IKBN



PEKAN

 
Written by CheWan
Rate this item
(0 votes)

UBAHSUAI KERUSI RODA BANTU ORANG KELAINAN UPAYA

 

Disediakan Oleh : Suraya Ibrahim

PEKAN, 6 Januari 2020 - Penyerahan kerusi roda kepada Mohd Khairi Othman, seorang kelainan upaya (OKU) dari Kampung Tanjung Pulai Pulai Manis, Pekan telah disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang YAB. Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail bertempat di Pejabat Menteri Besar, Pekan hari ini. 

 

Atas keprihatinan terhadap keadaan fizikal beliau, pihak IKBN Pekan telah menyediakan sebuah kerusi roda dan mengubahsuai kerusi tersebut mengikut ukuran saiz fizikal beliau supaya ianya lebih selesa untuk digunakan.

 

Ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat "Corporate Sosial Responsibilities" (CSR) IKBN Pekan yang juga merupakan sebahagian usaha mempromosikan IKBN Pekan kepada komuniti setempat.

 

Turut hadir bersama adalah Penghulu Mukim Pulau Manis, Md Ismail Zulkafly, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Pekan, Ramli Mahmod serta beberapa orang pegawai IKBN Pekan.

Read 177 times Last modified on Selasa, 11 February 2020 09:31
 
Find us on Facebook
Follow Us