IKBN



PEKAN

 
Written by
Rate this item
(0 votes)

SESI TEMUDUGA PELAJAR PROGRAM GETS MARA-AIRCRAFT SHEET METAL

 

Disediakan Oleh : Mohd Jalil bin Mohamad Arshad

Gambar Oleh : Mohd Jalil bin Mohamad Arshad

Disunting Oleh : NurKhalilah Atiqah binti Mohamad Othman

PEKAN, 28 Februari 2019 - Seramai 25 orang pelajar Program Gets MARA terlibat dalam taklimat dan temuduga kerjaya bersama pihak industri penerbangan di bawah program Graduate Employability Training Scheme (GETS). Program ini merupakan program usahasama MARA dengan IKBN Pekan bersama pihak industri Star Tulip Aviation Sdn.Bhd. bagi menjalankan satu kursus jangka pendek untuk lepasan IPTA dan IPTS dalam kursus Aircraft Sheet Metal. 

Kursus ini telah bermula pada 5 September 2018 sehingga 28 Februari 2019 dengan bilangan seramai 25 orang pelajar yang terdiri daripada lepasan IKBN Pekan, Politeknik, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), UNIKL MIAT, UNIMAP dan Malaysian Aviation Training Academy (MATA). Pelajar terbabit telah menjalani kursus teori dan amali di IKBN Pekan selama 6 bulan sebelum bekerja di industri penerbangan.


Pelajar kursus jangka pendek ini telah tamat dengan jayanya pada 28 Februari 2019 dan telah mengikuti temuduga bersama pihak industri pada hari yang sama di IKBN Pekan. Panel – panel yang hadir pada hari tersebut merupakan wakil daripada pihak MARA iaitu Encik Azmi Bin Idris (Ketua Pegawai Operasi, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka) bersama wakil industry, Encik Azhan Bin Osman (Ketua Pegawai Eksekutif, Star Tulip Aviation Sdn.Bhd., Encik Krishnan Narayana Redy ( Pengarah,Star Tulip Aviation Sdn.Bhd.) dan Encik Azizan Bin Morad (panel industri).

Read 588 times Last modified on Isnin, 11 March 2019 12:07
 
Find us on Facebook
Follow Us