IKBN



PEKAN

 
Rate this item
(1 Vote)

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI SK PELAK 1440H / 2018

 

Disediakan Oleh :

Fahizie Bin Che Lah

 

PEKAN, 20 November - IKBN Pekan telah menyertai Program Sambutan Maulidur Rasul 1440H yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Pelak, Pekan. Program ini adalah anjuran bersama Sekolah Kebangsaan Pelak Kg. Pelak, Kg. Bunut, dan Kg. Tanjung Chempaka.

 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah perarakan bersama sepanduk dan Ceramah Perdana Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Nasrul Hakim daripada MUIP.

 

Kontinjen IKBN Pekan telah diumumkan sebagai naib johan dalam pertandingan perarakan dan sepanduk Maulidur Rasul 1440H.

 

Semoga Program Sambutan Maulidur Rasul yang telah dijalankan ini dapat memupuk rasa kasih dan cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W di dalam diri semua peserta.

Read 747 times Last modified on Isnin, 17 December 2018 14:57
 
Find us on Facebook
Follow Us