IKBN



PEKAN

 
Rate this item
(0 votes)

WAKIL IKBN PEKAN KONGSI HALATUJU SELEPAS SPM

 

Disediakan Oleh :

Mohd Hafize Mat Isa

 

PEKAN, 25 Oktober - Bagi memberi pendedahan mengenai peluang melanjutkan pelajaran selepas tamat persekolahan kepada anak-anak yatim Program Permata Hati (PERHATI) peringkat Daerah Pekan 2018, pihak PERHATI telah menjemput IKBN Pekan untuk memberikan taklimat bertajuk ‘Halatuju Selepas SPM’.

 

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Cawangan Hubungan Industri dan Promosi IKBN Pekan, Ts. Muhd Mahzuz' Afif Bin Mahayuddin berkaitan peluang melanjutkan pelajaran seterusnya menerangkan mengenai peluang kemasukan ke IKBN Pekan. Dalam taklimat beliau selama 2 jam turut diselitkan berkenaan kemudahan yang disediakan serta kebolehpasaran lepasan IKBN Pekan yang sentiasa dinanti oleh pihak industri di luar sana.

 

Wakil guru kaunseling Daerah Pekan, Haslinda binti Muhammad dalam ucapan aluannya berkata ”Kami amat mengalu-alukan kehadiran daripada pihak IKBN Pekan dalam memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran yang ditawarkan. Program pengembangan minat dan kerjaya sebegini adalah salah satu komponen pengajaran dan pembelajaran dalam memupuk modal insan yang cemerlang”. Beliau dalam ucapannya turut mencadangkan agar program ini diteruskan pada masa akan datang dengan melibatkan lebih banyak kolej-kolej kemahiran.

 

Seramai tiga orang pegawai IKBN Pekan telah terlibat dalam promosi di Program Permata Hati (PERHATI) peringkat Daerah Pekan 2018. Program yang telah diadakan di Pusat Latihan Chini, Pekan, Pahang ini telah melibatkan 20 orang anak-anak yatim.

Read 213 times Last modified on Isnin, 17 December 2018 14:36
 
Find us on Facebook
Follow Us