IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Isnin, 17 December 2018 16:16

PROGRAM WE LEARN, WE PLAY, WE CARE

Written by
Rate this item
(0 votes)

PROGRAM WE LEARN, WE PLAY, WE CARE

BANDAR PENAWAR, 17 November 2018 – Satu program We Learn, We Play, We Care telah diadakan di IKBN Bandar Penawar pada 16-17 November 2018. Program tersebut dijalankan oleh mahasiswa dan mahasiswi di bawah Pusat Ko-Kurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mengambil Ko-Kurikulum berkredit Seksyen Badminton. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Bandar Penawar dengan melibatkan tigapuluh (30) orang mahasiswa dan mahasiswi UTM serta limapuluh (50) pelajar IKBN Bandar Penawar.

 

Antara pengisian program adalah Kejohanan Badminton, Klinik Badminton dan aktiviti kelestarian. Aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya bersukan untuk mengekalkan kecergasan serta kesihatan tubuh badan serta pentingnya semangat kerjasama.

 

Program yang julung kali diadakan di IKBN Bandar Penawar ini amat diminati oleh pelajar-pelajar IKBNBP kerana ia memberi cabaran dan keseronokan kepada para peserta dan secara tidak langsung mengurangkan tekanan hidup melalui aktiviti yang dijalankan. Selain menerima tunjuk ajar dalam kemahiran bermain badminton oleh pemain bertaraf negeri yang juga merupakan pelajar UTM, pelajar banyak belajar kerja berpasukan, berkomunikasi serta mengeratkan silarturahim antara pelajar IKBN dengan pelajar UTM.

 

Program ini turut dihadiri oleh Pegawai dari Jabatan Ko-kurikulum UTM iaitu En.Shahril Anwar Bin Bahrom dan En.Lim ChowKiat, Timbalan Pengarah (HEP), IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Lim Chow Kiat (Bahagian Hal Ehwal Pelajar)
Foto : Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 3226 times Last modified on Selasa, 29 January 2019 09:11
 
Find us on Facebook
Follow Us