Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

Kerjaya Sektor

Teknologi Awam

Kursus Awam menyediakan pelajar untuk kerjaya di dalam industri kejuruteraan awam.

 

Kursus yang ditawarkan Kod IKBN Senarai IKBN
  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AWAM?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar untuk melatih pelajar mengendali kren menara yang merangkumi keselamatan am, teknik mengikat beban, mengangkat peralatan dan beban, Pemeriksaan Pra dan Pasca Pengendalian. Selain daripada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), pelajar juga akan memperolehi sijil dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang diiktiraf di seluruh Malaysia. Pelajar juga akan memperolehi 'kad hijau' dengan menghadiri kursus anjuran pihak CIDB.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketerampilan berpeluang memegang jawatan seperti pemandu kren menara berlesen di tapak pembinaan yang memerlukan kepakaran seperti bangunan tinggi, empangan, industri berat, pelantar minyak serta di pelabuhan di serata dunia.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AWAM?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam bidang ketukangan binaan bangunan yang merangkumi keselamatan am, penyenggaraan alat tangan, penggunaan mesin serta dapat membaca dan mentafsir pelan binaan dengan baik. Pelajar juga didedahkan dengan kerja-kerja pembinaan asas seperti teknik bancuhan, pemadatan, membengkok dan mengikat besi tetulang, teknik pelepaan, pemasangan jubin, penerapan bata, pembinaan dan pemasangan kotak acuan (formwork).


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar lulusan program ini akan berpeluang mendapat pekerjaan sebagai Jurubina bangunan, Kontraktor binaan dan Usahawan dalam bidang berkenaan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AWAM?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah penghasilan lukisan persembahan senibina. Mereka akan dilatih menggunakan kaedah konvensional dan perisian komputer (CAD) yang merangkumi lukisan butiran (detail drawing), lukisan berskala, lukisan kerja (work drawing) yang melibatkan rumah kediaman satu dan dua tingkat mengikut kehendak-kehendak Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam. Pelajar juga akan memperolehi 'kad hijau' dengan menghadiri kursus anjuran pihak CIDB.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar lulusan program ini akan berpeluang mendapat pekerjaan sebagai Pelukis Pelan dan Usahawan dalam bidang berkenaan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AWAM?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar di dalam bidang pembinaan landskap yang melibatkan teknik penanaman, pembiakan, penjagaan tanaman hiasan, pembuatan perabot taman, pembuatan landskap kejur seperti pembinaan wakaf, kerusi taman, dan simenfero, pemasangan sistem pengairan, penyelenggaraan landskap dan memahami pelan serta teknik penghasilan pelan/ lukisan landskap menggunakan perisian komputer. Pelajar juga akan memperolehi ‘kad hijau’ dengan menghadiri kursus anjuran pihak CIDB.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketerampilan berpeluang memegang jawatan seperti pembantu landskap, juruteknik senggaraan landskap dan pembantu nurseri di sektor seperti tapak semaian (nurseri), kontraktor landskap, pembekal landskap, perunding landskap dan usshawan dalam bidang berkenaan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AWAM?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam pembinaan perancah jenis tubular (paip) merangkumi rekabentuk dan teknik-teknik pemasangan perancah mengikut kesesuaian kawasan tapak bina. Selain daripada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), pelajar juga akan memperolehi sijil dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang diiktiraf di seluruh Malaysia. Pelajar juga akan memperolehi 'kad hijau' dengan menghadiri kursus anjuran pihak CIDB.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketerampilan berpeluang memegang jawatan seperti pemasang perancah, koordinator atau pemeriksa pemasangan perancah berlesen di tapak pembinaan yang memerlukan kepakaran seperti pembinaan jambatan, empangan, bangunan pencakar langit, pelantar minyak dan di pelabuhan di serata dunia.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AWAM?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam kemahiran yang melibatkan kerja-kerja membentuk, memasang, menyelenggara sistem pemasangan paip, mengesan, menguji dan membaiki kebocoran paip-paip. Pelajar juga didedahkan dengan keselamatan am, penggunaan alatan tangan dan mesin serta dapat membaca dan mentafsir pelan paip dengan baik. Pelajar juga akan memperolehi 'kad hijau' dengan menghadiri kursus anjuran pihak CIDB.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar lulusan program ini juga berpeluang mendapat pekerjaan sebagai Tukang paip, Juruteknik perpaipan dan usahawan dalam bidang berkenaan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AWAM?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kerja-kerja dan proses penyelenggaraan perkhidmatan bangunan. Program ini memberi pengetahuan yang komprehensif tentang perkhidmatan bangunan yang terdapat dalam bangunan seperti sistem pencahayaan, sistem perpaipan, sistem pencegahan kebakaran, sistem pembuangan sisa, sistem pengudaraan dan penghawa dingin, sistem elektrik, lif dan eskalator. Pelajar juga akan memperolehi 'kad hijau' dengan menghadiri kursus anjuran pihak CIDB.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar lulusan program ini juga berpeluang mendapat pekerjaan sebagai pembantu juruteknik bangunan dan penyelenggara bangunan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AWAM?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam pembinaan perancah jenis tubular (paip) merangkumi rekabentuk dan teknik-teknik pemasangan perancah mengikut kesesuaian kawasan tapak bina. Pelajar juga akan dilatih menjadi penyelia projek dengan menyelia kerja-kerja pemasangan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Selain daripada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), pelajar juga akan memperolehi sijil dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang diiktiraf di seluruh Malaysia. Pelajar juga akan memperolehi 'kad hijau' dengan menghadiri kursus anjuran pihak CIDB.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketerampilan berpeluang menjadi penyelia atau pemeriksa pemasangan perancah berlesen di tapak pembinaan yang memerlukan kepakaran seperti pembinaan jambatan, empangan, bangunan pencakar langit, pelantar minyak dan di pelabuhan di serata dunia.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AWAM?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah penghasilan lukisan persembahan senibina. Mereka akan dilatih menggunakan kaedah konvensional dan perisian komputer (CAD) yang merangkumi lukisan butiran (detail drawing), lukisan berskala, lukisan kerja (work drawing) yang melibatkan bangunan satu, dua dan berbilang tingkat mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam. Penggunaan perisian komputer juga dipraktikkan dalam penghasilan lukisan senibina 3 dimensi, persembahan bercetak, persembahan slaid dan kaedah penghasilan model senibina.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar lulusan program ini akan berpeluang berkerja sebagai Pelukis Kanan Pelan Senibina, Pereka dalaman dan Usahawan dalam bidang berkenaan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AWAM?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam bidang ketukangan binaan bangunan yang merangkumi keselamatan am, penyenggaraan alat tangan, penggunaan mesin serta dapat membaca dan menginterpretasi pelan binaan dengan baik. Pelajar juga didedahkan dengan kerja-kerja pembinaan yang asas seperti teknik bancuhan, pemadatan, membengkok dan mengikat besi tetulang, teknik pelepaan, pemasangan jubin, penerapan bata dan pembinaan dan pemasangan kotak acuan (formwork). Program ini juga memberi pengetahuan yang komprehensif dalam penyeliaan di tapak bina iaitu teknik perancangan kerja, organisasi kerja dan penilaian kerja, kawalan perbelanjaan, teknik-teknik komunikasi berkesan, penyediaan jadual kemajuan kerja (progress chart) dan pengiraan ‘taking off’ merujuk lukisan, kos pekerja, bahan dan mesin atau jentera yang digunakan.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar lulusan program ini akan berpeluang mendapat pekerjaan sebagai Jurubina Bangunan, Kontraktor Binaan dan Usahawan dalam bidang berkenaan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AWAM?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar di dalam bidang pembinaan landskap yang melibatkan teknik penanaman, pembiakan, penjagaan tanaman hiasan, pembuatan perabot taman, pembuatan landskap kejur seperti pembinaan wakaf, kerusi taman, pagola, simenfero, pemasangan sistem pengairan, penyelenggaraan landskap dan memahami pelan serta teknik penghasilan pelan/ lukisan landskap menggunakan perisian komputer serta teknologi-teknologi landskap terkini. Pelajar juga akan diterapkan pengetahuan sebagai penyelia projek dengan mempelajari asas teknik menganggar dan mengira harga projek dan pengurusan projek. Pelajar juga akan memperolehi 'kad hijau' dengan menghadiri kursus anjuran pihak CIDB.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketerampilan berpeluang memegang jawatan seperti juruteknik senggaraan landskap dan penyelia tapak binaan landskap, kontraktor landskap, perunding landskap atau usahawan dalam bidang berkenaan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AWAM?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah pembinaan tanggam, mengendali dan mengawal mesin yang terdapat dalam industri perkayuan dan menghasilkan sesuatu yang baru berasaskan kayu seperti kerusi, meja, almari, rak dan produk kayu yang lain bercirikan kesenian seperti ukiran, bentuk lengkung luaran dan berpintal. Pelajar juga didedahkan dengan mereka, membina dan memasang hiasan dalaman berasaskan kayu. Pelajar juga akan memperolehi ‘kad hijau' dengan menghadiri kursus anjuran pihak CIDB.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar lulusan program ini akan berpeluang mendapat pekerjaan sebagai Penyelia Perabot, Juruteknik Industri, Perekabentuk Barangan Perabot, Kontraktor atau Usahawan dalam bidang perabot.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AWAM?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam kerja-kerja pembinaan yang asas seperti teknik bancuhan, pemadatan, membengkok dan mengikat besi tetulang, teknik pelepaan, pemasangan jubin, penerapan bata, pembinaan dan pemasangan kotak acuan (formwork). Pelajar juga didedahkan dengan teknik merancang dan menyelia kerja-kerja pembinaan bangunan. Program pengajian meliputi bahan dan binaan Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Konkrit, Teori Struktur, Rekabentuk Struktur, Bekalan Air dan Rawatan Air Sisa, Kerja Tanah, Aturcara Kontrak dan Taksiran, Aplikasi Komputer dan Pengurusan Pembinaan. Pelajar juga didedahkan dengan ujian-ujian yang dijalankan dalam Kejuruteraan Awam. Pelajar juga akan memperolehi 'kad hijau' dengan menghadiri kursus anjuran pihak CIDB.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar lulusan program ini akan berpeluang mendapat pekerjaan sebagai Penyelia Tapak, Juruteknik binaan, Kontraktor Binaan dan Usahawan dalam bidang berkenaan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AWAM?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam kemahiran yang melibatkan kerja-kerja membentuk, memasang, merekabentuk, menyelenggara sistem pemasangan paip, mengesan, menguji dan membaiki kebocoran paip-paip. Pelajar juga didedahkan dengan keselamatan am, penggunaan alatan tangan dan mesin serta dapat membaca dan mentafsir pelan paip dengan baik. Pelajar juga akan memperolehi 'green card' dengan menghadiri kursus anjuran pihak CIDB.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar lulusan program ini juga berpeluang mendapat pekerjaan sebagai Penyelia Tukang paip, Juruteknik perpaipan dan usahawan dalam bidang berkenaan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AWAM?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam membuat, merancang dan menyelia kerja-kerja pembinaan bangunan. Program pengajian meliputi bahan dan binaan Kejuruteraan, Teknologi Konkrit, Teori Struktur, Rekabentuk Struktur, Bekalan Air dan Rawatan Air Sisa, Kerja Tanah, Aturcara Kontrak dan Taksiran, Aplikasi Komputer dan Pengurusan Pembinaan. Pelajar juga didedahkan dengan ujian-ujian yang dijalankan dalam Kejuruteraan Awam.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar lulusan program ini akan berpeluang mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Teknik Sektor Awam atau Swasta, Kontraktor Binaan, Juruteknik Bangunan, Pengurus Tapak, Tenaga Pengajar dan Usahawan dalam bidang berkenaan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AWAM?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah penghasilan lukisan persembahan senibina. Program pengajian meliputi rekabentuk skema untuk susunan bangunan di tapak bina, pengurusan lukisan persembahan, penghantaran dokumen berkaitan, dokumen kontrak dan tender, pengurusan tender dan perlaksanaan projek. Mereka juga akan dilatih menggunakan kaedah konvensional dan perisian komputer (CADD) yang merangkumi lukisan butiran (detail drawing), lukisan berskala, lukisan kerja (work drawing) yang melibatkan bangunan satu, dua dan berbilang tingkat mengikut kehendak-kehendak Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam. Penggunaan perisian komputer juga dipratikkan dalam penghasilan lukisan senibina 3 dimensi dan 4 dimensi, persembahan bercetak, persembahan slaid dan kaedah penghasilan model senibina serta rupabentuk sebenar.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar lulusan program ini akan berpeluang mendapat pekerjaan sebagai Penyelia Pelukis Pelan Senibina, Pereka dalaman dan Usahawan dalam bidang berkenaan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AWAM?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah pembinaan tanggam, mengendali dan mengawal mesin yang terdapat dalam industri perkayuan dan menghasilkan sesuatu yang baru berasaskan kayu seperti kerusi, meja, almari, rak dan produk kayu yang lain bercirikan kesenian seperti ukiran, bentuk lengkung luaran dan berpintal. Pelajar juga didedahkan dengan mereka, membina dan memasang hiasan dalaman berasaskan kayu. Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam melatih pelajar memasang termasuk kerja-kerja penyeliaan pemasangan dinding (drywall) serta siling plaster termasuk penyediaan ruang bagi kemudahan mekanikal dan elektrikal (M&E).


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketerampilan berpeluang menjadi pekerja mahir atau penyelia kerja pemasangan dinding dan siling plaster dengan kontraktor-kontraktor bangunan, pembekal/ pemborong atau membuka syarikat sendiri.

Sertai Kami
 
Find us on Facebook
Follow Us