Bandar Penawar, 17-18 Mei 2020 - Program Impak ILKBS@Komuniti IKBNBP 2020 ini bertujuan untuk menyumbang balik tenaga kepakaran atau kemahiran pengajar/pegawai dan pelajar ILKBS kepada masyarakat awam / setempat. IKBN Bandar Penawar telah menyediakan sebanyak 390 bungkus Nasi Ayam Bariani kepada Anak-anak Yatim, golongan Asnaf, kakitangan Klinik Kesihatan, kakitangan Balai Polis, kakitangan Balai Bomba, Pusat Kuarantin Covid -19, pekerja barisan hadapan, pelajar, alumni serta golongan setempat yang memerlukan. Terima kasih diucapkan kepada para kakitangan IKBN Bandar Penawar yang menjayakan program ini.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah