Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

Kerjaya Sektor

Teknologi Tekstil

Kursus Tekstil menyediakan pelajar untuk kerjaya di dalam industri tekstil.

 

Kursus yang ditawarkan IKBN Senarai IKBN
  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI TEKSTIL?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar diberi pengetahuan teori dan amali mengenal mesin jahit, mesin jahit khas, mempelajari jahitan tangan, jahitan mesin, melakar fesyen, mengambil ukuran, mendraf pola, memotong pola,memotong fabrik, menjahit fabrik dan mengacu pakaian. Antara pakaian wanita yang dijahit ialah Pakaian Kasual, Pakaian Tradisional, Pakaian Kanak-kanak, Pakaian Kontemporari, Pakaian Mengandung, Pakaian Sukan dan Pakaian Pejabat.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Peluang pekerjaan sebagai Tukang Jahit, Tukang Potong, Pengajar di IPTA/IPTS dan Usahawan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI TEKSTIL?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar diberi pengetahuan teori dan amali mengenal mesin jahit, mesin jahit khas, mempelajari jahitan tangan, jahitan mesin, melakar fesyen, mengambil ukuran, mendraf pola, memotong pola,memotong fabrik, menjahit fabrik dan mengacu pakaian. Antara modul-modul yang akan diajar ialah seperti Pakaian Kasual, Pakaian Tradisional, Pakaian Kanak-kanak, Pakaian Sukan dan Pakaian Pejabat.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Peluang pekerjaan sebagai Tukang Jahit, Tukang Potong, Pengajar di IPTA/IPTS dan Usahawan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI TEKSTIL?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar diberi pengetahuan teori dan amali mengenal mesin jahit, jenis-jenis mesin jahit khas, mempelajari jenis-jenis jahitan tangan, melakar fesyen, mengambil ukuran, mendraf pola, memotong pola, memotong fabrik, menjahit fabrik dan mengacu pakaian. Antara pakaian lelaki yang dijahit ialah Pakaian Kasual, Pakaian Sukan, Pakaian Pejabat, Baju Pengantin Moden, Baju Pengantin Tradisional. Pelajar juga akan didedahkan tentang tatacara menguruskan pertunjukan fesyen.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Peluang pekerjaan sebagai Tukang Jahit, Tukang Potong, Pengajar di IPTA/IPTS, Usahawan, Perunding Imej dan Pereka Fesyen.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI TEKSTIL?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar diberi pengetahuan teori dan amali mengenal mesin jahit, jenis-jenis mesin jahit khas, mempelajari jenis-jenis jahitan tangan, jenis-jenis jahitan mesin, melakar fesyen, mengambil ukuran, mendraf pola, memotong pola, memotong fabrik, menjahit fabrik dan mengacu pakaian. Antara pakaian wanita yang dijahit ialah Pakaian Kasual, Pakaian Sukan, Pakaian Pejabat, Baju Pengantin Moden, Baju Pengantin Tradisional. Pelajar juga akan didedahkan tentang tatacara menguruskan pertunjukan fesyen.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Peluang pekerjaan sebagai Tukang Jahit, Tukang Potong, Pengajar di IPTA/IPTS, Usahawan, Perunding Imej dan Pereka Fesyen.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI TEKSTIL?

    i. Penerangan Kursus:


    Melakukan kerja awalan Batik Canting,Batik Blok atau Terap dan Batik Skrin atau Sutera Saring, berdasarkan proses kerja sebenar mengikut piawaian kerja penyudahan, pengeluaran,menyediakan bahan dan peralatan untuk proses membatik dan melaksanakan proses membatik dengan menggunakan peralatan yang betul. Selain itu, pelajar juga akan mengaplikasikan berbagai Teknik Batik dalam pakaian.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Setelah tamat pengajian, pelajar boleh melibatkan diri dalam bidang kerjaya seperti Kurator / Pereka Fesyen, Usahawan Batik, Pengajar di IPTA/IPTS dan Pembantu Pegawai Latihan setaraf dengan kelayakan sijil. Pelajar juga berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi di IPTA/IPTS dalam bidang berkaitan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI TEKSTIL?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar diberi pengetahuan teori dan amali tentang teknik menjahit pakaian wanita seperti variasi Gaun Malam, Pakaian Korporat, variasi Pakaian Pengantin dan Penyeliaan. Pelajar juga akan diajar teknik mengendalikan Mesin Sulam Berkomputer dan diberi pendedahan dari aspek pengurusan meliputi Kewangan, Latihan, Pekerja dan Pengurusan Mesyuarat.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Peluang pekerjaan sebagai Tukang Jahit, Tukang Potong, Penyelia, Pereka Fesyen, Pengajar di IPTA/IPTS dan sebagai Usahawan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI TEKSTIL?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar diberi pengetahuan teori dan amali tentang teknik menjahit pakaian lelaki seperti Pakaian Formal, Baju Pengantin Moden, Baju Pengantin Tradisional, Pakaian Kostum/Animasi dan maskot, Pelajar juga akan diajar teknik mengendalikan Mesin Jahit Sulam Berkomputer dan Penyeliaan dan Pengurusan meliputi Kewangan, Latihan, Pekerja dan Bahagian Mesyuarat.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Peluang pekerjaan sebagai Tukang Jahit, Tukang Potong, Penyelia, Pereka Fesyen, Pengajar di IPTA/IPTS dan sebagai Usahawan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI TEKSTIL?

    i. Penerangan Kursus:


    Pelajar diberi pengetahuan teori dan amali berkaitan rekaan fesyen serta pendedahan dari aspek penyeliaan dan pengurusan. Antara modul-modul yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti Kajian Fabrik, Pembangunan Fesyen dan Penggredan Pola. Selain itu, pelajar juga akan mempelajari modul melibatkan pengurusan pembelian, pengurusan inventori, pengurusan peragaan dan menjahit pakaian seperti Pakaian Seragam, Pakaian Sukan, Pakaian Kasual, Pakaian Pejabat dan Pakaian Kanak-Kanak.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Peluang pekerjaan sebagai Penyelia, Pereka Fesyen, Pengajar di IPTA/IPTS, Perunding Imej dan sebagai Usahawan.

Sertai Kami
 
Find us on Facebook
Follow Us