Putrajaya, 10 September 2019 - Sesi Pembentangan dan perbincangan bersama HRDF dan ILKBS telah diadakan sebagai sebahagian usaha untuk memperkasa ILKBS sebagai institusi latihan kemahiran awam yang aktif menyumbang bukan sahaja dalam melatih para belia pra-pekerjaan malah turut menyumbang dalam meningkatkan kemahiran warga industri negara. Pihak HRDF diwakili Encik Mohammad Hafez Bin Kamarudin. IKBN Bandar Penawar diwakili Tuan Pengarah, Encik Mohd Khailani Bin Ismail, Timbalan Pengarah (PL), Encik Mohd Sopian Bin Ibrahim dan pegawai.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah