IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 01 April 2018 15:16

SAMBUTAN HARI AUTISME SEDUNIA

Written by
Rate this item
(0 votes)

SAMBUTAN HARI AUTISME SEDUNIA


BANDAR PENAWAR, 1 April 2018 – Sempena Sambutan Hari Autisme Sedunia pada 2 April 2018, IKBN Bandar Penawar menyatakan tanda sokongan dengan membuat plakad dengan cap tapak tangan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Saleh Bin Haji Ghazali dan pelajar IKBN Bandar Penawar. Pengarah IKBN Bandar Penawar juga turut menyampaikan taklimat kesedaran mengenai Autisme semasa ucapan pembukaan. Selain itu pelajar juga membuat persembahan berkenaan Autisme dalam Bahasa Inggeris.


Sebagai tanda sokongan kepada Hari Autisme Sedunia, para pelajar dan pegawai IKBN Bandar Penawar memakai pakaian berwarna biru sebagai simbolik sokongan kepada golongan autisme seluruh dunia. Sambutan ini dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti bagi memberi kesedaran kepada setiap individu supaya lebih prihatin terhadap anak-anak autisme.

 

Autisme merupakan gangguan perkembangan seseorang individu yang berkaitan dengan masalah hubungan sosial, masalah komunikasi, perubahan emosi, kurang kebolehan berimaginasi dan bermain malah anak autisme akan menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang, lebih-lebih lagi berkaitan minat, aktiviti dan perangai. Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia diharap dapat meningkatkan kesedaran terutama kepada pegawai dan pelajar IKBN Bandar Penawar mengenai Autisme.

 

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 2381 times