IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 29 October 2017 11:31

TAKLIMAT KETUA-KETUA KONTIJEN SUKAN ILKBS KE-31 TAHUN 2017 DI IKBN BANDAR PENAWAR

Written by
Rate this item
(0 votes)


TAKLIMAT KETUA-KETUA KONTIJEN SUKAN ILKBS KE-31 TAHUN 2017 DI IKBN BANDAR PENAWAR


Bandar Penawar, 29 Oktober 2017 – Sebelum bermulanya acara Sukan ILKBS kali ke-31 semua ketua-ketua kontijen dan wakil-wakil dari ILKBS dijemput hadir ke Bilik Mesyuarat IKBN Bandar Penawar bagi mendengar sedikit taklimat yang disampaikan oleh Encik Lim Chow Kiat selaku Ketua Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan. Manakala taklimat pengurus-pengurus pasukan diadakan di venue lain yang telah ditetapkan.


Acara yang dipertandingkan ialah acara Tenpin Bowling Lelaki, Tenpin Bowling Wanita, Tenpin Bowling Pegawai, Bandminton Berpasukan Campuran iaitu Perseorangan Lelaki, Regu Wanita dan Regu Lelaki, dan Futsal. Semua acara pertandingan Tenpin Bowling akan diadakan di Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI) manakala acara badminton akan diadakan di Dewan B Stadium Kejora dan Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar. Acara Futsal diadakan di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Penawar dan Padang Futsal IKBN Bandar Penawar.


Semua acara akan bermula pada 30 Oktober 2017 jam 8.30 pagi di venue yang telah ditetapkan. Manakala Pertandingan Separuh akhir dan akhir bagi acara Badminton dan Futsal akan berlangsung pada 31 Oktober 2017 jam 8.30 pagi. Semua peserta disediakan dengan penginapan di Asrama IKBN Bandar Penawar dan Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru (KRAMSAU). Sarapan pagi, makan tenghari, minum petang dan makan malam disediakan secara percuma. Diharap semua peserta dapat mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi demi menaikan martabat ILKBS dan sukan negara.

 

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 741 times Last modified on Isnin, 06 November 2017 14:41
 
Find us on Facebook
Follow Us