SESI PENYERAHAN BENDERA PENGARAH KEPADA TIMBALAN PENGARAH (HEP) SELAKU KETUA KONTINJEN SUKAN IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my Sat, 15 Aug 2020 11:19:29 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my SOLAT TARAWIH http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/solat-tarawih.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/solat-tarawih.html SOLAT TARAWIH

SOLAT TARAWIH

Bandar Penawar, 6 Mei 2019 - Para kakitangan dan pelajar IKBN mengerjakan Solat Tarawih di Surau Al-Mukmin IKBN Bandar Penawar. Sepanjang bulan Ramadhan, semua pelajar dan kakitangan akan berkumpul bermula waktu Magrib di Surau Al-Mukmin IKBN Bandar Penawar untuk menunaikan solat secara berjemaah.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 07 May 2019 13:04:32 +0800
KUNJUNGAN MESRA PENGARAH IKBN BANDAR PENAWAR KE ILP PASIR GUDANG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kunjungan-mesra-pengarah-ikbn-bandar-penawar-ke-ilp-pasir-gudang.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kunjungan-mesra-pengarah-ikbn-bandar-penawar-ke-ilp-pasir-gudang.html KUNJUNGAN MESRA PENGARAH IKBN BANDAR PENAWAR KE ILP PASIR GUDANG

KUNJUNGAN MESRA PENGARAH IKBN BANDAR PENAWAR KE ILP PASIR GUDANG

Pasir Gudang, 5 Mei 2019 - Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Khailani Bin Ismail dan Timbalan Pengarah IKBN Bandar Penawar telah mengadakan kunjungan mesra Ke ILP Pasir Gudang. Sembang santai bersama Pengarah ILP Pasir Gudang, Tuan Sarman Bin Haji Rawan. Kunjungan rasmi akan diadakan bagi membincangkan perkara-perkara yang boleh dijalankan bersama untuk memberi manfaat kepada para belia dan juga institusi.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 07 May 2019 12:57:02 +0800
LAWATAN KERJA DAN PERBINCANGAN KETUA PENGARAH BPKB KBS DAN PENGARAH IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA DATUK BANDAR JOHOR BAHRU BAGI PELAKSANAAN KAMPUS BANDARAYA JOHOR BAHRU http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-dan-perbincangan-ketua-pengarah-bpkb-kbs-dan-pengarah-ikbn-bandar-penawar-bersama-datuk-bandar-johor-bahru-bagi-pelaksanaan-kampus-bandaraya-johor-bahru.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-dan-perbincangan-ketua-pengarah-bpkb-kbs-dan-pengarah-ikbn-bandar-penawar-bersama-datuk-bandar-johor-bahru-bagi-pelaksanaan-kampus-bandaraya-johor-bahru.html LAWATAN KERJA DAN PERBINCANGAN KETUA PENGARAH BPKB KBS DAN PENGARAH IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA DATUK BANDAR JOHOR BAHRU BAGI PELAKSANAAN KAMPUS BANDARAYA JOHOR BAHRU

LAWATAN KERJA DAN PERBINCANGAN KETUA PENGARAH BPKB KBS DAN PENGARAH IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA DATUK BANDAR JOHOR BAHRU BAGI PELAKSANAAN KAMPUS BANDARAYA JOHOR BAHRU

Johor Bahru, 5 Mei 2019 - YBhg. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof diiringi oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Khailani Bin Ismail, Pengarah Cawangan KB KBS dan beberapa pegawai IKBN, JBSNJ serta KBS telah hadir ke MBJB bagi membincangkan berkenaan pelaksanaan Kampus Bandaraya Johor Bahru yang akan menawarkan kursus jangka pendek seperti Barista, Bakery, Pastry dan Aerial Photography (Drone). Kampus Bandaraya ini bertempat di Permas Jaya, Johor. Semoga para Belia Bandar Johor Bahru dan ibu bapa dapat mengikuti perkembangan pelaksanaan Kampus Bandaraya ini dan mengambil peluang untuk menyertai kursus-kursus yang disediakan yang berkonsepkan Learn & Earn. Lawatan tapak juga telah dibuat oleh Tuan Pengarah dan Timbalan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Sopian Bin Ibrahim.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 07 May 2019 12:48:22 +0800
PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2019 BIDANG RESTAURANT SERVICES. http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pertandingan-worldskills-malaysia-belia-wsmb-2019-bidang-restaurant-services.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pertandingan-worldskills-malaysia-belia-wsmb-2019-bidang-restaurant-services.html PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2019 BIDANG RESTAURANT SERVICES.

PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2019 BIDANG RESTAURANT SERVICES.

Peretak, 5 Mei 2019 - Dua orang peserta dari IKBN Bandar Penawar iaitu Saudara Mohamad Luqman Hariz Bin Amir Rasid dan Saudari Nurul Syahfiqah Binti Hisamudin telah menyertai Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB 2019) di IKBN Peretak,Selangor pada 3-4 Mei 2019. Kesemua lima tugasan telah berjaya diselesaikan dalam masa ditetapkan. Diharapkan agar IKBN Bandar Penawar memperoleh kejayaan sekaligus dapat melangkah ke peringkat akhir.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 07 May 2019 12:34:37 +0800
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH BPKB KBS KE IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-ketua-pengarah-bpkb-kbs-ke-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-ketua-pengarah-bpkb-kbs-ke-ikbn-bandar-penawar.html LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH BPKB KBS KE IKBN BANDAR PENAWAR

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH BPKB KBS KE IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 4 Mei 2019 - Lawatan kerja Ketua Pengarah BPKB KBS, YBhg. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof diiringi oleh beberapa pegawai Kanan BPKB hadir ke IKBN Bandar Penawar bagi membincangkan hala tuju Jabatan Minyak & Gas, Hospitaliti dan Perhotelan dan melihat fasiliti yang ada di setiap jabatan. Selain itu, turut diadakan pertandingan mengemas katil secara dalaman oleh Jabatan Perhotelan. Perbincangan berlangsung dengan jayanya dan makan tengah hari disediakan oleh para pelajar Jabatan Hospitaliti. YBhg. Dato’ Dr. KP amat berpuas hati dengan pembentangan yang disediakan dan ingin melihat pelaksanaan kursus sepenuh masa bagi bidang kimpalan yang dijangka mula mengambil pelajar pada Januari 2020. Jom masuk IKBN Bandar Penawar dan mengikuti bidang kemahiran TVET yang diperakui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Industri.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 05 May 2019 12:22:08 +0800
PEMANTAUAN KETUA PENGARAH BPKB KBS BERSAMA PENGARAH IKBNBP KE PROGRAM MFLS KOHORT 3/2018 DI KRAMSAU http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pemantauan-ketua-pengarah-bpkb-kbs-bersama-pengarah-ikbnbp-ke-program-mfls-kohort-3-2018-di-kramsau.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pemantauan-ketua-pengarah-bpkb-kbs-bersama-pengarah-ikbnbp-ke-program-mfls-kohort-3-2018-di-kramsau.html PEMANTAUAN KETUA PENGARAH BPKB KBS BERSAMA PENGARAH IKBNBP KE PROGRAM MFLS KOHORT 3/2018 DI KRAMSAU

PEMANTAUAN KETUA PENGARAH BPKB KBS BERSAMA PENGARAH IKBNBP KE PROGRAM MFLS KOHORT 3/2018 DI KRAMSAU

Desaru, 3 Mei 2019 - Youth Got Talent Malaysia Future Leaders School (MFLS) Kohort 3/2019 telah diadakan di KRAMSAU selama 10 hari melibatkan 10 buah sekolah dengan jumlah penyertaan seramai 79 orang pelajar daripada sekolah di dalam Daerah Johor. YBhg. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah BPKB KBS dan Tuan Mohd Khailani Bin Ismail, Pengarah IKBN Bandar Penawar telah menghadiri malam persembahan bagi program MFLS tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua peserta MFLS dan diharap program ini dapat memberi impak kepada semua peserta dalam menjadikan Negara Malaysia lebih berdaya saing dan maju dengan belia yang berkempimpinan dan kreatif.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 05 May 2019 12:14:11 +0800
MAJLIS MENANDATANGANI MOU IKBN BANDAR PENAWAR DAN THE WESTIN DESARU COAST RESORT SEMPENA PROGRAM CAREER FEST ILKBS ZON SELATAN DAN PERTANDINGAN PRA WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA TAHUN 2019 DI IKTBN CHEMBONG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-menandatangani-mou-ikbn-bandar-penawar-dan-the-westin-desaru-coast-resort-sempena-program-career-fest-ilkbs-zon-selatan-dan-pertandingan-pra-worldskills-malaysia-belia-tahun-2019-di-iktbn-chembong.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-menandatangani-mou-ikbn-bandar-penawar-dan-the-westin-desaru-coast-resort-sempena-program-career-fest-ilkbs-zon-selatan-dan-pertandingan-pra-worldskills-malaysia-belia-tahun-2019-di-iktbn-chembong.html MAJLIS MENANDATANGANI MOU IKBN BANDAR PENAWAR DAN THE WESTIN DESARU COAST RESORT SEMPENA PROGRAM CAREER FEST ILKBS ZON SELATAN DAN PERTANDINGAN PRA WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA TAHUN 2019 DI IKTBN CHEMBONG

MAJLIS MENANDATANGANI MOU IKBN BANDAR PENAWAR DAN THE WESTIN DESARU COAST RESORT SEMPENA PROGRAM CAREER FEST ILKBS ZON SELATAN DAN PERTANDINGAN PRA WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA TAHUN 2019 DI IKTBN CHEMBONG

Chembong, 25 April 2019 - YB Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada hari ini telah merasmikan Program Career Fest ILKBS Zon Selatan di IKTBN Chembong, Negeri Sembilan.

 

IKBN Bandar Penawar diwakili oleh Tuan Pengarah, Mohd Khailani Bin Ismail dan The Westin Desaru Coast Resort diwakili Pengarah Sumber Manusia, Puan Caterine Wong telah menandatangani MOU. Dengan termeterainya perjanjian ini, pelajar-pelajar IKBN Bandar Penawar berpeluang untuk berkongsi ilmu kepakaran daripada pihak The Westin Desaru Coast Resort selain daripada penempatan tempat latihan Industri dan pekerjaan bagi yang layak.

 

Program Career Fest Tahun 2019 di Zon Selatan, dianjurkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong selaku tuan rumah bersama-sama dengan IKTBN Pagoh, IKTBN Alor Gajah dan IKBN Bandar Penawar pada 24 sehingga 25 April 2019.

 

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar ILKBS melalui penyediaan peluang pekerjaan bersama industri yang telah menjalinkan kerjasama (MoU) dengan ILKBS. Kerjasama bersama pihak industri telah memberi impak yang besar kepada ILKBS dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan ILKBS, latihan sangkutan dan TOT kepada tenaga pengajar serta memberi sumbangan dari segi modul latihan dan bahan latihan kepada ILKBS.

 

Seiring dengan perkembangan terkini sains dan teknologi seperti Revolusi Industri 4.0, robotik dan juga artificial intelligence, ILKBS menyediakan kemudahan latihan, silibus dan kurikulum selari dengan perubahan teknologi dan fleksibel untuk berada di hadapan kelok perubahan teknologi semasa.

 

Selain daripada Mini Dialog Industri Peringkat ILKBS Zon Selatan yang dihadiri oleh sekurangkurangnya 20 buah syarikat, Pra-WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) Tahun 2019 merupakan tarikan utama Career Fest ILKBS Zon Selatan.

 

Pertandingan Pra-WSMB di IKTBN Chembong melibatkan 3 bidang utama seperti Car Painting, Wall & Floor Tiling dan Brick Laying dengan penyertaan seramai 40 orang pelajar daripada pelbagai agensi Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Swasta dari seluruh Malaysia dan 22 orang daripadanya adalah pelajar ILKBS. PraWSMB ini adalah laluan belia berkemahiran untuk ke ASEAN Skills Competition (ASC) di Singapura pada Tahun 2020.

 

ILKBS Aktiviti lain yang menarik minat para belia adalah sesi temuduga terbuka, ceramah kerjaya serta pameran daripada ILKBS, agensi awam dan swasta. Selain itu, IKTBN Chembong juga menawarkan khidmat servis motorsikal secara percuma kepada masyarakat dan dijangka seramai 120 orang mendapat manfaat daripada program ini. Ini membuktikan bahawa ILKBS bukan sahaja menekankan elemen kemahiran semata-mata, namun transformasi bina insan juga terus dipertingkatkan yang mana para pelajar didedahkan dengan elemen kesukarelaan, kepimpinan dan bina insan.

 

Program IMPAK ILKBS @Komuniti bertujuan untuk menyumbang balik tenaga kepakaran atau kemahiran pelajar-pelajar ILKBS kepada komuniti yang melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kecil terhadap kemudahan fizikal awam dan menawarkan perkhidmatan kemahiran mengikut kesesuaian bidang atau kepakaran ILKBS. Program ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan ILKBS kepada komuniti setempat dan secara tidak langsung bertindak sebagai training ground kepada pelajar–pelajar ILKBS untuk memantapkan kemahiran mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

 

Selain itu, YB Steven Sim Chee Keong juga menemui 12 peserta Reben Kuning yang sedang mengikuti latihan Scaffolding di IKTBN Chembong. Mereka merupakan peserta rintis projek Reben Kuning yang dijangka akan tamat latihan pada awal Mei ini.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 28 Apr 2019 11:58:08 +0800
PROGRAM STAR@U: MYFUTURE YOUTH PLUS http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-star-u-myfuture-youth-plus.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-star-u-myfuture-youth-plus.html PROGRAM STAR@U: MYFUTURE YOUTH PLUS

PROGRAM STAR@U: MYFUTURE YOUTH PLUS

Bandar Penawar, 25 April 2019 - IKBN Bandar Penawar telah melaksanakan Program MyFuture Youth Plus yang mana ianya merupakan salah satu inisiatif di bawah program STAR@U yang memberi latihan kemahiran kepada para belia melalui pendekatan yang lebih fleksibel. Program MyFuture Youth Plus ini telah dilaksanakan selama 5 hari bermula dari 21 April hingga 25 April 2019 yang melibatkan Bahagian Penyediaan Makanan, Bahagian Penyediaan Pastri dan Bahagian Kimpalan.


Seramai 31 orang belia telah berjaya menamatkan latihan mereka dan majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) di Pearl Coffee House, Jabatan Hospitaliti. Tahniah kepada semua peserta dan semoga ilmu yang dicurahkan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membina kerjaya dan masa depan mereka.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 28 Apr 2019 11:51:21 +0800
SESI PENYERAHAN BENDERA PENGARAH KEPADA TIMBALAN PENGARAH (HEP) SELAKU KETUA KONTINJEN SUKAN IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/sesi-penyerahan-bendera-pengarah-kepada-timbalan-pengarah-hep-selaku-ketua-kontinjen-sukan-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/sesi-penyerahan-bendera-pengarah-kepada-timbalan-pengarah-hep-selaku-ketua-kontinjen-sukan-ikbn-bandar-penawar.html SESI PENYERAHAN BENDERA PENGARAH KEPADA TIMBALAN PENGARAH (HEP) SELAKU KETUA KONTINJEN SUKAN IKBN BANDAR PENAWAR

SESI PENYERAHAN BENDERA PENGARAH KEPADA TIMBALAN PENGARAH (HEP) SELAKU KETUA KONTINJEN SUKAN IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 21 April 2019 - Sesi penyerahan bendera daripada Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Khailani Bin Ismail kepada Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) sebagai simbolik sempena perlawanan Sukan ILKBS yang akan dianjurkan oleh IKTBN Sepang pada tahun ini. Tahniah kepada para pelajar yang terpilih untuk menyertai pertandingan tersebut yang akan menghimpunkan seluruh atlet ILKBS SeMalaysia pada masa yang sama. Acara yang akan dipertandingkan ialah bola jaring, bola sepak, takraw dan rugbi sentuh. Semoga para atlet IKBN Bandar Penawar pergi dengan semangat juara dan pulang bersama pingat.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 22 Apr 2019 11:36:36 +0800
SIMULASI PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2019 BIDANG RESTAURANT SERVICES. http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/simulasi-pertandingan-worldskills-malaysia-belia-wsmb-2019-bidang-restaurant-services.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/simulasi-pertandingan-worldskills-malaysia-belia-wsmb-2019-bidang-restaurant-services.html SIMULASI PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2019 BIDANG RESTAURANT SERVICES.

SIMULASI PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2019 BIDANG RESTAURANT SERVICES.

Bandar Penawar, 24 April 2019 - Simulasi Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2019 Bidang Restaurant Services telah diadakan di Coral Ballroom Jabatan Hospitaliti yang melibatkan dua orang peserta iaitu Saudara Mohamad Luqman Hariz Bin Amir Rasid dan Saudari Nurul Syahfiqah Binti Hisamudin.


Tujuan simulasi pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta suasana sebenar pertandingan disamping dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan mereka. Pihak Pengurusan Tertinggi IKBN Bandar Penawar serta pegawai dan kakitangan turut hadir untuk memberi sokongan serta kata-kata semangat kepada peserta.


Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2019 Peringkat Pra-Kelayakan Bidang Restaurant Services akan berlansung pada 3-4 Mei 2019 di IKBN Peretak. Diharapkan agar kejayaan menjadi milik IKBN Bandar Penawar dan dapat melangkah ke peringkat seterusnya.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 25 Apr 2019 11:29:54 +0800