IKBN



KEMASIK

 
Selasa, 12 June 2018 01:13

Sesi Penilaian Anugerah ILKBS Terbaik bagi Sesi 2018

Rate this item
(0 votes)

IKBN Kemasik, 6 - 7 Jun 2018 - Satu Lawatan Audit Pemantauan bagi menilai Program Anugerah ILKBS Terbaik 2017 telah dijalankan di IKBN KEMASIK.

Pasukan Audit Pemantauan tersebut yang diketuai oleh En. Zahari Bin Jusoh wakil daripada Kementerian Sumber Manusia dan tiga orang lagi wakil daripada Kementerian Belia Dan Sukan iaitu En. Fauzi Bin Elham @ Alhim, En. Zan Aizuddin Bin Zainal dan En. Mohd Azli Bin Mohamad Ramlan telah hadir ke IKBN Kemasik bagi mengaudit IKBN Kemasik untuk anugerah ILKBS Terbaik untuk tahun 2017. Lawatan tersebut telah menilai elemen-elemen penting melibatkan aspek Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan Pelajar dan Asrama, Key performance Index serta kejayaan yang telah di capai oleh IKBN Kemasik. Bagi melancarkan proses menilai, kumpulan auditor dibahagikan kepada empat bahagian iaitu En. Zahari Bin Jusoh untuk menilai Bahagian Pengurusan Latihan, En. Fauzi Bin Elham @ Alhim untuk menilai Bahagian Pentadbiran, En. Zan Aizuddin Bin Zainal untuk menilai Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan En. Mohd Azli Bin Mohamad Ramlan untuk menilai Bahagian Kewangan. Pemantauan yang dilakukan selama dua hari tersebut memberi impak yang baik kepada IKBN Kemasik bagi mengekalkan kecemerlangan institut untuk tahun-tahun berikutnya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Oleh : Mohd Razman Mohamad
Gambar oleh : Mohd Razman Mohamad
Read 128 times Last modified on Selasa, 12 June 2018 01:33
 
Find us on Facebook
Follow Us