IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 10 January 2016 16:30

TAKLIMAT DAN MESYUARAT AGONG PERMULAAN KOPERASI IKBN BANDAR PENAWAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat

Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

TAKLIMAT DAN MESYUARAT AGONG PERMULAAN KOPERASI IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 10 Januari 2016 – Satu taklimat berkenaan koperasi dan mesyuarat agong permulaan Koperasi IKBN Bandar Penawar telah diadakan di Ballroom Hosptaliti IKBN Bandar Penawar. Taklimat disampaikan secara ringkas oleh Mohd Junaidi Bin Samsudeen, Penolong Pegawai Latihan yang berpengalaman dalam penubuhan Koperasi IKBN Miri dan dibantu oleh Datu Asrul Bin Datu Buishlan. Taklimat bermula jam 11.00 pagi diteruskan dengan mesyuarat agong dan berakhir jam 1.30 tengahari. Semua pegawai IKBN Bandar Penawar dan pelajar hopitaliti terlibat dalam program ini.


Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia. 3 orang pegawai dari IKBN Bandar Penawar iaitu Mohd Junaidi Bin Samsudeen, Md. Sahlan Bin Md. Shafiee dan Datu Asrul Bin Datu Buishlan telah dilantik sebagai Jawatankuasa Penaja oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar untuk merealisasikan penubuhan Koperasi IKBN Bandar Penawar. Kebenaran untuk menubuhkan koperasi telah diterima dari Kementerian Belia dan Sukan dan surat permohonan penubuhan telah dihantar ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Taklimat diadakan untuk menerangkan makna koperasi, bentuk koperasi, undang-undang kecil koperasi, tentang keahlian dan sebagainya.


Mesyuarat Agong Permulaan Koperasi IKBN Bandar Penawar dimulakan dengan perlantikan pengerusi mesyuarat. Mesyuarat diteruskan dengan persetujuan menubuhkan koperasi, permohonan didaftaran sebagai koperasi, penerimaan undang-undang kecil koperasi, pemilihan anggota lembaga, menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan koperasi, meluluskan elaun yang diberikan kepada anggota lembaga dan saraan yang dibayar kepada mana-mana anggota lembaga yang dilantik sebagai pengarah subsidiarinya, jika ada. Mesyuarat juga membincangkan berkenaan meluluskan pelantikan suatu panel yang tidak kurang dari dua orang Juruaudit, yang merupakan Juruaudit yang diluluskan oleh Suruhanjaya atau pegawai Suruhanjaya, untuk mengaudit akaun koperasi. Mesyuarat juga membincangkan berkenaan menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan yang dibiayai oleh kumpulan wang lebihan koperasi serta menentukan had maksimum keterhutangan koperasi.


Dengan adanyan usaha penubuhan koperasi IKBN Bandar Penawar diharap segala proses pendaftaran berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Kementerian Belia dan Sukan ada menandatangani memorandum dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi menjalankan bengkel dan kursus khasnya untuk golongan belia di seluruh negara agar dapat memanfaatkan penubuhan koperasi. Dengan tertubuhnya Koperasi IKBN Bandar Penawar diharap pelajar dan pegawai yang menjadi ahli mendapat manfaat dan dapat dibantu sewajarnya.

Read 1077 times Last modified on Khamis, 21 April 2016 18:23
 
Find us on Facebook
Follow Us