Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 06 February 2020 15:48

TAKLIMAT RINGKAS PENYERAHAN SURAT PENEMPATAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI BAGI SIRI 1 TAHUN 2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 05 FEBRUARI 2020 (RABU) – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Cawangan Hubungan Industri & Kerjasama StrategiK, Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan satu sessi taklimat ringkas bertempat di Dewan Dato Maharajalela IKBNSI kepada pelajar kelas Perekabentuk Multimedia Pengarangan sesi 1/2019 seramai 24 orang  yang akan menjalani latihan industri bermula pada 6 April hingga 30 Jun 2020.

Tujuan taklimat adalah bagi memberi penerangan dan panduan seharusnya pelajar ikuti bagi menentukan standard dan tempat untuk pelajar memilih dan belajar berusaha mencari sendiri tempat untuk mereka menjalani latihan industri di kawasan atau tempat tinggal pelajar masing-masing.

Pelajar perlu selesaikan sesi pencarian majikan dan jawapan setuju terima sehingga 2 Mac 2020 sebelum satu lagi sesi taklimat penuh pelajar ke latihan industri bersama Tuan Pengarah pada 26 Mac 2020.  Taklimat disampaikan oleh Puan Mahani Binti Hashim dan Puan Nordalilah Binti Yusoff.

Disediakan oleh

Mahani Binti Hashim

Cawangan Hubungan Industri & Kerjasama Strategik

 

 

Read 251 times
 
Find us on Facebook
Follow Us