IKBN



PEKAN

 
Written by CheWan
Rate this item
(0 votes)

SETITIS DARAH SEJUTA HARAPAN 

 

Disediakan Oleh : Muhammad Lukman Bin Mat Rahim

PEKAN, 10 Februari 2021 - Institut Kemahiran Belia Negara Pekan Pahang (IKBNPH) telah mengadakan program derma darah peringkat IKBN Pekan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama dari Unit Tabung Darah Hospital Temerloh. Program ini bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. Program ini melibatkan semua warga IKBN Pekan yang terdiri dari pelajar, pegawai-pegawai, kontraktor pembersihan, kontraktor dewan makan dan kontraktor keselamatan.


Unit Tabung Darah Hospital Temerloh memaklumkan target hospital untuk program ini untuk mendapatkan minima 80 beg darah, Alhamdulillah, kali ini derma darah yang diterima mencapai 104 beg tabung darah. Pendaftaran keseluruhan seramai 154 orang. Lebih kurang 80 orang yang datang untuk menderma tetapi tidak dibenarkan disebabkan masalah kesihatan, tidak cukup tidur, darah rendah, darah tinggi, demam dan beberapa sebab lain lagi.


Alhamdulillah, program derma darah kali ini telah mendapat kerjasama yang sangat baik dari semua pelajar dan warga IKBN Pekan, semua berjalan dengan lancar. Program derma darah peringkat IKBN Pekan kebiasaannya dilaksanakan sebanyak dua kali setahun mengikut semester, satu semester satu program. Semoga program sebegini boleh membantu banyak pihak dalam menyelesaikan masalah terutama yang melibatkan kesihatan.

 

Read 39 times Last modified on Khamis, 11 February 2021 17:01