Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Seri Iskandar

IKBN Seri Iskandar (237)

SERI ISKANDAR, 3 SEPTEMBER 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah mengadakan Pertandingan Festival Penghayatan Islam IKBN Seri Iskandar Tahun 2019 pada 3 September 2019 Jam 08.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Program ini adalah di bawah anjuran Unit Pengurusan Pelajar (CPP) yang diketuai oleh Pn. Nur Hazalina Binti Noraini.

SERI ISKANDAR, 30 OGOS 2019 -   Pengarah IKBN Seri Iskandar, Encik Md, Isa Bin Ibrahim hadir sama menyertai Sambutan Hari Kebangsaan 2019 peringkat IKBN Seri Iskandar pada 30 Ogos 2019 jam 10.00 pagi di Dewan Dato Maharajalela. Sambutan ini adalah anjuran dari Jabatan Pengajian Umum (JPU) yang diketuai oleh Encik Kishore Kumar a/l Ayyawoo.

SERI ISKANDAR, 30 OGOS 2019 -   Biarpun sibuk dengan tugas harian, namun ia bukan halangan warga IKBN Seri Iskandar untuk turut sama menyemarakkan semangat kemerdekaan. Ia dizahirkan melalui pembabitan Kelab Sukan Dan Kebajikan (KESKEB) Kakitangan IKBN Seri Iskandar dan pelajar dalam konvoi berjalan dengan “Langkah Patriotik” bersempena Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang.

SERI ISKANDAR, 27 OGOS 2019 -   Julung kali diadakan, Program Senamrobik sempena Hari Kokurikulum Pelajar yang melibatkan 280 orang pelajar bersama staf dan pengajar terlibat sama menjayakan program tersebut yang diadakan pada 27 Ogos 2019 jam 4.00 petang di Dewan Dato Maharajalela. Program ini adalah anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan (KESKEB) IKBN Seri Iskandar.

SERI ISKANDAR, 13 OGOS 2019 - Program yang julung kalinya diadakan ini merupakan gabungan inisiatif Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan (KESKEB) IKBN Seri Iskandar. Acara bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kerjasama seluruh warga IKBN Seri Iskandar termasuk Syarikat Keselamaran Dan Pembersihan. Dalam majlis ini, seekor lembu telah disembelih dan suku bahagian daging dan tulang dimasak sebagai hidangan jamuan manakala selebihnya diagihkan pada majlis tersebut.

SERI ISKANDAR, 12 OGOS 2019 – Institut kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) menerusi Jabatan Teknologi Rangkaian Multimedia (JTRM) di bawah PPK dan Reskilling Tenaga Pengajar TVET 2019 telah melaksanakan Kursus Adobe Illustrator pada 5 – 9 Ogos 2019 jam 9.00 pagi bertempat di Makmal Server.

Isnin, 12 August 2019 16:55

KURSUS PEMBINAAN APLIKASI ANDROID

Written by

SERI ISKANDAR, 12 OGOS 2019 – Institut kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) menerusi Jabatan Teknologi Rangkaian Multimedia (JTRM) di bawah PPK dan Reskilling Tenaga Pengajar TVET 2019 telah melaksanakan Kursus Pembangunan Aplikasi  Android pada 5 – 7 Ogos 2019 jam 9.00 pagi bertempat di Makmal Fiber Optik.

Khamis, 01 August 2019 16:52

KURSUS ASAS ADOBE AFTER EFFECT

Written by

SERI ISKANDAR, 1 OGOS 2019 - Kursus bersama semua staf Jabatan Teknologi Rangkaian Multimedia (JTRM) IKBN Seri Iskandar dengan mempelajari bagaimana menggunakan Adobe After Effect. Kursus ini telah diadakan selama dua hari mulai 31-Julai 2019 hingga 2 Ogos 2019 bertempat di Makmal Server. Pengajar jemputan yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi Encik Mohd Adli Bin Abdul Rahman dari Syarikat Empirenet Venture. Seramai ini disertai seramai 7 orang peserta termasuk dari agensi kerajaan yang lain.

SERI ISKANDAR, 26 JULAI 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah mengadakan Sesi Taklimat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 26 Julai 2019 jam 0900 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Program ini dihadiri semua pelajar dan staf bagi mendengar taklimat tersebut

SERI ISKANDAR, 17 JULAI 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah mengadakan Minggu Keselamatan Dan kesihatan Pekerja pada 15-17 Julai 2019 bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Program ini telah berlangsung selama tiga(3) hari yang dipenuhi pelbagai aktiviti seperti Ceramah dari Polis Diraja Malaysia Perak Tengah, Bomba Dan Penyelamat Seri Iskandar, Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan disusuli dengan demonstrasi kebakaran oleh Pasukan Bomba Dan Penyelamat Seri Iskandar dan Asas Pertolongan Cemas oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Seri Iskandar.

Halaman 5 dari 17