IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 30 July 2017 11:56

TAKLIMAT TRANSFORMASI NASIONAL 2050

Written by
Rate this item
(0 votes)

TAKLIMAT TRANSFORMASI NASIONAL 2050

Disediakan Oleh : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad

BANDAR PENAWAR, 30 JULAI 2017 – Selaras dengan pelancaran Transformasi Nasional 2050 atau dikenali sebagai TN50 pada 19 Januari 2017 yang lalu, satu program Taklimat Transformasi Nasional 2050 telah diadakan bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar. Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Haji Mohd Saleh bin Haji Ghazali telah menyampaikan taklimat tersebut yang menfokuskan kepada seluruh warga IKBN Bandar Penawar secara amnya dan para pelajar IKBN Bandar Penawar secara khususnya.

 

Program yang diadakan di Pusat Sumber IKBN Bandar Penawar ini bertujuan untuk memberi penerangan secara lebih jelas kepada belia mengenai hasrat dan matlamat kerajaan dalam melaksanakan TN 50. Pada masa yang sama, taklimat ini juga menjadi medium atau saluran kepada pihak IKBN Bandar Penawar untuk mengumpulkan aspirasi dan pandangan dari para pelajar untuk dijadikan sebagai hala tuju negara menjelang tahun 2050.

 

Selepas sesi taklimat, terdapat beberapa soalan bernas daripada para peserta yang telah dibincangkan bersama Tuan Pengarah dalam memberi gambaran jelas mengenai matlamat sebenar TN 50 ini. Semoga pelbagai idea dan aspirasi bernas yang dikumpulkan mampu mencorakkan hala tuju pembangunan negara pada tahun 2050 nanti.

Read 941 times Last modified on Selasa, 22 August 2017 12:04
 
Find us on Facebook
Follow Us