Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Seri Iskandar

IKBN Seri Iskandar (230)

SERI ISKANDAR, 16 JULAI 2020 - Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak. Dalam erti lain, kehidupan manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi ”kawan” yang akan menguruskan hal ehwal dan tugasan harian. Dengan menggunakan akronim Revolusi Industri 4.0 ini, segala urusan harian manusia akan dikongsi bersama robot yang dicipta khusus untuk mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia.


Walaupun teknologi-teknologi ini masih dalam peringkat pengujian di peringkat global, banyak aplikasi yang digunakan telah pun kita nikmati. Sebagai contoh, penggunaan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps yang menyediakan pemandu tentang maklumat laluan serta perjalanan adalah antara bibit-bibit awal kepada pengenalan dunia yang dipanggil Internet of Things (IoT).

Dengan ini, Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik Elektrik (JTKEE) telah mengadakan Kursus Penyenggaraan Pencahayaan Ke Arah IR 4.0 pada 16 Julai 2020 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat. Kursus ini merangkumi penerangan teori dan praktikal pemasangan komponen-kompenan peralatan projek ini disamping penggunaan aplikasi Google Assistant untuk kawal peralatan tersebut. Projek ini dipasang di Bilik Mesyuarat Utama sebagai model projek inovasi pelaksanaan penggunaan sistem IR 4.0.

Turut hadir dalam kursus ini, Tuan Pengarah Encik Md. Isa Bin Ibrahim bersama kakitangan IKBN Seri Iskandar. Pengajar adalah dari kalangan Jabatan itu sendiri iaitu Encik Raja Mudazam Syah Bin Raja Mohd Noor dibantu tenaga pengajar lain iaitu Encik Mohd Faize Bin Masstapar dan Encik Abu Yazid Bin Mustaffa.  

Objektif utama kursus ini adalah untuk pengenalan mengenai corak industri dan keperluan pekerjaan dalam era 4IR.

SERI ISKANDAR, 17 JULAI 2020 - Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar melakukan operasi sanitasi di institut ini pada 17 Julai 2020 jam 9.00 pagi bertempat di Astaka. Program ini melibatkan anggota bomba unit khas dan dibantu warga ikbn seri iskandar.


Fokus utama program sanitasi ini melibatkan kawasan bangunan terbabit meliputi bangunan, makmal, bengkel, cafe dan kemudahan terdapat di bangunan tersebut. Usaha sanitasi ini mengambil masa satu hari untuk disiapkan sepenuhnya

Dalam operasi itu, petugas terlibat menggunakan kaedah semburan cecair pembasmi kuman iaitu clorox dan campuran air dengan sukatan 1:10. Ia dilakukan secara manual menggunakan tong penyembur racun dan penyembur tangan.

Operasi ini turut disertai Tuan Pengarah, Encik Md. Isa Bin Ibrahim bersama Kakitangan, Syarikat Pembersihan dan Keselamatan. Dalam menjayakan program ini, semua terlibat diberi tunjuk ajar kaedah penyemburan sanitasi betul dengan kadar campuran bahan digunakan oleh anggota bomba tersebut.


Semoga program ini dapat memberi keyakinan kepada semua warga IKBN Seri Iskandar termasuk pelajar dan ibu bapa bahawa pihak institut sentiasa memastikan kawasan berada dalam keadaan selamat.

SERI ISKANDAR, 23 JULAI 2020 (KHAMIS) – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Cawangan Hubungan Industri & Kerjasama StrategiK, Hal Ehwal Pelajar telah mengatur satu temuduga Syarikat Naluri Rasa Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat bumiputra beribu pejabat di Lembah Kelang yang mempunyai kepakaran dalam bidang kerja-kerja wiring 1 fasa dan 3 fasa/construction/supplier /logistics dan sedang menjalankan projek mega bersama TNB Berhad.


Seramai 10 orang calon luar dari seluruh daerah negeri Perak dan 14 orang Pelajar Elektrik 2/2018 (PW2 semester 4) IKBNSIP hadir ke temuduga tersebut.

Perjumpaan mesra tuan pengarah En Md Isa Bin Ibrahim sebelum temuduga bersama Pengarah Urusan En Mohd Khairul Idlan Bin Dato Mohd Noor dan Ir Haji Hamdan Bin Mohamed Head of Execution & Supply Chain bersama di bilik CHIKS IKBNSIP. Temuduga berlangsung dengan jayanya dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.

 

Disediakan oleh

Mahani Binti Hashim

Cawangan Hubungan Industri & Kerjasama Strategik

IKBN SERI ISKANDAR, 17 JULAI 2020 (JUMAAT) – Program Star@U bagi tahun 2020 dibuka tirai dengan pelaksanaan Kursus Dandanan Gaya Rambut Lelaki. Pada tahun ini, kursus ini diselia oleh Cawangan Hubungan Industri & Kerjasama Strategik dengan kerjasama Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti.


Kursus ini dilaksanakan selama tiga (3) hari bermula 15 Julai sehingga 17 Julai 2020 di Makmal Automasi dan Kuliah Umum, IKBN Seri Iskandar. Seramai 10 orang peserta telah terpilih untuk menyertai kursus ini. Mereka terdiri daripada belia yang berumur diantara 15 tahun hingga 30 tahun.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited untuk terus memperkasakan belia negara melalui Program Star@U atau Skill Training At Risk @ Youth yang mempunyai tiga (3) cabang utama program iaitu Reben KuningMy Future Youth dan MyFuture Youth Plus. Kursus ini memberi peluang kepada semua belia mendapatkan latihan kemahiran secara sambilan, Program Star@U merupakan program dibawah My Future Youth Plus yang menawarkan kemudahan latihan secara PERCUMA kepada semua belia tanpa sijil SPM untuk memperolehi sijil kemahiran dari Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) dan pusat latihan TVET. Peserta kursus akan layak menerima sijil penyertaan kursus modular dan seterusnya peserta program boleh meneruskan pengajian untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) menerusi Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Antara pengisian program adalah seperti mengenal peralatan gunting rambut, fungsi dan penjagaannya.Teknik-teknik dan kaedah asas menggunting rambut dan mencukur. Mengenal fesyen rambut masa kini. Kaedah pengajaran adalah secara teori dan praktikal dengan mengamalkan etika penjarakan sosial.

Program ini dirasmikan oleh Pengarah IKBN Seri Iskandar Tuan Md Isa Bin Ibrahim dengan ucapan perasmian penutup dan acara penyampaian sijil kepada penceramah serta peserta yang terlibat.

 

Disediakan oleh:

Cawangan Hubungan Industri &

Kerjasama Strategik IKBNSIP

 

SERI ISKANDAR, 9 JULAI 2020 – Jawatankuasa Portal dan Promosi IKBNSIP merasakan satu keperluan bagi memberikan pendedahan teknik penulisan berita dan seni fotografi kepada semua ahli Jawatankuasa tersebut bagi menyalurkan maklumat program jabatan dan info terkini kepada masyarakat dan pengguna khususnya kepada belia di laman media sosial.


Seramai 20 Ahli Jawatankuasa Portal dan Promosi IKBNSIP menyertai Kursus Penulisan Berita dan Rencana Melalui Media Sosial yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Portal dan Promosi IKBNSIP bertempat di Makmal Komputer Jabatan Pengajian Umum (JPU) baru-baru ini.

Media sosial adalah salah satu platform yang digunakan terus secara atas talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta kandungan meliputi blog, rangkaian sosial, dan forum kepada masyarakat di seluruh dunia.

Menurut Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Encik Amir - Kharul bin Daud, kursus ini sangat signifikan memandangkan penyebaran maklumat di media sosial yang begitu pantas dicapai oleh semua pengguna yang mempunyai akaun seperti facebook dan instagram.

“Dengan penganjuran kursus seperti ini setiap ahli Jawatankuasa dapat diberi panduan dan teknik berkaitan penulisan ringkas di media sosial, dan teknik mengambil gambar menggunakan telefon pintar. Saya berharap dengan pendedahan ini setiap ahli Jawatankuasa akan menggunakan peluang yang ada untuk menyalurkan perkembangan aktiviti yang dijalankan untuk penyiaran berita IKBNSIP melalui media massa dan elektronik untuk dikongsikan kepada  komuniti di luar sana”, jelas Encik Amir-Kharul.

Kursus yang berlangsung selama dua hari ini iaitu 8 hingga 9 Julai 2020 telah disampaikan oleh penceramah Encik Mohd Nabil Majdi bin Arip dan Encik Muhammad Suhail bin Ahmad.

SERI ISKANDAR,  30 JUN 2020  – Kursus telah diadakan di Makmal Komputer pada 29-30 Jun 2020. Kursus ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan dengan lebih terperinci kepada ahli jawatankuasa Audit Dalaman EKSA IKBN Seri Iskandar supaya dapat menjalankan tugas audit dengan cara dan etika yang betul. Penceramah adalah Cik Yeow Ying Ying merupakan Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Audit Dalaman EKSA IKBN Seri Iskandar yang mempunyai pengalaman dan kemahiran yang tinggi dalam pengauditan ini.


Seramai 20 orang juruaudit dalaman EKSA IKBN Seri Iskandar yang terlibat dalam kursus tersebut. Topik ini melibatkan kriteria-kriteria audit EKSA mengikut kehendak dari MAMPU. Para peserta kursus di bawa setiap zon dan tempat bagi melihat dan praktikal tatacara pengauditan dijalankan.

Pada hari kedua, para peserta dibawa ke bilik mesyuarat untuk pembentangan dan perbincangan setiap penemuan yang ada. Seterusnya majlis penutuapan kursus diadakan. Semoga kursus yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan dan dipraktikan semasa menjalankan pengauditan mengikut kehendak EKSA MAMPU

SERI ISKANDAR,  26 JUN 2020  – Kursus Sistem E-Kampus telah diadakan di Makmal Komputer pada 25-26 Jun 2020. Kursus ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan pelaksanaan sistem e-kampus kepada pemilik modul baru dan sedia ada agar sistem e-kampus dapat berjalan lancar di samping juga menangani sebarang isu yang timbul semasa menggunakan sistem ini.


Penceramah adalah Pn. Hjh. Adaniah Bt Muhamad Radzai merupakan Pengajar Sistem E-kampus IKBN Seri Iskandar dan dibantu oleh pemilik-pemilik modul. Seramai 26 orang yang terlibat dalam kursus tersebut merangkumi semua pemilik modul.

Semoga kursus yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan kepada semua pemilik modul agar sistem e-kampus berjalan lancar

SERI ISKANDAR, 18 JUN 2020 - Majlis Perpisahan Pegawai dari Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan IKBN Seri Iskandar telah diadakan pada 18 Jun 2020 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat. Majlis dihadiri oleh Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama Encik Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Dan Puan Siti Hajar Binti Sulaiman, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta para pegawai dan kakitangan memenuhi ruang bilik mesyuarat.


Majlis ini diadakan bagi meraikan Puan Sharimah Bin Ahmad, Penolong Pegawai Tadbir, Gred – N32 diatas pertukarannya ke Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, Perak yang berkuatkuasa pada 22 Jun 2020.

Dalam menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberi oleh beliau yang pernah berkhidmat selama 2 tahun di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan sebelum ini, urusetia majlis telah menyediakan cenderahati sebagai tanda penghargaan.

Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau yang akan bertugas di tempat baru.

SERI ISKANDAR, 17 JUN 2020  - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.


Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 17 Jun 2020 jam 08.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Aktiviti gotong-royong ini hanya tertumpu kepada pelaksanaan mengecat batu bahu jalan di bahagian pintu masuk utama hingga kawasan Dewan Dato Maharajalela.

Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.

Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim.

SERI ISKANDAR,  10 JUN 2020  – EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).Ia diterajui oleh pihak MAMPU ( Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia) dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam serta bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat. Selain itu juga ianya melahirkan idea dan kreativiti dan inovasi.


Sehubungan dengan itu, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar mengambil aniasitif dengan membuat penjenamaan semula EKSA di organisasi ini untuk membolehkan ianya dapat meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan, Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan amalan hijau, memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan.

Gimik pelancaran pelaksanaan EKSA baru telah dilancarkan pada 10 Jun 2020 dengan penonjolan imej baru EKSA menandakan pelaksanaan amalan EKSA berkongsep baru bermula. Diharapkan seluruh warga IKBN Seri Iskandar meneruskan pengamalan ini agar organisasi akan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, persekitaran yang selamat, bersih dan memenuhi kepuasan pelanggan.

Halaman 1 dari 17
 
Find us on Facebook
Follow Us