IKBN



PEKAN

 
Written by CheWan
Rate this item
(0 votes)

SUMBANGAN IKBN PEKAN KEPADA BARISAN HADAPAN MENGHADAPI COVID-19

 

Disediakan Oleh : Mohd Zulaffandi Bin Abdullah 

KUANTAN, 27 April 2020 - Sebagai menghargai petugas barisan hadapan dalam melawan COVID-19, IKBN Pekan telah menyumbang Flexible Aerosol Box kepada Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

 

Dalam majlis penyerahan di Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Pengarah IKBN Pekan telah menyumbangkan peralatan PPE dan Flexible Aerosol Box CV 19 KBS kepada Encik Che Muhammad Firdaus Bin Che Hashim yang mewakili pihak Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan Pahang. Pihak Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada IKBN Pekan atas sumbangan tersebut. Dalam majlis berikutnya di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang, Pengarah IKBN Pekan juga telah menyumbangkan peralatan PPE dan Flexible Aerosol Box CV 19 KBS kepada Encik Fahmi yang mewakili pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang bagi membantu kerajaan dalam memerangi COVID - 19.

 

Pihak hospital menzahirkan rasa kagum terhadap ILKBS yang berusaha membuat PPE dan menyumbangkannya kepada hospital dan pusat kesihatan kerajaan di Malaysia ini. Pihak hospital mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan tersebut. Team CSR PPE COVID - 19 IKBN Pekan juga terlibat dalam majlis tersebut.

 

IKBN Pekan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada IKTBN Sepang yang turut menyumbang peralatan PPE tersebut iaitu Face Shield dan Degradable Apron untuk disumbangkan kepada Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.


#kitamestimenang
#TVETKBS #ILKBS #KBS
#stayathome
#Covid19
#PerkasaBeliaNegara

 

Read 60 times Last modified on Rabu, 29 April 2020 12:09
 
Find us on Facebook
Follow Us