IKBN



PEKAN

 
Written by
Rate this item
(0 votes)

SEMARAK BIRU KESEDARAN AUTISME 2019

 

Disediakan Oleh : CW Nor Fasnillah

Gambar Oleh     : Mohd Razali

PEKAN, 2 April 2019 - HARI Kesedaran Autisme Sedunia merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dalam memahami penghidap autisme yang disambut pada 2 April setiap tahun.

 

Masih ada dalam kalangan anggota masyarakat yang tidak memahami apa itu sebenarnya sindrom autisme kerana kebanyakan kanak-kanak yang menghadapinya kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa.

 

Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan suatu gangguan neurologi di otak yang mempengaruhi perkembangan pemikiran kanak-kanak yang mengganggu komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku dalam menjalankan aktiviti seharian.


Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut dengan tema warna biru, ‘Light It Up Blue’. Sebagai tanda sokongan terhadap kempen kesedaran Hari Autisme, seluruh warga IKBN Pekan terdiri daripada pegawai dan pelajar mengenakan pakaian bewarna biru pada 2 April dan sesi bergambar juga turut diadakan bersama poster-poster Hari Kesedaran Autisme.


Penglibatan IKBN Pekan dalam sambutan ini bukan sahaja diharap dapat menyumbang kesedaran orang ramai mengenai nasib, kesukaran dan masa depan mereka yang mengalami masalah tersebut khususnya dalam kalangan kanak-kanak tetapi juga supaya masyarakat akan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai latihan dan pendidikan yang dilalui oleh para pelajar autisme. Ia juga mengajak masyarakat setempat untuk menerima kehadiran golongan ini tanpa prejudis.

Read 408 times Last modified on Khamis, 04 April 2019 10:59
 
Find us on Facebook
Follow Us