IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 17 May 2020 17:32

PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN PELAJAR IKBN BANDAR PENAWAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN PELAJAR IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 29 Mac - 21 Mei 2020 - IKBN Bandar Penawar melalui Jabatan Hospitaliti dan Perhotelan serta Bahagian Subjek Pengajian Umum telah menggerakkan inisiatif bagi pembelajaran secara atas talian agar para pelajar tidak ketinggalan meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana. Antara aplikasi yang digunakan ialah Google Class, Whatsapp, Kahoot dan Zoom. Kelas atas talian ini berlangsung secara konsisten setiap hari mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengajar.

Semoga inisiatif para pengajar ini dapat membantu para pelajar untuk sentiasa fokus pada sesi pembelajaran meskipun berada dirumah. Tahniah diucapkan kepada semua pengajar yang sentiasa bekerja dan memberikan komitmen dalam melahirkan para pelatih IKBN Bandar Penawar yang berkemahiran dan berpengetahuan.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 3604 times Last modified on Isnin, 15 June 2020 17:50
 
Find us on Facebook
Follow Us