IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 04 July 2019 17:57

Taklimat Berkaitan Penawaran Kursus-Kursus Customized IKBN Bandar Penawar Dalam Bidang Hospitaliti, Perhotelan dan Minyak & Gas.

Written by
Rate this item
(0 votes)

Taklimat Berkaitan Penawaran Kursus-Kursus Customized IKBN Bandar Penawar Dalam Bidang Hospitaliti, Perhotelan dan Minyak & Gas.

Bandar Penawar, 3 Julai 2019 -Sesi lawatan kerja dari IKBN Bandar Penawar ke Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah diadakan dengan disertai oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan), Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar), Ketua Jabatan Hospitaliti, Ketua Jabatan Perhotelan dan Ketua Jabatan Minyak dan Gas.

 

Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah untuk menyampaikan maklumat kepada pihak KEJORA berkaitan kursus-kursus customized yang pihak IKBN Bandar Penawar boleh tawarkan kepada belia sekitar beserta dengan jaminan penempatan pekerjaan. Selain daripada itu, pihak KEJORA juga amat berbesar hati untuk mengeratkan lagi hubungan antara dua agensi melalui Memorandum Persefahaman(MoU). Diharapkan agar semua perancangan yang telah dibentang dan dibincangkan akan menjadi kenyatan demi kemajuan belia dan negara.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 110 times Last modified on Isnin, 08 July 2019 18:05
 
Find us on Facebook
Follow Us