Bandar Penawar, 21 April 2019 - Sesi penyerahan bendera daripada Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Khailani Bin Ismail kepada Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) sebagai simbolik sempena perlawanan Sukan ILKBS yang akan dianjurkan oleh IKTBN Sepang pada tahun ini. Tahniah kepada para pelajar yang terpilih untuk menyertai pertandingan tersebut yang akan menghimpunkan seluruh atlet ILKBS SeMalaysia pada masa yang sama. Acara yang akan dipertandingkan ialah bola jaring, bola sepak, takraw dan rugbi sentuh. Semoga para atlet IKBN Bandar Penawar pergi dengan semangat juara dan pulang bersama pingat.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah