IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 03 October 2021 11:50

PROGRAM ILKBS CAREER FEST : ZON SELATAN TAHUN 2021

Written by
Rate this item
(0 votes)

PROGRAM ILKBS CAREER FEST : ZON SELATAN TAHUN 2021

Bandar Penawar, 23 September 2021 -  Tahniah kepada IKBN Bandar Penawar berjaya memperolehi pingat Perak (Silver) menerusi tiga inovasi yang dihasilkan iaitu Germakill Frame, Rose Mallow Jam dan External Clamping yang dimenangi oleh Peserta iDEA’21

IKTBN Pagoh telah dipilih sebagai hos untuk Program ILKBS Career Fest : Zon Selatan Tahun 2021 yang melibatkan empat (4) ILKBS Zon Selatan iaitu IKTBN Pagoh, IKTBN Chembong, IKTBN Alor Gajah dan IKBN Bandar Penawar.

 

Pelbagai aktiviti juga telah diatur secara maya antaranya ; Ceramah Kerjaya, Forum Bual Bicara Alumni, ‘Try A Skill’, Pameran Maya dan cabutan bertuah bagi memberi impak positif kepada semua pelajar ILKBS khususnya di Zon Selatan dan seluruh pelajar TVET amnya.

 

 Dua orang pelajar Jurusan Pengemasan (Housekeeping) iaitu Nur Ezzaty Binti Mohd Sani dan Nur Fitriah Binti Muhamad Tuah mewakili IKBN Bandar Penawar dalam slot “TRY A SKILL” dengan kemahiran Towel Folding. Selain itu juga, pengajar Jabatan Hospitaliti, Bahagian Pastri, Encik Mohamad Jamilul Iqram Bin Jamalussaid mewakili IKBN Bandar Penawar dalam slot “i-GShoppe ILKBS”.

 

Selain itu juga, Program ILKBS Career Fest : Zon Selatan ini akan dilaksanakan bersekali dengan Majlis Anugerah Pemenang Pertandingan iDEA 2021. iDEA’21 bertemakan “Innovation Technology Towards Sustainable Economy” yang telah dilaksanakan secara atas talian sepenuhnya mulai 1 Mei hingga 30 Jun 2021

 

Sebanyak 370 projek inovasi telah dipertandingkan mengikut bidang-bidang kemahiran yang telah ditetapkan dengan dua (2) Kategori utama iaitu Kategori ILKBS dan juga Kategori Terbuka. Penyertaan adalah daripada kalangan pelajar sekolah, Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS), Institusi Latihan Kemahiran Awam / Swasta (ILKA / ILKS) termasuk 22 buah ILKBS di seluruh negara.

 

 


 

Read 6395 times Last modified on Ahad, 03 October 2021 12:40