XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX Teknologi Sukan
 

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

Kerjaya Sektor

Teknologi Sukan

Kursus Automotif menyediakan pelajar untuk kerjaya di dalam industri kejuruteraan automotif.

 

Kursus yang ditawarkan Kod IKBN Senarai IKBN
  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI SUKAN?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus ini menawarkan latihan kemahiran bagi melahirkan juruterapi sukan yang bertauliah. Kaedah latihan bagi kursus ini dijalankan secara teori dan amali. Pelajar akan mempelajari komponen-komponen bagi penyediaan dan penjagaan pusat rawatan terapi. Selain dari itu, kursus ini menawarkan beberapa elemen terapi sukan yang lain antaranya konsep asas Anatomi dan Fisiologi manusia, kaedah-kaedah meningkatkan prestasi atlet melalui terapi, kaedah urutan sukan dan urutan umum, kaedah-kaedah mengelak kecederaan dan rawatan awal kecederaan sukan, kaedah meningkatkan keupayaan fizikal melalui latihan bebanan, mengelola ujian kecergasan berlandaskan kesihatan dan berlandaskan prestasi serta yang terakhir adalah pengurusan professional.


    ii. Prospek Kerjaya:


    - Juruterapi Sukan di Institut Sukan Negara

    - Juruterapi Sukan untuk Persatuan Sukan

    - Juruterapi Sukan di pusat pulih anggota dan rehabilitasi sukan (swasta)

    - Jurulatih Latihan Bebanan di pusat latihan bebanan

    - Usahawan dalam bidang terapi sukan/urutan sukan

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI SUKAN?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus ini menawarkan latihan kemahiran bagi melahirkan juru urut sukan yang bertauliah. Kaedah latihan bagi kursus ini dijalankan secara teori dan amali. Pelajar akan mempelajari beberapa jenis urutan antaranya adalah urutan masalah kesihatan umum, urutan masalah kesihatan umum kanak-kanak, urutan masalah kesihatan wanita, urutan bagi trauma kecederaan dan urutan ketidakselesaan dalaman. Selain dari itu pelajar juga akan mempelajari modul tambahan yang meliputi elemen-elemen sains sukan dan teknik urutan sukan.


    ii. Prospek Kerjaya:


    - Juru Urut Sukan di Institut Sukan Negara

    - Juru Urut Sukan untuk Persatuan Sukan

    - Juru Urut Sukan di pusat pulih anggota dan rehabilitasi sukan (swasta)

    - Jurulatih Latihan Bebanan di pusat latihan bebanan

    - Usahawan dalam bidang urutan sukan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI SUKAN?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang mana pelajar dilatih dalam bidang kemahiran berkaitan penyenggaraan dan modifikasi sistem kenderaan berprestasi tinggi bagi tujuan penglibatan dalam sukan permotoran empat (4) roda. Kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah meliputi 70% amali dan 30% teori . Antara modul-modul pembelajaran yang terkandung dalam kursus ini ialah seperti Perform Competition Vehicle Chassis Assembly, Perform Competition Vehicle Suspension Assembly, Perform Competition Vehicle Drive train Assembly, Perform Competition Vehicle Powertrain Assembly, Perform Competition Vehicle Set-up, Perform Competition Vehicle Testing, Perform On-site Operation Set-up, Perform Competition Vehicle Maintenance dan juga Perform Supervisory Function. Setelah tamat latihan, pelajar dijangka berupaya memahami secara teori dan praktikal tentang kerja-kerja berkaitan baikpulih, modifikasi dan juga penyediaan sesebuah jentera atau kenderaan berprestasi tinggi di lapangan perlumbaan dalam dunia sukan permotoran.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketrampilan berpeluang untuk memegang jawatan sebagai Juruteknik atau Mekanik Kenderaan Bermotor di pusat-pusat servis kenderaan komersil mahupun berprestasi tinggi, tenaga pengajar di sektor awam/swasta dan juga usahawan dalam bidang berkaitan.

Sertai Kami
 
Find us on Facebook
Follow Us