IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Isnin, 17 August 2020 17:02

MAJLIS ANUGERAH PERKHDIMATAN CEMERLANG DAN SANJUNGAN BUDI 30 TAHUN IKTBN SEPANG

Written by
Rate this item
(0 votes)
SEPANG, 14 OGOS 2020 – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Sanjungan Budi 30 Tahun IKTBN Sepang telah diadakan di Dewan Seri Nilam, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Rosnoizam Bt Abd Majid, Pengarah Institut ini. 
Majlis telah berlangsung pada jam 8.00 pagi dan tamat hampir jam 12.00 tengahari. Majlis telah dihadiri hampir keseluruhan Pegawai dan kakitangan, juga sebahagian pelajar yang telah mendaftar masuk bagi memulakan sesi pembelajaran mereka.
 
Antara program dan aktiviti sepanjang majlis ini berlangsung ialah, Penyampaian Sijil Anugerah Prkhidmatan Cemerlang bagi Pegawai dan Kakitangan (KBS), Sijil Pekerja Terbaik Bulanan (IKTBN),Sijil Penghargaan Sukarelawan Penyediaan PPE, Sijil Penghargaan Seminar SICMSAT, Sijil Penghargaan Perkhidmatan Lebih 25 Tahun dan Sijil Penghargaan Pereka Logo 30 Tahun IKTBN Sepang.
Manakala Majlis diselit lagi dengan Penyampaian Hadiah dan cenderahati kepada Pegawai yang akan berpindah iaitu Puan Nurul Asikin binti Saari yang akan menyambung pengajian, dan Puan Adila binti Jaffar yang akan memulakan tugas di CIAST, Shah Alam.
 
Tidak ketinggalan juga majlis meraikan seorang pegawai yang akan menamatkan perkhidmatan dan bersara dari perkhimatan awam iaitu Encik Roshadi bin Mad Sah dari Jabatan Teknologi Mekanikal Acuan dan Perkakasan.
 
Majlis diserikan lagi dengan Persembahan Dikir Barat Khas dari pegawai-pegawai IKTBN Sepang khusus untuk semua tetamu yang hadir . Persembahan ini di ketuai oleh Ketua Cawangan Pengurusan Kualiti, Encik Tamrin Bin Enche Yusuf.
 
Bagi pihak Jawatankuasa Penganjuran Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sanjungan Budi 30 Tahun IKTBN Sepang, kami mengucapkan Tahniah kepada semua atas penganjuran majlis yang sangat berprestij ini demi kemajuan Institut dimasa akan datang.
 
 
Read 2087 times Last modified on Isnin, 17 August 2020 17:06