SESI PENYERAHAN BENDERA PENGARAH KEPADA TIMBALAN PENGARAH (HEP) SELAKU KETUA KONTINJEN SUKAN IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my Tue, 14 Jul 2020 00:04:21 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my Taklimat Kerjaya dan Temuduga Pelajar IKBN Bandar Penawar di The Westin Desaru Coast Resort http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-kerjaya-dan-temuduga-pelajar-ikbn-bandar-penawar-di-the-westin-desaru-coast-resort.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-kerjaya-dan-temuduga-pelajar-ikbn-bandar-penawar-di-the-westin-desaru-coast-resort.html Taklimat Kerjaya dan Temuduga Pelajar IKBN Bandar Penawar di The Westin Desaru Coast Resort

Taklimat Kerjaya dan Temuduga Pelajar IKBN Bandar Penawar di The Westin Desaru Coast Resort

Desaru Coast, 27 Mei 2019 - Para pelajar IKBN Bandar Penawar seramai 57 orang yang akan menjalani latihan industri telah dijemput oleh pihak The Westin Desaru Coast Resort untuk mendengar taklimat kerjaya dan sesi temuduga. Para pelajar akan mula menjalani latihan industri pada Julai 2019. Sejak jalinan kerjasama yang dimeterai pada 25 April 2019 di antara IKBN Bandar Penawardan The Westin Desaru Coast Resort, pelbagai aktiviti telah dijalankan dan pihak Industri bertaraf premium ini secara langsung mengiktiraf para pelajar dalam bidang kemahiran dan membuka ruang seluas-luasnya agar pelajar dalam bidang kemahiran memperoleh tempat untuk latihan industri dan diambil bekerja sekiranya layak. Jom masuk IKBN Bandar Penawar dalam bidang Perhotelan dan Hospitaliti.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 30 May 2019 15:34:39 +0800
Program Memasak Bubur Lambuk Bersama Komuniti. http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti.html Program Memasak Bubur Lambuk Bersama Komuniti.

Program Memasak Bubur Lambuk Bersama Komuniti.

Bandar Penawar, 27 Mei 2019 - IKBN Bandar Penawar telah menghantar seramai 5 orang pegawai dan kakitangan untuk menyertai Program Memasak Bubur Lambuk Bersama Komuniti di Riverside Desaru Coast.

 

Program yang dianjurkan oleh Desaru Coast ini telah disertai oleh 7 agensi (5 orang peserta setiap agensi) yang berada di sekitar Bandar Penawar. Menjadikan program gotong -royong sesama agensi swasta/awam/institut dalam menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Bandar Penawar dan kawasan yang berhampiran merupakan objektif utama program ini.

 

Selain itu, program ini juga dijadikan sebagai satu pertandingan di mana hadiah menarik disediakan untuk pemenang. IKBN Bandar telah diumumkan sebagai juara untuk pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

 

Disediakan oleh : Puan Nurlia Binti Mohd Rusli
Foto : Encik Mohd Zaid Bin Mohamed Awam

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 28 May 2019 17:49:19 +0800
Pelajar IKBN Bandar Penawar Memeriahkan Program Bubur Lambuk Legasi & Bakul Kasih http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pelajar-ikbn-bandar-penawar-memeriahkan-program-bubur-lambuk-legasi-bakul-kasih.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pelajar-ikbn-bandar-penawar-memeriahkan-program-bubur-lambuk-legasi-bakul-kasih.html Pelajar IKBN Bandar Penawar Memeriahkan Program Bubur Lambuk Legasi & Bakul Kasih

Pelajar IKBN Bandar Penawar Memeriahkan Program Bubur Lambuk Legasi & Bakul Kasih

Kota Tinggi, 25 Mei 2019 - Seramai 25 orang pelajar Jabatan Hospitaliti dan diiringi beberapa pegawai IKBN Bandar Penawar turut serta dalam Program Bubur Lambuk Legasi & Bakul Kasih di Plaza Kota Tinggi hari ni bagi membantu menyedia dan mengagihkan bubur lambuk kepada masyarakat setempat. Turut hadir Timbalan Pengarah (HEP), Puan Lim Qwee Buay memeriahkan program tersebut. Para pelajar dan pegawai turut sama berbuka puasa bersama pihak penganjur. Majlis ini adalah anjuran Majlis Belia Daerah Kota Tinggi. Tahniah kepada semua yang terlibat.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 26 May 2019 16:30:24 +0800
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan.html MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

Penawar, 23 Mei 2019 - Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan April & Mei telah diadakan di Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan. Sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya yang akan disambut tidak lama lagi semua pegawai lelaki segak berbaju melayu dan bersamping manakala pegawai wanita ayu berbaju kurung dan bertudung atau berselendang.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diterusakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah, Tuan Mohd Khailani Bin Ismail. Majlis kemudian diteruskan dengan Simbolik Hari Guru 2019 "Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi". Majlis dilengkapi dengan penyampaian hadiah anugerah pekerja terbaik bulanan, penyampaian sumbangan, pengumuman keluar masuk pegawai IKBNBP, penyampaian Cenderahati Sambutan Kelahiran dan Segemen "Tunggu Jangan Tak Tunggu".

 

Perhimpuana bulanan diadakan setiap 2 bulan sekali untuk menghimpunkan semua pelajar, pegawai dan kakitangan kontraktor yang berkerja di IKBN Bandar Penawar untuk berkumpul dan mendengar amanat yang disampaikan oleh Pengarah disamping dapat mengeratkan siratulrahim.

 

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Kamarul Ariffin Bin Muhamad Salim

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 26 May 2019 16:21:11 +0800
MAJLIS BERBUKA PUASA IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM AL-HUSNA ANJURAN AJK SURAU AL-MUKMIN IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-berbuka-puasa-ikbn-bandar-penawar-bersama-yayasan-kebajikan-anak-anak-yatim-al-husna-anjuran-ajk-surau-al-mukmin-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-berbuka-puasa-ikbn-bandar-penawar-bersama-yayasan-kebajikan-anak-anak-yatim-al-husna-anjuran-ajk-surau-al-mukmin-ikbn-bandar-penawar.html MAJLIS BERBUKA PUASA IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM AL-HUSNA ANJURAN AJK SURAU AL-MUKMIN IKBN BANDAR PENAWAR

MAJLIS BERBUKA PUASA IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM AL-HUSNA ANJURAN AJK SURAU AL-MUKMIN IKBN BANDAR PENAWAR

Penawar, 22 Mei 2019 - IKBN Bandar Penawar mengambil inisiatif untuk meraikan anak-anak yatim sekitar Bandar Penawar dan pelajar IKBN di bulan Ramadan yang mulia ini melalui anjuran AJK Surau Al-Mukmin IKBN Bandar Penawar.

 

Majlis ini disusuli dengan tahlil dan bacaan yasin serta penyerahan sumbangan wang tunai Hari Raya melalui kutipan ikhlas daripada kakitangan dan Kelab Kakitangan IKBN Bandar Penawar agar sambutan Hari Raya tahun ini lebih meriah dimana sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak yatim tersebut. Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Khailani Bin Ismail dan diiringi oleh Setiausaha Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Husna, Encik Yusri Bin Mohd Yasir.

 

Tuan Pengarah turut membuka peluang kepada anak-anak yatim untuk menyambung pelajar di IKBN Bandar Penawar dimana Kementerian Belia dan Sukan memperuntukan elaun belajar, makan minum dan penginapan percuma yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan.

 

Seramai 39 orang anak-anak yatim diraikan dan berbuka bersama-sama. Tuan Pengarah mengucapkan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Kakitangan IKBN Bandar Penawar diatas usaha murni ini.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 23 May 2019 11:15:49 +0800
Youth Care Ramadan Bubur Lambuk di IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/youth-care-ramadan-bubur-lambuk-di-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/youth-care-ramadan-bubur-lambuk-di-ikbn-bandar-penawar.html Youth Care Ramadan Bubur Lambuk di IKBN Bandar Penawar

Youth Care Ramadan Bubur Lambuk di IKBN Bandar Penawar

Penawar, 16 Mei 2019 - Selamat Hari Guru kepada semua warga pengajar IKBN Bandar Penawar. IKBN Bandar Penawar dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kota Tinggi, IKLAS dan KEJORA telah berjaya mengadakan program Youth Care Ramadan Bubur Lambuk dengan penglibatan wakil-wakil persatuan belia daripada Felda Linggiu, Lok Heng, Waha, Kg Pasir Gogok, Orang Asli Sayong Pinang, Adela, Sedili, kakitangan dan pelajar serta alumni IKBN Bandar Penawar. Sesi lawatan dan penerangan mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di IKBN Bandar Penawar turut diadakan agar wakil-wakil persatuan belia dapat memberi penerangan dan membuat hebahan diperingkat belia felda. Agihan bubur lambuk dibuat di beberapa tempat iaitu stesen bas Penawar, Balai Bomba, pejabat KEJORA dan Balai Polis. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 19 May 2019 12:21:54 +0800
Sambutan Hari Belia Negara 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/sambutan-hari-belia-negara-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/sambutan-hari-belia-negara-2019.html Sambutan Hari Belia Negara 2019

Sambutan Hari Belia Negara 2019

Kuala Lumpur, 15 Mei 2019 - Sambutan Hari Belia Negara 2019 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dirasmikan Oleh YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 16 May 2019 12:07:35 +0800
PROGRAM "INDUSTRIAL FAMILIARIZATION TRIP" JABATAN PERHOTELAN DI FELDA RESIDENCE TANJUNG LEMAN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-industrial-familiarization-trip-jabatan-perhotelan-di-felda-residence-tanjung-leman.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-industrial-familiarization-trip-jabatan-perhotelan-di-felda-residence-tanjung-leman.html PROGRAM

PROGRAM "INDUSTRIAL FAMILIARIZATION TRIP" JABATAN PERHOTELAN DI FELDA RESIDENCE TANJUNG LEMAN

Tanjung Leman, 7-9 Mei 2019 - Seramai 36 orang pelajar dan 7 orang pengawai pengiring IKBN Bandar Penawar dari Jabatan Perhotelan telah mengadakan lawatan sambil belajar di Felda Ressidence Tanjung Leman dengan objektif untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada pelajar untuk mengenali alam pekerjaan sebenar dalam industri tersebut kepada para pelajar tentang "Industri Hotel dan Hospitaliti". Diharap program ini dapat memberi impak kepada pelajar dalam menjadikan belia tenaga pekerja mahir yang berdaya saing dan proaktif. Tahniah kepada semua pelajar dan pegawai pengiring yang terlibat.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 13 May 2019 09:29:22 +0800
PELAJAR DAN ALUMNI IKBN BANDAR PENAWAR SERTAI CABARAN BUBUR LAMBUK MEGA BELIA JOHOR 2019 DI ANGSANA MALL, JOHOR BAHRU http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pelajar-dan-alumni-ikbn-bandar-penawar-sertai-cabaran-bubur-lambuk-mega-belia-johor-2019-di-angsana-mall-johor-bahru.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pelajar-dan-alumni-ikbn-bandar-penawar-sertai-cabaran-bubur-lambuk-mega-belia-johor-2019-di-angsana-mall-johor-bahru.html PELAJAR DAN ALUMNI IKBN BANDAR PENAWAR SERTAI CABARAN BUBUR LAMBUK MEGA BELIA JOHOR 2019 DI ANGSANA MALL, JOHOR BAHRU

PELAJAR DAN ALUMNI IKBN BANDAR PENAWAR SERTAI CABARAN BUBUR LAMBUK MEGA BELIA JOHOR 2019 DI ANGSANA MALL, JOHOR BAHRU

Johor Bahru, 11 Mei 2019 - IKBN Bandar Penawar telah menyertai Cabaran Bubur Lambuk Mega Belia Johor 2019 di Angsana Mall, Johor Bahru dengan menghantar seramai 36 orang pelajar dan 3 orang pegawai pengiring. Alumni IKBN Bandar Penawar turut hadir sebagai aktiviti pengukuhan Alumni. Pelbagai Agensi yang terlibat bagi menjayakan program ini yang melibatkan 200 periuk bubur lambuk disediakan serentak. Tahniah kepada para pelajar, pegawai pengiring dan alumni IKBN Bandar Penawar yang terlibat.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 13 May 2019 09:21:55 +0800
PROGRAM YOUTH CARE RAMADAN DI MASJID JAMEK KG. GEMBUT KOTA TINGGI http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-youth-care-ramadan-di-masjid-jamek-kg-gembut-kota-tinggi.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-youth-care-ramadan-di-masjid-jamek-kg-gembut-kota-tinggi.html PROGRAM YOUTH CARE RAMADAN DI MASJID JAMEK KG. GEMBUT KOTA TINGGI

PROGRAM YOUTH CARE RAMADAN DI MASJID JAMEK KG. GEMBUT KOTA TINGGI

Sedili, 10 Mei 2019 - Seramai 40 orang pelajar dan 3 orang pengajar pengiring IKBN Bandar Penawar telah menyertai program Youth Care Ramadan dan membantu menyedia dan mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk Kg. Gembut dan Orang Asli. Turut hadir Timbalan Pengarah (HEP), Puan Lim Qwee Buay dan terima kasih kepada Agensi yang turut sama terlibat iaitu Majlis Belia Daerah Kota Tinggi, KEJORA, IKLAS dan Persatuan Belia Sepakat Kampung Gembut. Selain itu, para pelajar turut membersihkan kawasan dalam dan luar Masjid Jamek Kg. Gembut. Tahniah kepada semua pelajar dan pegawai yang terlibat.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 13 May 2019 09:14:38 +0800