IKBN



PEKAN

 
Written by CheWan
Rate this item
(0 votes)

SUMBANGAN KEPADA PELAJAR LATIHAN INDUSTRI TERKANDAS COVID-19

 

Disediakan Oleh : Mohd Fozi Hafiz Bin Hassan

SEPANG, 23 April 2020 - IKBN Pekan menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil, YB Adhif Syan Abdullah dan Pejabat ADUN Dengkil YB Adhif di atas sumbangan barang keperluan kepada pelajar yang terkandas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Pelajar IKBN Pekan ini sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat di Sepang. Mereka yang masing-masing berasal dari Tawau, Sabah dan Kuala Selangor, Selangor telah terkandas di rumah sewa sejak pelaksanaan PKP Fasa-1 pada 18 Mac 2020 yang lalu.

 

IKBN Pekan melalui Cawangan Hubungan Industri IKBN Pekan sentiasa menghubungi keseluruhan 12 orang pelajar yang terkandas bagi mendapatkan status kesihatan dan memastikan kebajikan para pelajar tersebut. Dalam majlis berlainan, di atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan, IKBN Pekan diwakili Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Encik Ramli Mahmood juga telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar tersebut.

 

IKBN Pekan ingin merakamkan penghargaan kepada orang perseorangan, wakil rakyat, persatuan dan NGO DANA Mawaddah dan Persatuan Penduduk Saujana KLIA (PPSKLIA) yang telah membantu para pelajar IKBN Pekan bagi mengurangkan bebanan mereka sepanjang tempoh PKP ini.

Read 79 times Last modified on Rabu, 29 April 2020 12:56
 
Find us on Facebook
Follow Us