Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 07 February 2020 15:40

MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT TAHUN BARU 2020 OLEH YANG BERHORMAT HOWARD LEE CHUAN HOW EXCO PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 06 FEBRUARI 2020 (KHAMIS) – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar di bawah Hal Ehwal Pelajar, Cawangan  Hubungan Industri & Kerjasama Stragtegik telah mengaturkan majlis Penyampaian Amanat Tahun Baru Oleh Yang Berhormat Howard Lee Chuan How Exco Pembangunan Belia Dan Sukan Negeri Perak pada 6 Februari 2020 yang dihadiri oleh lebih 300 pelajar dan tenaga pengajar IKBNSI serta ketua-ketua jabatan.

Antara isu menarik yang diketengahkan adalah graduan keluaran universiti yang memiliki ijazah hingga PHD masih belum mempunyai pekerjaan, Justeru itu pihak kerajaan pusat telah menyediakan peruntukan  sebanyak RM6.5 billion bagi membantu mewujudkan 350 ribu peluang pekerjaan dalam tempoh masa 5 tahun akan datang, yang melibatkan 3 golongan. Golongan Pertama : “Graduan Networking” lepasan IPT/IPTS perlu berusaha keluar sendiri cari pekerjaan yang menawarkan gaji RM2500 ke atas. Golongan Kedua “Women Networking’ pada wanita yang terpaksa berhenti kerja kerana masalah anak,namun berhasrat untuk kerja kembali. Golongan ketiga “ Entrepreneur syarikat tempatan yang merundum, berani membangunkan semula dengan wajib mengambil pekerja belia tempatan. Kaedah digunapakai oleh  kerajaan pusat pada 3 golongan tersebut adalah dengan insentif akan membayar caruman EPF majikan, caruman pencarum akan ditanggung dan ditambah lagi ke dalam akaun pekerja sebanyak RM280 setiap bulan. Inilah implikasi dari peruntukan RM6.5 billion tersebut bagi usaha membantu mengatasi masalah pengangguran kepada belia Malaysia .

Majlis ini memberi impak yang bagus kepada para pelajar, banyak amanat yang disampaikan oleh beliau, antaranya adalah keluaran pelajar TVET dan usaha pihak kerajaan dalam memasarkan pelajar ILKBS kepada industri dan majikan secara teratur dengan mengadakan lawatan ke indutri, temuduga terbuka di samping mempromosikan kemudahan latihan kepada industri untuk pembangunan pekerja syarikat melalui kursus jangka pendek. Kerjasama bersama pihak industri melalui memorandum persefahaman (MoU) telah memberi impak yang besar kepada ILKBS dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan ILKBS.

Beliau juga menekankan tentang seiring dengan perkembangan terkini sains dan teknologi seperti Revolusi Industri 4.0(IR4.0), robotic dan juga artificial intelligence, ILKBS menggalakkan dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovasi di kalangan pelajar dalam bidang penyelidikan. Selain daripada itu, dapat meningkat daya saing serta keyakinan diri pelajar dalam modal insan pada diri sendiri dalam menggandakan kecekapan spesifik dalam bidang diceburi pelajar perlu cepat menyesuaikan diri dengan situasi baru ini.

Sepanjang majlis berlangsung selama 1 hari ini melibatkan persembahan pelajar, tayangan video, sidang media swasta Perak Interactive Open Resouce TV (PiOR.TV). Yang menarik perhatian YB Horward adalah melihat sendiri pameran inovasi hasil kerja kreatif pelajar-pelajar mengikut jurusan masing-masing yang mendapat pengiktirafan dalam pertandingan yang disertai. Antara hasil pameran tersebut adalah dari JTEE, robot, KJTRM dan pameran CHIKS dengan program SLDN bersama KTM dan KJP promosi kursus “Marii Industry 4.0 Re-Skilling Programme” di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industry (MITI) bersama IKBNSIP secara percuma

Di samping itu, telah disampaikan juga anugerah bagi Penarafan Lima Bintang yang diterima oleh IKBN Seri Iskandar. Diharapkan majlis seperti ini dapat memberi impak dan membuka mata para belia agar bersedia dari segi kemahiran, mental fizikal dan rohani, mempersiapkan diri untuk merebut peluang  dalam memenuhi keperluan industri dan  bersaing secara sihat  dalam era yang semakin moden ini.

Disediakan oleh

Cik Ernie Zulkifli

 

Read 1191 times
 
Find us on Facebook
Follow Us