IKBN



BANDAR PENAWAR

 
IKBN Bandar Penawar

IKBN Bandar Penawar (405)

BANDAR PENAWAR, 15 September 2022 - Seramai 110 pelajar IKBNBP telah menyertai Program Terapi Minda yang diadakan di Pusat Sumber IKBN Bandar Penawar.

Bandar Penawar, 15 September 2022 - Satu majlis penyerahan bendera kontinjen Penawar Tigris telah diadakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar sempena Sukan ILKBS Tahun 2022 di IKTBN Bachok, Kelantan. Penyerahan telah dilaksana oleh Pengarah IKBNBP En. Saifuddin Bin Zakaria kepada Ketua Kontinjen Penawar Tigris, Pn Normala Binti Daman.

BANDAR PENAWAR, 21 – 30 OGOS 2022 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar dan Sekretariat Rakan Muda telah menganjurkan Program Minggu Kemerdekaan 2022 peringkat IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 27 Ogos 2022 - Kampus Bandar Raya Johor Bahru menjemput para Belia Negeri Johor untuk menyertai Kursus Asas Kendalian Dron secara PERCUMA bagi menambah kemahiran dalam memperkasakan TVET.

IKBN Bandar Penawar, 23 Ogos 2022 -  Pihak MTVET, Petronas dan INSTEP telah membuat lawatan ke IKBNBP sebagai salah satu langkah awalan dalam mengerakkan IKBNBP sebagai TCH bagi bidang minyak dan gas.

Bandar Penawar, 24 Ogos 2022 - Kampus Bandar Raya Johor telah mengadakan kursus Asas Kendalian Dron kepada komuniti Bandar Penawar sempena Program Outreach TVET.
Bandar Penawar, 24 Ogos 2022 - Kampus Bandar Raya Johor telah mengadakan kursus Asas Kendalian Dron kepada komuniti Bandar Penawar sempena Program Outreach TVET.
Permas Jaya, 10 Ogos 2022 - Tahniah diucapkan kepada para peserta Program Pengurusan Kafe (Barista) Siri 1 di Akademi Barista Richiamo Coffee, Kampus Bandar Raya Johor Bahru yang berlangsung selama 3 bulan.
Bandar Penawar, 15 Ogos 2022 - Sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar baharu IKBN Bandar Penawar berjalan dengan lancar dan disempurnakan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Saipuddin Bin Zakaria serta para pegawai IKBN Bandar Penawar.

DESARU, KOTA TINGGI, 31 JULAI 2022 – Berlabuh sudah tirai bagi program Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Perdana Camp 2022 Zon Selatan yang telah berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula pada 28 Julai 2022 sehingga 31 Julai 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) Desaru, Kota Tinggi. Program ini anjuran IKBN Bandar Penawar dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) Desaru, Kota Tinggi.

Objektif utama program ini adalah memantapkan nilai-nilai kepimpinan para MPP dalam mengurus tadbir organisasi dan pelajar. Program ini melibatkan penyertaan 65 orang MPP dari 4 buah ILKBS Zon Selatan iaitu IKTBN Chembong, IKTBN Alor Gajah, IKTBN Pagoh dan IKBN Bandar Penawar. Seramai 12 orang fasilitator dan urus setia telah dilantik bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan lancar. Program ini juga turut melibatkan penceramah jemputan bagi pengisian dan perkongsian dalam pelbagai topik yang menarik.


Pihak IKBN Bandar Penawar mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen yang jitu dalam program ini. Diharap dengan penyertaan kali ini dapat membuka satu platform kepada semua MPP ILKBSZon Selatan untuk pencambahan idea dan pendapat serta mampu melahirkan pemimpin yang hebat pada masa hadapan.

Program ini berakhir dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shahrul Affendi bin Baharudin, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan. Turut hadir ke majlis tersebut adalah En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Haji Khairul Anuar bin Haji Deni, Pengarah IKTBN Chembong Pn. Mahanum binti Fauzi, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia dan En. Shamsuddzukha bin Haji Hashim, Pengurus Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara, Desaru.

Halaman 1 dari 29