Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

Kerjaya Sektor

Teknologi Personal

Kursus Personal menyediakan pelajar untuk kerjaya di dalam industri perkhidmatan personal.

 

Kursus yang ditawarkan IKBN Senarai IKBN
  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI PERSONAL?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar yang mengambil kursus ini akan dilatih serta didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam penjagaan muka, kuku kaki dan tangan, mengendalikan pelanggan, mengendalikan mesin rawatan, pengurusan salon di samping subjek keselamatan, kebersihan diri dan salon serta cara menggunakan peralatan/perkakasan salon berpandukan sistem pentauliahan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK).


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar-pelajar bidang ini merupakan antara penyumbang tenaga kerja mahir dalam industri kosmetik dan kecantikan seperti:

    - Perunding Kecantikan

    - Usahawan kosmetik (membuka salon sendiri / pembekal kosmetik)

    - Pelatih di institusi latihan kemahiran awam atau swasta

    - Jurusolek di stesen televisyen/radio

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI PERSONAL?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar yang mengikuti kursus ini akan diberi latihan secara teori dan amali berkaitan dengan rawatan penjagaan rambut dan kulit kepala, penggayaan, guntingan, mengerinting, serta mewarna rambut. Selain itu, beberapa modul seperti pengemasan salon, imej personal, dan pengendalian pelanggan turut diajar bagi memastikan pelajar dapat memberi perkhidmatan dengan selesa dan terurus. Di samping itu, aspek keselamatan akan diambilkira sewaktu menggunakan peralatan salon dengan berpandukan sistem pentauliahan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Berikut merupakan prospek kerjaya bagi pelajar lepasan Jurusan Perekaan Gaya Rambut:-

    - Pendandan rambut di salon-salon rambut.

    - Menjadi usahawan dengan membuka salon rambut sama ada menggunakan modal sendiri atau pinjaman dari badan-badan kerajaan/swasta.

    - Perunding imej.

    - Pembekal produk rambut.

    - Fasilitator atau tenaga pengajar di pusat-pusat latihan dan institusi latihan kemahiran awam/swasta.

    - Jurudandan rambut di dalam bidang hiburan tanahair seperti di stesyen tv, industri nyanyian, perfileman, teater, majalah, dan fesyen.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI PERSONAL?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar yang mengambil kursus ini akan dilatih serta didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran secara lebih terperinci dalam hal berkaitan pengurusan salon seperti mengendalikan pelanggan secara berhemah, rawatan melangsingkan badan, rawatan menggunakan mesin-mesin terapi dan memastikan setiap rawatan yang diberi menepati kriteria dan langkah-langkah yang sepatutnya berpandukan sistem pentauliahan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK).


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar-pelajar bidang ini merupakan antara penyumbang tenaga kerja mahir dalam industri kosmetik dan kecantikan seperti:

    - Perunding Kecantikan

    - Usahawan kosmetik (membuka salon sendiri / pembekal kosmetik)

    - Pelatih di institusi latihan kemahiran awam atau swasta

    - Jurusolek di stesen televisyen/radio

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI PERSONAL?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar yang mengambil kursus ini akan dilatih serta didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran secara lebih terperinci dalam hal berkaitan pengurusan salon seperti mengendalikan pelanggan secara berhemah, rawatan melangsingkan badan, rawatan menggunakan mesin-mesin terapi dan memastikan setiap rawatan yang diberi menepati kriteria dan langkah-langkah yang sepatutnya berpandukan sistem pentauliahan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK).


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar-pelajar bidang ini merupakan antara penyumbang tenaga kerja mahir dalam industri kosmetik dan kecantikan seperti:

    - Perunding Kecantikan

    - Usahawan kosmetik (membuka salon sendiri / pembekal kosmetik)

    - Pelatih di institusi latihan kemahiran awam atau swasta

    - Jurusolek di stesen televisyen/radio

Sertai Kami
 
Find us on Facebook
Follow Us