XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX Teknologi Elektrikal
 

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

Kerjaya Sektor

Teknologi Elektrikal

Kursus Elektrik menyediakan pelajar untuk kerjaya di dalam industri kejuruteraan elektrik.

 

Kursus yang ditawarkan Kod IKBN Senarai IKBN
  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIKAL?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus SLW01 (Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik, Pendawaian Elektrik Satu Fasa PW2) mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan Sistem Pepasangan Elektrik Komersial, Sistem Pencegah Kebakaran, Motor Elektrik Voltan Rendah, Sistem Perlindungan Voltan Rendah, Kabel Bawah Tanah Voltan Rendah, Pengubah, Lukisan Teknikal Elektrik, Pengujian & Pengukuran, Sistem Audio Video dan Sistem Siar Raya. Pelajar juga akan mengikuti Latihan Industri selama 6 Bulan bagi melengkapkan syarat kursus ini. Kursus ini juga mematuhi standard Pusat Bertauliah Suruhanjaya Tenaga, Malaysia.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Kursus SLW01 (Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik, Pendawaian Elektrik Satu Fasa PW2) memberi prospek kerjaya sebagai Pendawai Elektrik Satu Fasa di sektor awam atau industri, Juruteknik di sektor awam atau industri, tenaga pengajar di mana-mana ILKA dan ILKS atau melanjutkan pengajian dalam bidang Pendawai Elektrik kategori PW4 atau bidang Penjaga Jentera Elektrik kategori A0 atau A1.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIKAL?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus SLS02 (Sijil Teknologi Elektrik, Juruteknik Elektrik Rendah) mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan Asas Pertolongan Cemas, Sistem Pencegahan Kebakaran, Membaca dan Melukis Litar Elektrik, Kerja-kerja Pendawaian Elektrik Satu Fasa, Menyelenggara Sistem dan Peralatan Elektrik, Menyelenggara Sistem CCTV, PLC dan Sistem Audio Video.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Kursus SLS02 (Sijil Teknologi Elektrik, Juruteknik Elektrik Rendah) memberi prospek kerjaya sebagai Juruteknik disektor awam atau industri, tenaga pengajar di mana-mana ILKA dan ILKS atau melanjutkan pengajian dalam bidang Juruteknik Elektrik Rendah (Tahap 3) dan Diploma Kemahiran Elektrik (Tahap 4).

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIKAL?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus SLW02 (Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik, Pendawaian Elektrik Tiga Fasa PW4) mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan Sistem Pepasangan Elektrik Industri, Sistem Pencegah Kebakaran, Motor Elektrik Voltan Rendah, Kawalan Motor Elektrik, Sistem Perlindungan Voltan Rendah, Kabel Bawah Tanah Voltan Rendah, Pengubah, Lukisan Teknikal Elektrik, Sistem Pendingin Udara, Pengujian & Pengukuran dan Asas PLC. Pelajar juga akan mengikuti Latihan Industri selama 6 Bulan bagi melengkapkan syarat kursus ini. Kursus ini juga mematuhi standard Pusat Bertauliah Suruhanjaya Tenaga, Malaysia.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Kursus SLW02 (Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik, Pendawaian Elektrik Tiga Fasa PW4) memberi prospek kerjaya sebagai Pendawai Elektrik Tiga Fasa di sektor awam atau industri, Juruteknik di sektor awam atau industri, tenaga pengajar di mana-mana ILKA dan ILKS atau melanjutkan pengajian dalam bidang Pendawai Elektrik kategori PW6 atau bidang Penjaga Jentera Elektrik kategori A0 atau A1.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIKAL?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus DLC01 (Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik, Penjaga Jentera Elektrik A0) mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan Sistem Pengagihan Voltan Rendah, Papan Suis Utama Voltan Rendah, Motor Elektrik Voltan Rendah, Kawalan Motor Elektrik, Sistem Perlindungan Voltan Rendah, Kabel Bawah Tanah Voltan Rendah, Pengubah, Elektronik Kuasa, Sistem Pendingin Udara, Pengujian & Pengukuran, Senggaraan dan Asas PLC. Pelajar juga akan mengikuti Latihan Industri selama 6 Bulan bagi melengkapkan syarat kursus ini. Kursus ini juga mematuhi standard Pusat Bertauliah Suruhanjaya Tenaga, Malaysia.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Kursus DLC01 (Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik, Penjaga Jentera Elektrik A0) memberi prospek kerjaya sebagai Penjaga Jentera Elektrik di sektor awam atau industri, Juruteknik di sektor awam atau industri, tenaga pengajar di mana-mana ILKA dan ILKS atau melanjutkan pengajian dalam bidang Penjaga Jentera Elektrik kategori A1 atau A4.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIKAL?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus DLC03 (Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik, Penjaga Jentera Elektrik A1) mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan Sistem Pengagihan Voltan Rendah, Papan Suis Utama Voltan Rendah, Motor Elektrik Voltan Rendah, Kawalan Motor Elektrik, Talian Atas Voltan Rendah, Sistem Perlindungan Voltan Rendah, Kabel Bawah Tanah Voltan Rendah, Pengubah, Elektronik Kuasa, Sistem Pendingin Udara, Pengujian & Pengukuran, Senggaraan dan Asas PLC. Pelajar juga akan mengikuti Latihan Industri selama 6 Bulan bagi melengkapkan syarat kursus ini. Kursus ini juga mematuhi standard Pusat Bertauliah Suruhanjaya Tenaga, Malaysia.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Kursus DLC03 (Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik, Penjaga Jentera Elektrik A1) memberi prospek kerjaya sebagai Penjaga Jentera Elektrik di sektor awam atau industri, Juruteknik di sektor awam atau industri, tenaga pengajar di mana-mana ILKA dan ILKS atau melanjutkan pengajian dalam bidang Penjaga Jentera Elektrik kategori A4.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIKAL?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus DLC04 (Diploma Teknologi Elektrik, Penjaga Jentera Elektrik A4) mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan Janakuasa Voltan Rendah, Penyegerakkan Janakuasa Voltan Rendah, Enjin Diesel, Sistem Perlindungan Voltan Rendah, Talian Atas Voltan Rendah, Kabel Bawah Tanah Voltan Rendah, Kawalan AMF, Elektronik Kuasa, Kecekapan Tenaga, Pengujian, Senggaraan dan Pengenalan Pencawang Elektrik. Pelajar juga akan mengikuti Latihan Industri selama 6 Bulan bagi melengkapkan syarat kursus ini. Kursus ini juga mematuhi standard Pusat Bertauliah Suruhanjaya Tenaga, Malaysia.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Kursus DLC04 (Diploma Teknologi Elektrik, Penjaga Jentera Elektrik A4) memberi prospek kerjaya sebagai Penjaga Jentera Elektrik Kanan di sektor awam atau industri, sebagai tenaga pengajar di mana-mana ILKA dan ILKS atau melanjutkan pengajian dalam bidang Penjaga Jentera Elektrik Voltan Tinggi kategori B0.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIKAL?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus SLD02 (Sijil Teknologi Elektrik, Penyejukbekuan & Penyaman Udara Domestik) mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan Sistem Pemampatan dan Pemeluwapan Bahan Pendingin, Sistem Penyejukkan Pap, Senggaraan Elektrik dan Mekanikal, Merekabentuk Sistem Penyejukbekuan & Penyaman Udara, Lukisan Teknikal dan Sistem Baik Pulih Penyejukbekuan Domestik.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Kursus SLD02 (Sijil Teknologi Elektrik, Penyejukbekuan & Penyaman Udara Domestik) memberi prospek kerjaya sebagai Juruteknik di sektor awam atau industri, tenaga pengajar di mana-mana ILKA dan ILKS atau melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Elektrik (Penyejukbekuan dan Penyaman Udara).

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIKAL?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus SLK02 (Sijil Teknologi Elektrik, Penyejukbekuan & Penyaman Udara Komersil) mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan Sistem Pemampatan dan Pemeluwapan Bahan Pendingin, Sistem Penyejukkan Pap, Senggaraan Elektrik dan Mekanikal, Merekabentuk Sistem Penyejukbekuan & Penyaman Udara, Lukisan Teknikal dan Sistem Baik Pulih Penyejukbekuan Komersil.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Kursus SLK02 (Sijil Teknologi Elektrik, Penyejukbekuan & Penyaman Udara Komersil) memberi prospek kerjaya sebagai Juruteknik di sektor awam atau industri, tenaga pengajar di mana-mana ILKA dan ILKS atau melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Elektrik (Penyejukbekuan dan Penyaman Udara).

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIKAL?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus SLD03 (Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik, Penyejukbekuan & Penyaman Udara Domestik) mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan Sistem Pemampatan dan Pemeluwapan Bahan Pendingin, Sistem Penyejukkan Pap, Senggaraan Elektrik dan Mekanikal, Merekabentuk Sistem Penyejukbekuan & Penyaman Udara, Lukisan Teknikal dan Sistem Baik Pulih Penyejukbekuan Domestik.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Kursus SLD03 (Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik, Penyejukbekuan & Penyaman Udara Domestik) memberi prospek kerjaya sebagai Juruteknik di sektor awam atau industri, tenaga pengajar di mana-mana ILKA dan ILKS atau melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Elektrik (Penyejukbekuan dan Penyaman Udara).

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIKAL?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus SLK03 (Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik, Penyejukbekuan & Penyaman Udara Komersil) mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan Sistem Pemampatan dan Pemeluwapan Bahan Pendingin, Sistem Penyejukkan Pap, Senggaraan Elektrik dan Mekanikal, Merekabentuk Sistem Penyejukbekuan & Penyaman Udara, Lukisan Teknikal dan Sistem Baik Pulih Penyejukbekuan Komersil.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Kursus SLK03 (Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik, Penyejukbekuan & Penyaman Udara Komersil) memberi prospek kerjaya sebagai Juruteknik di sektor awam atau industri, tenaga pengajar di mana-mana ILKA dan ILKS atau melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Elektrik (Penyejukbekuan dan Penyaman Udara).

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIKAL?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus DLK34 (Diploma Teknologi Elektrik, Penyejukbekuan & Penyaman Udara) mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan mengendalikan kerja-kerja penyelenggaraan, merekebentuk dan menganalisa, mengurus, merancang dan merangka susunatur kerja-kerja yang berhubung dengan sistem Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Kursus DLK34 (Diploma Teknologi Elektrik, Penyejukbekuan & Penyaman Udara) memberi prospek kerjaya sebagai Penolong Jurutera di sektor awam dan industri, sebagai tenaga pengajar di mana-mana ILKA dan ILKS atau melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan di IPTA dan IPTS.

Sertai Kami
 
Find us on Facebook
Follow Us