XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX Teknologi Marin
 

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

Kerjaya Sektor

Teknologi Marin

Kursus Marin menyediakan pelajar untuk kerjaya di dalam industri kejuruteraan maritim.

 

Kursus yang ditawarkan Kod IKBN Senarai IKBN
  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI MARIN?

    i. Penerangan Kursus:


    Sijil Teknologi Marin (Penyelenggaraan) merupakan kursus latihan berkonsepkan teori (30%) dan amali (70%) mengenai penyelenggaraan dan baikpulih sistem serta jentera kapal marin. Antara modul dalam kursus tersebut adalah merombak rawat enjin diesel, genset dan transmisi kapal, menyelenggara sistem perpaipan & penyambungan, menyelenggara sistem penyejukan, menyelenggara sistem dandang, menyelenggara sistem bebaling & kemudi, menyelenggara sistem pencegahan kebakaran dan menyelenggara sistem sokongan tambahan di dalam sesebuah kapal. Selain itu pelajar juga akan diberi latihan dan pendedahan mengenai ilmu keselamatan sewaktu pelayaran mengikut piawaian yang ditetapkan oleh International Maritime Organization (IMO) dan Jabatan Laut Malaysia.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketerampilan dalam bidang ini boleh memegang jawatan sebagai:

    1) Mekanik di limbungan kapal,

    2) Engine Rating & Greaser di atas kapal,

    3) Operator Peralatan di Platform/ Pelantar Minyak.

    4) Jurudandang Kelas 2.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI MARIN?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus ini merupakan kursus lanjutan Teknologi Marin. Pelajar kursus ini dilatih dengan kemahiran dalam bidang penyelenggaraan marin meliputi kerja-kerja penyelesaian masalah (troubleshoot) / membaikpulih sistem jentera berkaitan kapal, penyeliaan dan menyediakan laporan kerosakan kepada pihak jurutera. Antara modul-modul yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti Teknologi Enjin Pembakaran Dalaman, Penjajaran Stereng dan Kemudi Hidraulik, Teknologi Penyejukan, Teknologi Enjin Sangkut 4 Lejang & 2 Lejang dan sistem-sistem tambahan sokongan yang lain. Setelah tamat latihan, pelajar akan dapat memahami teori keseluruhan sistem mekanikal kapal dan mampu menyelenggara serta membaikpulih kerosakan pada sesebuah kapal marin.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang kompeten berpeluang untuk memegang jawatan sebagai:

    1) Juruteknik Marin & Penyelia di limbungan kapal,

    2) Peminyak, Jurutera Pengawasan, Pegawai Jurutera Kedua & Ketua Jurutera di atas kapal (Jabatan Laut)

    3) Tenaga pengajar di sektor awam/swasta dalam bidang berkenaan.

    4) Operator Peralatan di Platform/ Pelantar Minyak.

    5) Jurudandang Kelas 1, Jurutera Stim Kelas 2, Jurutera Stim Kelas 1 (JKKP)

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI MARIN?

    i. Penerangan Kursus:


    Sijil Teknologi Marin (Pembuatan Bot Gentian Kaca) merupakan kursus latihan secara teori dan amali mengenai kaedah-kaedah pembuatan bot melalui kaedah gentian kaca. Selain itu pelajar juga akan mempelajari cara penggunaan peralatan dan perkakas yang digunakan dalam penghasilan bot gentian kaca. Pelajar akan dinilai mengikut keterampilan dari aspek pengetahuan, kemahiran, keselamatan dan kebolehan melaksanakan kerja amali.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketerampilan dalam bidang ini boleh memegang jawatan sebagai mekanik dalam bidang pembuatan bot dan usahawan dalam bidang pembuatan bot gentian kaca.

Sertai Kami
 
Find us on Facebook
Follow Us