IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 17 March 2020 17:18

Mesyuarat Tindakan Khas Pencegahan Penularan Covid-19 IKBN Bandar Penawar

Written by
Rate this item
(0 votes)

Mesyuarat Tindakan Khas Pencegahan Penularan Covid-19 IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 17 Mac 2020 - Satu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Tuan Pengarah, Mohd Khailani Bin Ismail bagi memastikan penularan virus Covid-19 dapat dicegah daripada menular. Turut hadir Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan, Ketua Cawangan, Unit dan Bahagian. Mesyuarat ini membincangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil di ruang pejabat, kakitangan serta pelajar.

 

IKBN Bandar Penawar akan sentiasa memastikan penggunaan hand sanitizer, semakan suhu badan secara berkala dan pemakaian mask sekiranya diperlukan. Dimaklumkan juga cuti para pelajar dilanjutkan sehingga 31 Mac 2020 dan akan mula lapor diri pada 1 April 2020. Sebarang makluman akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa dan diharap para ibu bapa dan pelajar sentiasa berhubung dengan pihak IKBN Bandar Penawar melalui laman Facebook atau pejabat ataupun pengajar  untuk maklumat terkini. Semoga kita semua dapat menjaga diri sendiri dan melakukan pemeriksaan kesihatan jika perlu.

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 6630 times Last modified on Isnin, 15 June 2020 14:28