleh Datu Asrul Bin Datu Buishlan. Taklimat bermula jam 11.00 pagi diteruskan dengan mesyuarat agong dan berakhir jam 1.30 tengahari. Semua pegawai IKBN Bandar Penawar dan pelajar hopitaliti terlibat dalam program ini.


Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia. 3 orang pegawai dari IKBN Bandar Penawar iaitu Mohd Junaidi Bin Samsudeen, Md. Sahlan Bin Md. Shafiee dan Datu Asrul Bin Datu Buishlan telah dilantik sebagai Jawatankuasa Penaja oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar untuk merealisasikan penubuhan Koperasi IKBN Bandar Penawar. Kebenaran untuk menubuhkan koperasi telah diterima dari Kementerian Belia dan Sukan dan surat permohonan penubuhan telah dihantar ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Taklimat diadakan untuk menerangkan makna koperasi, bentuk koperasi, undang-undang kecil koperasi, tentang keahlian dan sebagainya.


Mesyuarat Agong Permulaan Koperasi IKBN Bandar Penawar dimulakan dengan perlantikan pengerusi mesyuarat. Mesyuarat diteruskan dengan persetujuan menubuhkan koperasi, permohonan didaftaran sebagai koperasi, penerimaan undang-undang kecil koperasi, pemilihan anggota lembaga, menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan koperasi, meluluskan elaun yang diberikan kepada anggota lembaga dan saraan yang dibayar kepada mana-mana anggota lembaga yang dilantik sebagai pengarah subsidiarinya, jika ada. Mesyuarat juga membincangkan berkenaan meluluskan pelantikan suatu panel yang tidak kurang dari dua orang Juruaudit, yang merupakan Juruaudit yang diluluskan oleh Suruhanjaya atau pegawai Suruhanjaya, untuk mengaudit akaun koperasi. Mesyuarat juga membincangkan berkenaan menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan yang dibiayai oleh kumpulan wang lebihan koperasi serta menentukan had maksimum keterhutangan koperasi.


Dengan adanyan usaha penubuhan koperasi IKBN Bandar Penawar diharap segala proses pendaftaran berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Kementerian Belia dan Sukan ada menandatangani memorandum dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi menjalankan bengkel dan kursus khasnya untuk golongan belia di seluruh negara agar dapat memanfaatkan penubuhan koperasi. Dengan tertubuhnya Koperasi IKBN Bandar Penawar diharap pelajar dan pegawai yang menjadi ahli mendapat manfaat dan dapat dibantu sewajarnya.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 10 Jan 2016 16:30:00 +0800
MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI BERSARA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-townhall-pelan-harapan-luar-bandar-kejora-dan-future-leaders-camp-2019-anjuran-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-bersama-kejora-dan-iklas-johor/item/150-majlis-meraikan-pegawai-bersara.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-townhall-pelan-harapan-luar-bandar-kejora-dan-future-leaders-camp-2019-anjuran-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-bersama-kejora-dan-iklas-johor/item/150-majlis-meraikan-pegawai-bersara.html MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI BERSARA

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat

Foto : Encik Mohamad Azmi Bin Sohari

MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI BERSARA

Bandar Penawar, 17 Januari 2016 – Satu majlis telah diadakan di Restoran Bestari, Felda Adela bagi meraikan pegawai bersara Tuan Haji A. Rahman Bin Ismail, Pembantu Kesateria Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Rahmat Bin Ahmad Mashri. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Shaidon Bin Borham selaku Timbalan Pengarah Bahagian Latihan. Beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat pegawai yang diraikan selama beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Beliau adalah seorang yang berfikiran terbuka, boleh boleh berkerjasama dengan semua pegawai serta mempunyai hubungan yang baik dengan pegawai dan pelajar di IKBN Bandar Penawar.


Tuan Haji A. Rahman Bin Ismail dilahirkan pada 21 Mei 1959. Beliau telah berkhidmat selama 13 tahun di Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia sebelum beliau meneruskan perkhidmatan beliau di Jabatan Perkhidmatan Awam pada lantikan pertama 13 Januari 2003. Beliau akan berpencen pada 1 Februari 2016. Selama 2 tahun di IKBN Bandar penawar bermula bertugas pada 9 Disember 2013, beliau sangat berdedikasi menjalankan tugas beliau di sini.


Majlis diteruskan dengan memberi penghormatan kepada pegawai yang diraikan untuk menyampaikan sepatah dua kata. Beliau berterima kasih kepada pihak IKBN Bandar Penawar di atas majlis yang diadakan, beliau amat bersyukur bertukar tugas ke IKBN Bandar Penawar dan dapat berpencen di kampung halaman. Sebelum ini beliau telah bertugas di 3 IKBN lain iaitu IKBN Alor Gajah, IKBN Pagoh dan IKBN Seri Iskandar. Beliau memohon kemaafan jika terdapat salah silap selama beliau berkhidmat di sini.


Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati daripada pihak IKBN Bandar Penawar kepada Tuan Haji A. Rahman Bin Ismail. Kami di IKBN Bandar Penawar mendoakan agar beliau sentiasa sihat dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Majlis yang bermula jam 12.00 tengah hari telah berkahir jam 1.30 tengah hari.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 17 Jan 2016 16:24:00 +0800
LAWATAN MUHIBAH IKBN BANDAR PENAWAR KE ABM CAWANGAN SELATAN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-townhall-pelan-harapan-luar-bandar-kejora-dan-future-leaders-camp-2019-anjuran-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-bersama-kejora-dan-iklas-johor/item/148-lawatan-muhibah-ikbn-bandar-penawar-ke-abm-cawangan-selatan.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-townhall-pelan-harapan-luar-bandar-kejora-dan-future-leaders-camp-2019-anjuran-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-bersama-kejora-dan-iklas-johor/item/148-lawatan-muhibah-ikbn-bandar-penawar-ke-abm-cawangan-selatan.html LAWATAN MUHIBAH IKBN BANDAR PENAWAR KE ABM CAWANGAN SELATAN

Disediakan oleh : Encik Salizal Bin Mohamad Rajali @Mohamad Ghazali

Foto : Encik Salizal Bin Mohamad Rajali @Mohamad Ghazali

LAWATAN MUHIBAH IKBN BANDAR PENAWAR KE ABM CAWANGAN SELATAN

Johor Bahru, 7 Januari 2016 – Satu lawatan muhibbah ke ABM (Akedamik Binaan Malaysia) Cawangan Selatan telah diadakan bagi membincangkan hal-hal berkaitan kursus-kursus Minyak dan Gas. Lawatan ini diketuai oleh Shaidon Bin Borham dan disertai oleh pegawai Jabatan Minyak dan Gas Mohammad Jailani Bin A Jamil, Salizal Bin Mohamad Rajali @Mohamad Ghazali dan Mohd Nasrul Bin Ismail.


Pihak ABM telah diwakili oleh Supian Bin Musa memegang jawatan sebagai Chief Operating Officer, Mohd Zaid Bin Rahmat memegang jawatan sebagai Head Corporate & Business Development, Shahid Bin Nansok memegang jawatan sebagai Manager, Rafee Rashid memegang jawatan sebagai Executive Skill Training Division, Khairul Anuar Bin Mohd memegang jawatan sebagai General Manager The Welding Institute dan Shamsul Nizam Bin Abdul Rahman memegang jawatan sebagai Senior Operations Manager The Welding Institute.


Perkara-perkara yang dibincangkan semasa lawatan adalah berkenaan kursus paip fitting, painting and blasting dan NDT (Non Destructive Testing). Lawatan ini antara lainnya untuk melihat peralatan dan kemudahan bagi menjalankan kursus-kursus ini. ABM dilengkapi dengan kemudahan bengkel berserta bilik kuliah, blok bangunan asrama, dewan makan, surau dan kemudahan riadah. Lawatan yang bermula pada 2 petang ini berakhir pada pukul 5.30 petang.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Fri, 08 Jan 2016 00:14:00 +0800
SESI PENGUCAPAN AWAM http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-townhall-pelan-harapan-luar-bandar-kejora-dan-future-leaders-camp-2019-anjuran-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-bersama-kejora-dan-iklas-johor/item/147-sesi-pengucapan-awam.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-townhall-pelan-harapan-luar-bandar-kejora-dan-future-leaders-camp-2019-anjuran-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-bersama-kejora-dan-iklas-johor/item/147-sesi-pengucapan-awam.html SESI PENGUCAPAN AWAM

Oleh : Encik Lim Chow Kiat

Foto : Encik Mohammad Azmi Bin Sohari

SESI PENGUCAPAN AWAM

BANDAR PENAWAR, 21 JANUARI 2016 – Sesi pengucapan awam melibatkan semua pelajar baru dan lama telah diadakan di Pusat Sumber, Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar selama tiga malam berturut-turut dari 18-20 Januari 2016.


Dalam sesi tersebut, pelajar diberi tempoh masa lebih kurang lima minit untuk memperkenalkan diri dan menceritakan latar belakang masing-masing. Sepanjang sesi ini berlangsung, pelbagai gelagat telah ditunjukkan oleh pelajar.


Program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) ini merupakan platform untuk pelajar berucap, membina keyakinan dan seterusnya meningkatkan kemahiran mereka untuk berucap di khalayak ramai. Melalui sesi ini juga, Bahagian HEP dapat mengenal pasti pelajar yang mempunyai bakat untuk digilap menjadi pengacara majlis pada masa hadapan.

 

Selain daripada itu, sesi ini juga memberi peluang untuk pelajar mengenali rakan-rakan lain dengan lebih lanjut lagi seperti latarbelakang keluarga, pendidikan, pengalaman belajar atau bekerja, hobi, peringkat penglibatan dalam sukan dan juga bakat lain yang dimiliki.

 

Pada malam akhir sesi tersebut, Timbalan Pengarah HEP, Lim Chow Kiat mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang telah melalui proses sesi pengucapan awam. Beliau yakin semua pelajar telah memperolehi pengalaman yang jarang-jarang diberi dan berharap mereka akan cuba memperbaiki kelemahan masing-masing. Beliau juga mengingatkan semua pelajar bahawa kebolehan berkomunikasi dan berucap adalah penting khususnya kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus dalam jurusan perhotelan dan hospitaliti.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Fri, 22 Jan 2016 00:11:00 +0800
TAKLIMAT PENGENALAN NARKOTIK DAN KEMPEN BELIA BENCI DADAH http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-townhall-pelan-harapan-luar-bandar-kejora-dan-future-leaders-camp-2019-anjuran-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-bersama-kejora-dan-iklas-johor/item/146-taklimat-pengenalan-narkotik-dan-kempen-belia-benci-dadah.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-townhall-pelan-harapan-luar-bandar-kejora-dan-future-leaders-camp-2019-anjuran-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-bersama-kejora-dan-iklas-johor/item/146-taklimat-pengenalan-narkotik-dan-kempen-belia-benci-dadah.html TAKLIMAT PENGENALAN NARKOTIK DAN KEMPEN BELIA BENCI DADAH

Disediakan oleh : Mohd Zaid Mohamed Awam

Foto oleh : Mohd Zaid Mohamed Awam

TAKLIMAT PENGENALAN NARKOTIK DAN KEMPEN BELIA BENCI DADAH

Bandar Penawar, 7 Januari 2016 - Satu program telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Bandar Penawar sempena Minggu Paradigma (MIPAR) Siri 1/2016 dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Kota Tinggi.


Program bermula dengan Taklimat Pengenalan Narkotik yang disampaikan oleh pegawai dari AADK. Beliau memberi pendedahan kepada pelajar baru IKBN Bandar Penawar tentang bahayanya dadah, jenis-jenis dadah, langkah pencegahan dan kempen belia benci dadah. Seramai 70 orang pelajar baru telah terlibat dalam program ini.


Selesai taklimat satu ujian saringan urin diadakan bagi memastikan semua pelajar IKBN Bandar Penawar bebas dadah. Seramai 30 orang pelajar baru dipilih secara rawak telah menjalani ujian saringan urin. Program yang bermula jam 10.30 pagi berakhir jam 12.30 tengah hari.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Fri, 08 Jan 2016 00:07:00 +0800
PERBINCANGAN DAN LAWATAN OLEH TARH, JPK WILAYAH SELATAN DAN UPEN JOHOR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-townhall-pelan-harapan-luar-bandar-kejora-dan-future-leaders-camp-2019-anjuran-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-bersama-kejora-dan-iklas-johor/item/145-perbincangan-dan-lawatan-oleh-tarh-jpk-wilayah-selatan-dan-upen-johor.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-townhall-pelan-harapan-luar-bandar-kejora-dan-future-leaders-camp-2019-anjuran-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-bersama-kejora-dan-iklas-johor/item/145-perbincangan-dan-lawatan-oleh-tarh-jpk-wilayah-selatan-dan-upen-johor.html PERBINCANGAN DAN LAWATAN OLEH TARH, JPK WILAYAH SELATAN DAN UPEN JOHOR

Disediakan oleh : Mohd Zaid Mohamed Awam

Foto oleh : Mohd Zaid Mohamed Awam

PERBINCANGAN DAN LAWATAN OLEH TARH, JPK WILAYAH SELATAN DAN UPEN JOHOR

Bandar Penawar, 13 Januari 2016 – Pegawai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Selatan, wakil Syarikat Themed Attraction Resort & Hotel Sdn Bhd (TARH) dan pegawai dari Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (UPEN) telah hadir di IKBN Bandar Penawar jam 9.30 pagi. 


Program bermula dengan sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Lim Chow Kiat, selaku Timbalan Pengarah (HEP) IKBN Bandar Penawar. Selesai ucapan aluan oleh pengerusi, program diteruskan dengan sesi taklimat pengenalan oleh IKBN Bandar Penawar dan TARH. Program diteruskan dengan perbincangan mengenai bentuk kerjasama dan keperluan tenaga kerja di Desaru Coast.


Kemudian program diteruskan dengan lawatan di sekitar IKBN Bandar Penawar untuk melihat fasiliti di Jabatan Perhotelan dan Hospitaliti serta lawatan ke tapak pembinaan Desaru Coast. Program disertai oleh pegawai dari Cawangan Hubungan Industri, Jabatan Perhotelan, Jabatan Hospitaliti, TARH, JPK Wilayah Selatan dan UPEN Johor.


Sebanyak lebih kurang 700 peluang pekerjaan dalam bidang perhotelan dan hospitaliti menjelang tahun 2018 di sini. IKBN Bandar Penawar dan TARH akan menyediakan unjuran mengikut masa lepasan IKBN Bandar Penawar dan keperluan pekerja. Satu pebincangan lain akan diadakan oleh UPEN Johor bagi memuktamadkan demand dan supply sumber tenaga kerja dalam bidang ini. Program berkahir jam 1.30 tengah hari.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 14 Jan 2016 00:04:00 +0800