Bandar Penawar, 8 Ogos 2019 - Taklimat dan promosi berkaitan kursus-kursus yang dijalankan di IKBN Bandar Penawar bersama industri iaitu Sebana Cove Resort dan KOPETI. Perbincangan ini melibatkan program-program usahasama yang boleh dijalankan dan kerjasama dalam memasarkan pelatih-pelatih IKBN Bandar Penawar yang berkemahiran tinggi dalam bidang Hospitaliti, Perhotelan dan Minyak & Gas. IKBN Bandar Penawar komited dalam melahirkan belia yang berterampilan dan mampu berdaya saing di industri.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah