IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Jumaat, 08 January 2016 00:07

TAKLIMAT PENGENALAN NARKOTIK DAN KEMPEN BELIA BENCI DADAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Mohd Zaid Mohamed Awam

Foto oleh : Mohd Zaid Mohamed Awam

TAKLIMAT PENGENALAN NARKOTIK DAN KEMPEN BELIA BENCI DADAH

Bandar Penawar, 7 Januari 2016 - Satu program telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Bandar Penawar sempena Minggu Paradigma (MIPAR) Siri 1/2016 dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Kota Tinggi.


Program bermula dengan Taklimat Pengenalan Narkotik yang disampaikan oleh pegawai dari AADK. Beliau memberi pendedahan kepada pelajar baru IKBN Bandar Penawar tentang bahayanya dadah, jenis-jenis dadah, langkah pencegahan dan kempen belia benci dadah. Seramai 70 orang pelajar baru telah terlibat dalam program ini.


Selesai taklimat satu ujian saringan urin diadakan bagi memastikan semua pelajar IKBN Bandar Penawar bebas dadah. Seramai 30 orang pelajar baru dipilih secara rawak telah menjalani ujian saringan urin. Program yang bermula jam 10.30 pagi berakhir jam 12.30 tengah hari.

Read 1355 times Last modified on Khamis, 21 April 2016 18:00
 
Find us on Facebook
Follow Us