IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 18 October 2020 12:17

Lawatan Penanda Aras Program Inkubator dan Makerspace di IKTBN Chembong

Written by
Rate this item
(0 votes)

Lawatan Penanda Aras Program Inkubator dan Makerspace di IKTBN Chembong

Rembau, 15 Oktober 2020 - Pengurusan Tertinggi IKBN Bandar Penawar diketuai oleh Pengarah, Tuan Mohd Khailani Bin Ismail bersama beberapa pegawai lain telah mengadakan lawatan penanda aras ke IKTBN Chembong bagi melihat pelaksanaan program inkubator penghasilan cendawan di sana. Lawatan ini bertujuan untuk melihat cara-cara penghasilan cendawan bermula dari peringkat awal sehingga ke hasil tuaian. IKBN Bandar Penawar juga akan melaksanakan program inkubator dan dalam pemilihan projek tanaman yang sesuai dengan permintaan komuniti serta pasaran di sekitar Pengerang dan Kota Tinggi. Terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Tertinggi IKTBN Chembong di atas kesudian menerima lawatan ini dan di atas hospitaliti yang disediakan oleh IKTBN Chembong serta memberikan penerangan yang jelas semasa sesi lawatan tersebut.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 1790 times