Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 20 July 2020 14:32

KURSUS STAR@U DANDANAN RAMBUT LELAKI

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN SERI ISKANDAR, 17 JULAI 2020 (JUMAAT) – Program Star@U bagi tahun 2020 dibuka tirai dengan pelaksanaan Kursus Dandanan Gaya Rambut Lelaki. Pada tahun ini, kursus ini diselia oleh Cawangan Hubungan Industri & Kerjasama Strategik dengan kerjasama Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti.


Kursus ini dilaksanakan selama tiga (3) hari bermula 15 Julai sehingga 17 Julai 2020 di Makmal Automasi dan Kuliah Umum, IKBN Seri Iskandar. Seramai 10 orang peserta telah terpilih untuk menyertai kursus ini. Mereka terdiri daripada belia yang berumur diantara 15 tahun hingga 30 tahun.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited untuk terus memperkasakan belia negara melalui Program Star@U atau Skill Training At Risk @ Youth yang mempunyai tiga (3) cabang utama program iaitu Reben KuningMy Future Youth dan MyFuture Youth Plus. Kursus ini memberi peluang kepada semua belia mendapatkan latihan kemahiran secara sambilan, Program Star@U merupakan program dibawah My Future Youth Plus yang menawarkan kemudahan latihan secara PERCUMA kepada semua belia tanpa sijil SPM untuk memperolehi sijil kemahiran dari Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) dan pusat latihan TVET. Peserta kursus akan layak menerima sijil penyertaan kursus modular dan seterusnya peserta program boleh meneruskan pengajian untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) menerusi Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Antara pengisian program adalah seperti mengenal peralatan gunting rambut, fungsi dan penjagaannya.Teknik-teknik dan kaedah asas menggunting rambut dan mencukur. Mengenal fesyen rambut masa kini. Kaedah pengajaran adalah secara teori dan praktikal dengan mengamalkan etika penjarakan sosial.

Program ini dirasmikan oleh Pengarah IKBN Seri Iskandar Tuan Md Isa Bin Ibrahim dengan ucapan perasmian penutup dan acara penyampaian sijil kepada penceramah serta peserta yang terlibat.

 

Disediakan oleh:

Cawangan Hubungan Industri &

Kerjasama Strategik IKBNSIP

 

Read 522 times