XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX Teknologi Maklumat
 

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

Kerjaya Sektor

Teknologi Maklumat

Kursus Teknologi Maklumat menyediakan pelajar untuk kerjaya di dalam industri teknologi maklumat (IT).

 

Kursus yang ditawarkan Kod IKBN Senarai IKBN
  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT?

    i. Penerangan Kursus:


    Akan dimaklumkan kemudian.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Akan dimaklumkan kemudian.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus ini dibangunkan menggunakan Standard NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dengan kod IT-070-3 Perekabentuk Multimedia – Pengarangan. Pelajar-pelajar akan dilatih bagi menguasai pelbagai perisian yang berkaitan dengan grafik, animasi, audio dan video. Bagi menguasai bidang ini, pelajar juga akan dilatih menggunakan teknik-teknik menggunakan kamera DSLR, kamera video professional dan peralatan yang berkaitan bagi menghasilkan satu produksi multimedia yang menarik dan berkualiti. Antara produksi multimedia yang boleh dihasilkan oleh pelajar seperti video klip, rekaan grafik, gambar potret, animasi 2D dan lain-lain lagi. Pelajar juga akan didedahkan dengan teknik-teknik penghasilan kulit majalah dan buku, rekaan kotak pembungkus dan juga rekaan pamphlet, bunting dan banner. Pelajar akan dilatih supaya boleh bekerja secara sendiri dan juga secara berkumpulan agar menghasilkan sebuah produksi multimedia yang berkualiti.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Sektor Industri Seni Kreatif: - Jurukamera DSLR, Jurukamera Video, Pereka Bunyi, Pereka Grafik, Pereka Video, Juru Animasi. Sektor Awam: Pembantu Penolong Pegawai Latihan Vokasional.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT?

    i. Penerangan Kursus:


    Menggunapakai NOSS Juruteknik Rangkaian Komputer (IT-030-3) dan Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer (IT-030-2), pelajar yang mengambil kursus ini akan dilatih bagi menguasai kemahiran selaras dengan perkembangan teknologi terkini yang merangkumi rekabentuk sistem dan rangkaian komputer dalam pelbagai bentuk operasi seperti perniagaan, telekomunikasi dan pemprosesan imej. Kursus ini mendedahkan pelajar kepada kemahiran pendawaian sistem rangkaian, konfigurasi sistem rangkaian serta pengurusan rangkaian dari segi keselamatan, penggunaan topologi dan pelan lukisan pembangunan rangkaian. Pelajar akan didedahkan kepada pengendalian Sistem Server berasaskan platform Windows Server, Unix dan Linux. Pelajar juga akan dilatih bagi mengenalpasti masalah, membaikpulih dan penyelenggaraan sistem rangkaian.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar berpeluang menceburi bidang kerja Juruteknik Sistem Komputer, Pembantu Juruteknik Sistem Komputer, Eksekutif Sistem Komputer, Guru atau Tutor, Pembantu Sokongan IT, Sokongan IT, Pentadbir Laman Web, Wakil Perkhidmatan Pelanggan dan Pembantu IT Specialist serta jawatan dalam perkhidmatan awam seperti Pembantu Pegawai Teknologi Maklumat , Pembantu Penolong Pegawai Latihan Vokasional.

Sertai Kami
 
Find us on Facebook
Follow Us