SESI PENYERAHAN BENDERA PENGARAH KEPADA TIMBALAN PENGARAH (HEP) SELAKU KETUA KONTINJEN SUKAN IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my Sat, 11 Jul 2020 06:09:57 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my MESYUARAT BOOTCAMP SCAFFOLDING 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-bootcamp-scaffolding-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-bootcamp-scaffolding-2018.html MESYUARAT BOOTCAMP SCAFFOLDING 2018

MESYUARAT BOOTCAMP SCAFFOLDING 2018


Bandar Penawar, 28 Jun 2018 – IKBN Bandar Penawar telah menjemput pemain industri dari PERI Formwork Scaffolding Engineering, LKM Installation, PREMALA Construction Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Encik Yuvarajan.S bagi menghadiri mesyuarat di Bilik Mesyuarat IKBN Bandar Penawar.


Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Encik Haji Saleh Bin Ghazali, Pengarah IKBN Bandar Penawar membincangkan berkenaan kerjasama dalam penempatan peserta Kursus Bootcamp Scaffolding IKBN Bandar Penawar dalam industri pekerjaan Minyak dan Gas di RAPID Petronas. Mesyuarat juga ada membincangkan mengenai Kursus Bootcamp Scaffolding yang akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2018 sehingga 30 Julai 2018. Kursus anjuran IKBN Bandar Penawar ini melibatkan seramai 32 orang peserta dari seluruh Malaysia.


Hasil daripada mesyuarat yang telah diadakan, pemain-pemain utama industri ini amat berminat untuk menerima semua peserta-peserta yang dilatih oleh IKBN Bandar Penawar bagi memenuhi keperluan pasaran Industri Minyak dan Gas. Mereka juga mohon supaya kursus tahap dua diadakan bagi melatih lebih ramai peserta yang berkemahiran dalam bidang ini. IKBN Bandar Penawar amat berbesar hati dengan tawaran yang diterima. Moga kerjasama yang terjalin akan berterusan pada masa akan datang.


Disediakan oleh : Encik Fikri Sham Bin Basari
Foto : Encik Mohd Nasrul Bin Ismail

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Fri, 29 Jun 2018 01:37:41 +0800
MAJLIS KHATAM AL-QURAN & BERBUKA PUASA PERINGKAT IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-khatam-al-quran-berbuka-puasa-peringkat-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-khatam-al-quran-berbuka-puasa-peringkat-ikbn-bandar-penawar.html MAJLIS KHATAM AL-QURAN & BERBUKA PUASA PERINGKAT IKBN BANDAR PENAWAR

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & BERBUKA PUASA PERINGKAT IKBN BANDAR PENAWAR


Bandar Penawar, 7 Jun 2018 – Pada 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadhan 1439H, IKBN Bandar Penawar telah menganjurkan satu Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa peringkat IKBN Bandar Penawar bagi tahun 2018. Seramai 180 orang termasuk pelajar & kakitangan terlibat di dalam majlis ini. Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa ini merupakan salah satu program tahunan IKBN Bandar Penawar, di mana setiap tahun, IKBN Bandar Penawar akan mengadakan majlis sebegini bagi menyambut kemeriahan serta keberkatan didalam bulan ramadhan yang mulia ini.


Program tadarrus khatam Al-Quran ini telah diadakan seawal bulan ramadhan yang mana ia melibatkan pegawai dan juga pelajar IKBN Bandar penawar. Seramai 57 orang pegawai IKBN Bandar penawar telah dibahagikan kepada 19 kumpulan bagi menghabiskan bacaan 19 juzuk, di mana setiap kumpulan akan diagihkan mengikut 1 juzuk bagi setiap kumpulan. Manakala selebihnya baki 11 juzuk Al-Quran lagi, telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan daripada kalangan pelajar IKBN Bandar penawar dan seterusnya ia melengkapkan jumlah keseluruhan bacaan kepada 30 juzuk Al-Quran.


Majlis bermula jam 6.00 petang telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah, Encik Mohd Saleh Bin Haji Ghazali. Majlis khatam Al-Quran ini telah dibaca oleh 10 orang peserta khatam dikalangan pelajar-pelajar lelaki IKBN Bandar Penawar bermula surah Ad-Dhuha dan diakhiri dengan surau Al-Baqarah. Selesai majlis khatam, diadakan majlis sumbangan Hari Raya kepada pelajar yang tidak berkemampuan serta kepada para pemenang pertandingan ihya’ ramdhan anjuran jawatankuasa surau IKBN Bandar Penawar. Selepas itu, para tetamu berbuka puasa dengan sedikit kurma dan air mineral sebelum bersolat maghrib secara berjemaah di Surau Al-Mukmin. Kemudian, para tetamu dihidangkan dengan jamuan makan di dewan makan IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 11 Jun 2018 14:09:09 +0800
KURSUS MASAKAN - PENYEDIAAN ASSORTED COOKIES http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-masakan-penyediaan-assorted-cookies.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-masakan-penyediaan-assorted-cookies.html KURSUS MASAKAN - PENYEDIAAN ASSORTED COOKIES

KURSUS MASAKAN - PENYEDIAAN ASSORTED COOKIES


Bandar Penawar, 6 Mei 2018 – Bahagian Penyediaan Pastri, Jabatan Hospitaliti Bandar Penawar, telah menganjurkan Kursus Assorted Cookies pada hari Sabtu 5 Mei 2018. Kursus tersebut dikendalikan oleh pengajar daripada Bahagian Penyediaan Pastri dan dibantu oleh pelajar seramai 9 orang. Seramai 5 orang peserta telah mengikuti Kursus Assorted Cookies yang bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang.


Kursus ini memberi fokus kepada latihan secara amali (hands-on) di mana peserta akan mendapat latihan secara langsung daripada pengajar dan setiap peserta akan dibantu oleh pelajar yang telah dilatih bagi memudahkan proses pembelajaran.


Peserta telah dibekalkan dengan resepi yang lengkap di mana setiap peserta akan mempelajari 3 jenis biskut seperti Chocolate Chip Cookies, Almond Crunchy dan Tart Nenas. Pada sesi pagi peserta telah belajar cara pembuatan Chocolate Chip Cookies dan Almond Crunchy. Manakala pada sebelah petang peserta berpeluang untuk membuat Tart Nenas.


Selain berkesempatan mengikuti kursus amali peserta juga telah dibekalkan dengan beberapa tip cara pembuatan biskut yang betul dan peserta juga berpeluang mempelajari sedikit sebanyak berkenaan biskut secara teori.


Kursus seperti ini sangat bermanfaat kepada sesiapa sahaja kerana selain daripada menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran, peserta juga berpeluang untuk menjana pendapatan daripada rumah bagi kelangsungan hidup. Malah, boleh menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara kerana secara tidak langsung membantu mengurangkan isu pengangguran di Malaysia.


Di sediakan oleh : Zufeesya Binti Zainalabidin
Foto oleh : Zufeesya Binti Zainalabidin

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 06 May 2018 15:40:44 +0800
PENILAIAN DAN LAWATAN ANUGERAH ILKBS TERBAIK (AIT) DAN PENGURUSAN LATIHAN TERBAIK (PLT) 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/penilaian-dan-lawatan-anugerah-ilkbs-terbaik-ait-dan-pengurusan-latihan-terbaik-plt-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/penilaian-dan-lawatan-anugerah-ilkbs-terbaik-ait-dan-pengurusan-latihan-terbaik-plt-2018.html PENILAIAN DAN LAWATAN ANUGERAH ILKBS TERBAIK (AIT) DAN PENGURUSAN LATIHAN TERBAIK (PLT) 2018

PENILAIAN DAN LAWATAN ANUGERAH ILKBS TERBAIK (AIT) DAN PENGURUSAN LATIHAN TERBAIK (PLT) 2018


Bandar Penawar, 30-31 Mei 2018 – Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan telah melaksanakan buat kali keduanya inisiatif Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) dan Pengurusan Latihan Terbaik (PLT) bertujuan mengiktiraf institusi dan juga bidang-bidang latihan di ILKBS yang mencapai tahap pencapaian yang sangat cemerlang. IKBN Bandar Penawar telah menerima lawatan panel penilai yang terdiri daripada Encik Syahrull Nizam Bin Perdan Pengarah ILP Mersing, Encik Churemi Bin Sairi, Encik Zan Aizuddin Bin Zainal Abidin dan beberapa orang lagi dari KBS.


Pada hari pertama program bermula jam 8.30 pagi dengan Mesyuarat Pembukaan. Pengarah dan pegawai diberi taklimat serba ringkas berkenaan AIT dan PLT. Kemudian sesi diteruskan dengan lawatan ke bengkel, perjumpaan bersama tenaga pengajar dan pelajar untuk menilai beberapa kriteria yang ditetapkan.  Semua fail dan dokumen yang hendak dinilai dikumpulkan di Bilik Mesyuarat dan Pusat Sumber IKBN Bandar Penawar untuk memudahkan penilai meneliti setiap dokumen.


Pada hari kedua penilaian diteruskan dan pada jam 2.00 petang mesyuarat penutup diadakan bagi memberi rumusan dan cadangan penambahbaikan hasil lawatan pegawai panel penilai. Penilaian tahunan yang diadakan ini dapat memberi petunjuk dan penanda aras bagi setiap ILKBS.

 

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 31 May 2018 15:09:04 +0800
GOTONG-ROYONG DI LEGARAN TANAH PUTIH, KG SENTOSA KOTA TINGGI, JOHOR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/gotong-royong-di-legaran-tanah-putih-kg-sentosa-kota-tinggi-johor.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/gotong-royong-di-legaran-tanah-putih-kg-sentosa-kota-tinggi-johor.html GOTONG-ROYONG DI LEGARAN TANAH PUTIH, KG SENTOSA KOTA TINGGI, JOHOR

GOTONG-ROYONG DI LEGARAN TANAH PUTIH, KG SENTOSA KOTA TINGGI, JOHOR


Kota Tinggi, 30 Mac 2018 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah melaksanakan satu program gotong-royong di kawasan Legaran Tanah Putih, Kg Sentosa Kota Tinggi, Johor dibawah Program Impak ILKBS@Komuniti berkonsepkan “ ILKBS Give Back “iaitu menyumbang balik tenaga, kepakaran atau kemahiran pelajar-pelajar ILKBS kepada orang awam. Seramai 231 orang peserta terlibat dengan program ini. Program ini adalah juga antara kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kota Tinggi, KEJORA, Majlis Belia Daerah (MBD) Kota Tinggi dan Persatuan Belia Sedeli.


Pelajar IKBN Bandar Penawar telah bertungkus-lumus membersihkan kawasan sekitar dan mengecat wakaf dan tiang gol futsal serta alatan permainan kanak-kanak di kawasan tersebut. Manakala sukarelawan yang lain berkerjasama memotong rumput dan membersihkan kawasan lapang. Sampah-sampah dan sisa pokok kering dikumpul dibakar.


Program seperti ini dapat membentuk, menggilap dan melahirkan kumpulan sukarelawan ke arah profesionalisme yang utuh menggunakan kemahiran –kemahiran yang telah dipelajari di ILKBS. Penglibatan pelajar-pelajar ILKBS dalam program khidmat masyarakat ini boleh dijadikan sebagai nilai tambah kepada pembentukan ketrampilan pelajar TVET  KBS.

 

Disediakan oleh : Puan Hasliza Binti Mohd Zin
Foto : Puan Hasliza Binti Mohd Zin

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 01 Apr 2018 14:10:53 +0800
PROGRAM CERAMAH KESIHATAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA SERTA AKTIVITI GOTONG-ROYONG SEKITAR KAWASAN DI IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-ceramah-kesihatan-dan-pemeriksaan-kesihatan-percuma-serta-aktiviti-gotong-royong-sekitar-kawasan-di-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-ceramah-kesihatan-dan-pemeriksaan-kesihatan-percuma-serta-aktiviti-gotong-royong-sekitar-kawasan-di-ikbn-bandar-penawar.html PROGRAM CERAMAH  KESIHATAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA SERTA AKTIVITI GOTONG-ROYONG SEKITAR KAWASAN DI IKBN BANDAR PENAWAR

PROGRAM CERAMAH  KESIHATAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA SERTA AKTIVITI GOTONG-ROYONG SEKITAR KAWASAN DI IKBN BANDAR PENAWAR


Bandar Penawar, 26 Mac 2018 – Melalui Program Impak ILKBS@Komuniti, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menganjurkan satu Program Ceramah Kesihatan dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma atas kerjasama Yayasan Buah Pinggang Malaysia. Semua pegawai, pelajar dan pekerja kontrakor di IKBN Bandar Penawar tidak melepaskan peluang mengukur tahap kesihatan masing-masing. Ceramah Kesihatan bermula jam 8.00 pagi di Dewan Serbaguna yang dihadiri oleh semua pelajar dan pegawai. Pada jam 10.00 pagi Pemeriksaan Kesihatan dijalankan, antara pemeriksaan yang dilaksanakan adalah mengukur tahap gula dalam darah, tekanan darah dan tahap kolestrol. Selain itu sesi konsultan dijalankan bagi menerangkan tahap kesihatan mereka.

 

Pada sebelah petang pula pelajar yang diselia oleh pegawai HEP telah bergotong-royong membersihkan kawasan asrama, surau, dewan makan dan kawasan sekitar IKBN Bandar Penawar. Selain itu pelajar juga berpeluang menghias dinding-dinding di blok asrama yang kosong mengikut kretiviti masing-masing. Kebersihan adalah asas utama kepada penjagaan kesihatan. Oleh itu pelajar perlu dididik untuk menjaga kebersihan diri dan alam sekitar. Seramai 170 orang pelajar terlibat dengan program ini.

 

Disediakan oleh : Puan Hasliza Binti Mohd Zin
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 27 Mar 2018 13:44:10 +0800
TAKLIMAT KERJAYA DORSETT HOSPITALITY INTERNATIONAL DI IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-kerjaya-dorsett-hospitality-international-di-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-kerjaya-dorsett-hospitality-international-di-ikbn-bandar-penawar.html TAKLIMAT KERJAYA DORSETT HOSPITALITY INTERNATIONAL DI IKBN BANDAR PENAWAR

TAKLIMAT KERJAYA DORSETT HOSPITALITY INTERNATIONAL DI IKBN BANDAR PENAWAR


Bandar Penawar, 12 April 2018 - Pihak Dorsett Hospitality International telah mengadakan satu lawatan strategik ke IKBN Bandar Penawar dan telah mengadakan satu sesi taklimat kerjaya kepada pelajar-pelajar Sekolah Hospitaliti dan Perhotelan IKBN Bandar. Taklimat kerjaya ini adalah untuk membuka ruang dan peluang serta memberi inspirasi kepada semua pelajar IKBN Bandar Penawar amnya dan pelajar bidang Hospitaliti serta Perhotelan khasnya.

 

Bidang kemahiran Perhotelan dan Hospitaliti yang disediakan di IKBN Bandar Penawar bersedia untuk memenuhi permintaan tenaga kerja yang tinggi daripada industri-industri ini. Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Saleh Bin Haji Ghazali dan pengurusan tertinggi serta pengajar-pengajar Sekolah Hospitaliti dan Perhotelan turut hadir mendengar taklimat yang disampaikan oleh Mr. Terrence Dass, Cluster Assistant Director of Training Department, Dorsett Hospitality International.

 

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang bijak mengambil peluang untuk belajar dalam bidang yang berteraskan kemahiran ini. Diharapkan apabila mereka menempuh alam pekerjaan ilmu yang diperolehi daripada taklimat ini dapat dipraktikan.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 15 Apr 2018 12:58:15 +0800
PROGRAM IFTAR IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM AL-HUSNA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-iftar-ikbn-bandar-penawar-bersama-yayasan-kebajikan-anak-anak-yatim-al-husna.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-iftar-ikbn-bandar-penawar-bersama-yayasan-kebajikan-anak-anak-yatim-al-husna.html PROGRAM IFTAR IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM AL-HUSNA

PROGRAM IFTAR IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM AL-HUSNA


BANDAR PENAWAR, 29 Mei 2018 – Jawatankuasa Surau Al-Mukmin IKBN Bandar Penawar dengan kerjasama Pengarah dan Kelab Kakitangan IKBN Bandar Penawar telah mengadakan program iftar dan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Husna seramai 43 orang. Program ini diadakan pada 28 Mei 2018 bertempat di Surau IKBN Bandar Penawar.


Majlis berbuka puasa ini turut disertai pegawai-pegawai IKBNBP, ibu angkat dan para pelajar IKBN Bandar Penawar. Pengisian program ialah mengadakan tahlil ringkas dan penyampaian sumbangan hari raya kepada semua anak-anak yatim yang hadir dan disampaikan oleh Pengarah IKBNBP, Tuan Mohd Saleh Bin Haji Ghazali. Kemudian melaksanakan solat Maghrib berjemaah dan berbuka bersama anak-anak yatim di Dewan Makan IKBN Bandar Penawar. Turut membantu menjayakan program ini ialah Encik Mohd Yusri daripada KEJORA.


Jelas terpancar kecerian pada wajah tulus kanak-kanak ini apabila diajak beramah mesra dan bergambar bersama. Di harap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi sedikit kecerian kepada anak-anak yatim dan memupuk nilai kasih sayang antara insan.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 29 May 2018 12:29:35 +0800
PROGRAM IMPAK ILKBS@KOMUNITI 2018 SEMPENA PROGRAM ‘RIDERS NITE’ (WE CARE FOR YOU) PDRM KONTINJEN JOHOR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-2018-sempena-program-riders-nite-we-care-for-you-pdrm-kontinjen-johor.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-2018-sempena-program-riders-nite-we-care-for-you-pdrm-kontinjen-johor.html PROGRAM IMPAK ILKBS@KOMUNITI 2018 SEMPENA PROGRAM ‘RIDERS NITE’ (WE CARE FOR YOU) PDRM KONTINJEN JOHOR

PROGRAM IMPAK ILKBS@KOMUNITI 2018 SEMPENA PROGRAM ‘RIDERS NITE’ (WE CARE FOR YOU) PDRM KONTINJEN JOHOR


Bandar Penawar, 8 April 2018 – Program IMPAK ILKBS@KOMUNITI 2018 anjuran Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh dan PDRM Kontinjen Johor telah diadakan pada 7 April 2018 di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor Bahru, Johor.


Program ini diadakan sempena program ‘RIDERS NITE’ (WE CARE FOR YOU) PDRM Kontinjen Johor. Program IMPAK ILKBS@KOMUNITI 2018 ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dr.Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.


Antara aktiviti yang dijalankan adalah Ceramah dan Klinik Perlumbaan-Ride To Right yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada belia-belia ke arah perlumbaan yang sebenar dan selamat. Ceramah dan Klinik Perlumbaan yang disampaikan oleh Tuan Syed Ahmad Nizam Syed Ahmad (Two Wheels Motorsport Programme, IKTBN Pagoh) turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran saudara Kasma Danial daripada Pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor yang juga merupakan Juara CP150 Petronas Cubprix. Turut hadir bersama ialah saudara Syafiq Aiman Fauzi daripada Pasukan Onexox JKKR yang menduduki tempat ketiga keseluruhan Kategori Wira KBS Petronas Cubprix.


Antara program-program lain yang dijalankan ialah pameran promosi program ILKBS dan pameran dari pelbagai agensi dan jabatan.

 

Disediakan oleh : Encik Lim Chow Kiat
Foto oleh: Encik Mohd Zulhilmi

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 08 Apr 2018 16:16:17 +0800
Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pentaulihan-anugerah-remaja-perdana-rakan-muda-arprm.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pentaulihan-anugerah-remaja-perdana-rakan-muda-arprm.html Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)

Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)

BANDAR PENAWAR, 8 APRIL 2018 – Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat IKBN Bandar Penawar telah diadakan pada 8 April 2018. Seramai tujuh belas (17) peserta telah terima sijil Pentauliahan peringkat Tahap Gangsa.

 

Program ARPRM merupakan program bertaraf antarabangsa yang mengiktiraf remaja berumur 14 hingga 24 tahun dalam aktiviti yang menyumbang kepada pembentukan personaliti diri melalui 4 komponen aktiviti iaitu, Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak. Program ARPRM juga merupakan aktiviti ko-kurikulum wajib kepada pelajar-pelajar ILKBS bermula Januari 2017.

 

Peserta-peserta program telah daftar mengambil program ARPRM Tahap Gangsa pada Januari 2017 dan telah lengkap menjalani aktiviti dalam empat komponen pada bulan November 2017. Program ini dapat memberi impak terhadap kualiti graduan ILKBS.

 

Majlis Pentauliahan telah disempurnakan oleh En.Mohd Saleh Bin Haji Ghazali, Pengarah IKBN Bandar Penawar. Dalam majlis tersebut, mentor/jurulatih yang terlibat turut diberi Sijil Penghargaan. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya dan terima kasih kepada mentor-mentor/jurulatih yang telah bersama-sama menjayakan program ARPRM di IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh :
Lim Chow Kiat ( Bahagian Hal Ehwal Pelajar )
Foto : Muhammad Haqimi Bin Mahat

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 09 Apr 2018 02:12:20 +0800