Bandar Penawar, 1 March 2021 -Pelajar baharu pengambilan Julai 2020 telah mendaftar masuk masuk pada hari ini setelah tertangguh akibat daripada penularan virus Covid-19. Proses pendaftaran pelajar pada kali ini dilaksanakan dengani mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan.Taklimat ibu bapa telah dilaksanakan secara video conference sebelum ini bagi memberi sedikit panduan dan maklumat berkenaan pendaftaran. Manakala pelajar-pelajar telah mengikuti pembelajaran teori secara atas talian selama 7 bulan bermula bulan Julai 2020.
Semua proses berjalan lancar pada hari ini. Terima kasih kepada semua waris pelajar yang memberi kerjasama sepenuhnya serta mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan oleh pihak IKBN.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah