Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Seri Iskandar

IKBN Seri Iskandar (237)

SERI ISKANDAR, 18 JUN 2020 - Majlis Perpisahan Pegawai dari Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan IKBN Seri Iskandar telah diadakan pada 18 Jun 2020 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat. Majlis dihadiri oleh Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama Encik Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Dan Puan Siti Hajar Binti Sulaiman, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta para pegawai dan kakitangan memenuhi ruang bilik mesyuarat.


Majlis ini diadakan bagi meraikan Puan Sharimah Bin Ahmad, Penolong Pegawai Tadbir, Gred – N32 diatas pertukarannya ke Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, Perak yang berkuatkuasa pada 22 Jun 2020.

Dalam menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberi oleh beliau yang pernah berkhidmat selama 2 tahun di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan sebelum ini, urusetia majlis telah menyediakan cenderahati sebagai tanda penghargaan.

Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau yang akan bertugas di tempat baru.

SERI ISKANDAR, 17 JUN 2020  - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.


Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 17 Jun 2020 jam 08.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Aktiviti gotong-royong ini hanya tertumpu kepada pelaksanaan mengecat batu bahu jalan di bahagian pintu masuk utama hingga kawasan Dewan Dato Maharajalela.

Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.

Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim.

SERI ISKANDAR,  10 JUN 2020  – EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).Ia diterajui oleh pihak MAMPU ( Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia) dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam serta bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat. Selain itu juga ianya melahirkan idea dan kreativiti dan inovasi.


Sehubungan dengan itu, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar mengambil aniasitif dengan membuat penjenamaan semula EKSA di organisasi ini untuk membolehkan ianya dapat meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan, Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan amalan hijau, memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan.

Gimik pelancaran pelaksanaan EKSA baru telah dilancarkan pada 10 Jun 2020 dengan penonjolan imej baru EKSA menandakan pelaksanaan amalan EKSA berkongsep baru bermula. Diharapkan seluruh warga IKBN Seri Iskandar meneruskan pengamalan ini agar organisasi akan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, persekitaran yang selamat, bersih dan memenuhi kepuasan pelanggan.

SERI ISKANDAR, PERAK, 16 MAC 2020  – Barisan panel Penilaian Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) 2020 yang diketuai oleh Tn Hj Zahari Bin Jusoh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, ILP Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan Penilaian AIT 2020 hari ini ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar Perak.

SERI ISKANDAR, 12 MAC 2020 – Isu persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerja merupakan perkara terpenting di dalam sesebuah organisasi samada di dalam sektor kerajaan atau swasta. Menyedari kepentingan itu, Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran IKBN Seri Iskandar telah bertanggungjawab untuk mengadakan Latihan Keselamatan Kebakaran Pengungsian Bangunan pada 11 Mac 2020 dan ini merupakan latihan yang tahunan.

SERI ISKANDAR, 3 MAC 2020 – Audit Pengawasan ISO 9001:2015 bagi tahun ke-2 di IKBN Seri Iskandar, Perak telah dilaksanakan selama 2 hari iaitu pada 2 hingga 3 Mac 2020. Encik Muhammad Fadhlullah bin Rahmat merupakan Juruaudit yang telah dilantik oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. untuk melaksanakan keseluruhan proses penilaian terhadap pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 di IKBN Seri Iskandar, Perak pada tahun yang ke 2 ini.

SERI ISKANDAR, 28 FEBRUARI 2020 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI)  telah mengadakan Program Ceramah Agama pada 28 Februari 2020 Jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Program ini telah dihadiri oleh Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama kakitangan dan pelajar sambil membaca surah Yassin dan tahlil bagi mukadimah majlis.


 

Program ceramah ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan oleh Unit Sahsiah Dan Kerohanian, Cawangan Pengurusan Pelajar.

Objektif program ialah untuk memupuk budaya mencari ilmu agama di kalangan pegawai dan kakitangan serta para pelajar menerusi aktiviti ceramah, memantapkan keberkesanan aktiviti dakwah kepada pegawai dan kakitangan awam, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai Islam dan integriti dalam perkhidmatan awam melalui ceramah agama Islam dan melaksanakan usaha penerapan nilai-nilai Islam agar terus ditingkatkan dengan licin, teratur dan sempurna.

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Nurul Kamal Bin Zulkarnain yang merupakan pendakwah bebas. Tajuk ceramah yang disampaikan adalah berkaitan “Akhlak Pemangkin Jati Diri Muslim”. 

SERI ISKANDAR, 19 Februari 2020 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) telah mengadakan pilihanraya bagi urusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2020/2021. Pilihanraya ini telah diadakan pada 19 Februari 2021 pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela.


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan MPP Sesi 2020/2021, proses pemilihan MPP telah dijalankan mengikut penyelarasan yang telah dibuat oleh pihak pentadbiran.

Beliau berkata proses pengundian yang diadakan bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari telah berjalan lancar tanpa ada apa-apa perkara yang tidak diingini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal-Ehwal Pelajar, Puan Siti Hajar Bt. Sulaiman berkata, proses pengundian berjalan lancar walaupun tahun ini merupakan tahun pertama diuruskan sepenuhnya oleh pelajar.

“Saya berharap dan saya mahu melihat saudara dan saudari yang terpilih ini menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menyampaikan suara dan pandangan pelajar kepada pihak pengurusan.

“Jalankanlah tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab,”

SERI ISKANDAR, 27 FEBRUARI 2020 (SELASA) - Perhimpunan Bulanan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar bagi bulan Februari 2020 telah diadakan pada 27 Februari 2020 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela anjuran oleh Jabatan Pengajian Umum (JPU), Cawangan Penyelerasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) dan Cawangan Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (CHIKS).


Majlis dimulakan dengan persembahan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak dan disusuli dengan bacaan doa. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian ucapan oleh pihak penganjur, En Kishore Kumar A/L Ayyawoo selaku ketua Jabatan Pengajian Umum. Beliau mengkongsikan teknik-teknik mengucapkan salam kepada orang lain dan berharap warga IKBNSI boleh mengamalkan budaya salam mesra.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian amanat oleh En. Md. Isa Bin Ibrahim, Ketua Pengarah IKBN Seri Iskandar di mana beliau menekankan kepentingan penggunaan masa dan peluang dengan bijaksana.  

Satu gimik perasmian Program Amalan Membaca Peringkat IKBNSI yang bertema “We Read, We Learn” telah dijalankan oleh Ketua Pengarah, En Md Isa Bin Ibrahim diiringi Timbalan Hal Ehwal Pelajar, Pn. Siti Hajar Binti Sulaiman dan Ketua Jabatan Pengajian Umum, En Kishore Kumar A/L Ayyawoo.

Pada majlis tersebut juga, Anugerah Pekerja Cemerlang bagi bulan Januari 2020 telah dianugerahkan kepada Pn Norhazalinan Binti Noraini dan En Faize Bin Masstapar. Penyampaian hadiah untuk program-program sukan telah dijalankan. Di samping itu, satu pertandingan KAHOOT telah dijalankan sempena kempen membaca bulan ini.

Seterusnya, pihak penganjur menjemput En Arshad Ahmad dari Cuepacs Living Care untuk memberikan taklimat tentang Cuepacs. Slot yang terakhir perhimpunan ialah taklimat ISO yang diberikan oleh Pn. Siti Hajar Binti Sulaiman.

SERI MANJUNG, PERAK, 23 FEBRUARI 2020 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar Perak telah menyertai Peringkat Saringan Pertandingan Pitching Agrofest 2020 “PERAK SADC AGROPRENEUR PITCH” yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Bahagian Pembangunan Usahawan) pada 23 Februari 2020 bertempat di Arena Square, Taman Samudera  Seri Manjung, Perak.


IKBN Seri Iskandar Perak telah menghantar tiga (3) projek untuk dipertandingkan iaitu Rechargeable Grass Cutter (RGC), Solartent dan Multipurpose Safety Helmet. Projek inovasi yang pertama, Rechargeable Grass Cutter (RGC) telah diwakili oleh pelajar-pelajar daripada jurusan Elektronik Industri iaitu Khairin bin Azman dan Muhammad Redzuan bin Abdul Wahab. Manakala projek inovasi Solartent pula dibentangkan oleh pelajar-pelajar jurusan Rangkaian Komputer dan diwakili oleh Nazrul Naim bin Khairuddin, Mohammad Azim bin Yasin dan Muhammad Yusuf bin Mohammad Lazim.  Projek inovasi ketiga iaitu Multipurpose Safety Helmet diwakili oleh seorang pengajar jurusan Pendawaian Elektrik 1 Fasa, PW2 Mohd Faize bin Masstapar bersama pelajar-pelajar beliau iaitu Muhammad Nabil Faiq bin Azman, Mohammad Asyrul Asymawi bin Mahidin dan Mohamad Akmal Haziq bin Azri.

Sebanyak 12 projek telah dibentangkan oleh peserta-peserta pertandingan yang terdiri daripada orang perseorangan dan juga daripada wakil-wakil syarikat serta institut. Walaubagaimanapun ketiga-tiga projek inovasi IKBN Seri Iskandar yang dipertandingkan hanya menerima sijil penyertaan.

Halaman 2 dari 17